Wednesday, December 22

Kalau Sudah Jodoh

.
Ini kisah Asada yang hensem. kisah cintanya kepada seorang gadis. kisah dua hati yang telah lama terpisah tanpa khabar berita tetapi akhirnya bersama jugak. yezza.. kalau sudah jodoh..

KLIA malam tu seperti biasa. ramai orang lalu lalang. lenguh menyandar 10 jam di dalam flight. tapi excited menenggelamkan semua itu. empat tahun tidak kembali ke tanah air. tidak sabar mahu berjumpa orang tersayang.

Aku tinggal sementara bersama pak anjang di subang sebelum tarikh flight ke sarawak lagi seminggu. pak anjang pun bizi seminggu tu, tak dapat nak temankan aku kat rumah. so aku bagitau kat pak anjang aku nak jalan-jalan. mungkin ke Seremban. pak anjang ok kan je.

Niat aku hanya satu. nak jumpa nadhira (bukan nama sebenar). empat tahun tak jumpa tanpa khabar berita. memang sengaja tak hantar berita sesama sendiri. aku mengharapkan cinta nadhira terhadap aku juga kekal segar dalam hatinya. hanya mengharapkan kuasa jodoh menemukan kami semula.

Mengimbau kenangan silam. aku dan nadhira sepasang kekasih bahagia. namun aku mengambil keputusan untuk menghentikan hubungan cinta terlarang. ya, tiada istilah couple dalam Islam melainkan hubungan akad nikah antara adam dan hawa.

Semasa hangat bercouple dulu sememangnya selalu bersembang di telefon. chatting berjam-jam. terkadang aku lalai. akhirnya aku mengambil jalan yang aku harapkan mendapat redha Ilahi. namun silap aku, tidak pernah aku katakan sebab sebenar aku menghentikan hubungan di tengah jalan setelah tiga tahun bersama nadhira. cuma aku simpan cinta itu kemas di dalam hati untuk aku lamarkan suatu hari nanti. dan sekarang, aku telah sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. aku yakin, sekiranya jodoh aku dan dia. tiada apa lagi yang boleh menghalangnya melainkan kuasa Allah SWT.

Pagi tu cerah. seolah-olah ceria mengiringi perjalanan aku ke seremban. kepala masih runsing gak, nak terus ke rumah nadhira ke call dulu. aku ambik keputusan untuk call je dulu. karang aku terjah-terjah kat rumah, orang takde, naya jugak kan.

Nadhira terkejut bila aku bagitau sape yang call. ringkas je jawapan aku. "ni asada.". tapi aku dapat rasa nadhira terkejut. lalu terus tanya aku kat mana. tambah terkejut bila aku kata dah ada kat seremban. nadhira datang ambik aku kat stesen komuter ke rumahnya. mak dan abah dia pun terkejut dengan kehadiran aku. masa couple dulu aku sangat rapat dengan family nadhira ni.

Duduk bersama di ruang tamu. bermacam soalan ditanya kat aku. bila sampai dari egypt? cuti ke dah habis study? dan akhirnya..

Aku meluahkan hasrat sebenar kedatangan mengejut tu. berdebar dada nak mengeluarkan kata. dengan perlahan penuh sopan, aku menyuarakan isi hati aku yang ingin memperisterikan nadhira.

nadhira memandang muka aku.. sayu mukanya..

"Asada.. sebenarnya.. " ayat nadhira terhenti. kelihatan air jernih gugur dari matanya..

Hati aku tersentak. tiba-tiba suasana ruang tamu jadi sunyi.. aku menunggu kata seterusnya daripada nadhira. jika nadhira tak dapat menerimaku, aku pasrah. aku redha.. soal jodoh itu ketentuan-Nya. aku tiada hak untuk mempersoalkannya..

"ASADA.. i nak kawen ngan you!!" ...


woi.. asada.. bangun! bangun! dah asar ni..

Ooh.. rupa-rupanya aku hanya bermimpi.. hahahaha...




Nota Kaki :
kisah ini hanya lamunan saya suatu ketika dahulu. ngeee~ hope anda tidak marah. lalala~


Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Music Player Yang Mesra Pengunjung.

16 comments:

Anisa Hang Tuah said...

alahaii
sweet sangat

syok je nis baca..

tapi awak mimpi rupanya

hmm

kalau realiti kan best

y-A-n-A said...

hahaha.. sampai termimpi gitu..

chenta said...

ye ke lamunan ni?/ke betul2 ni?hehehe

NuR si CiKGu RiBeNa said...

igtkan betul tadi
bagus gaya penulisan tu...

kalau betul pun apa salahnya kan?
hehe

E.N.T.I.T.I.

cik elina said...

haha .

tengah feeling baik je tadi .

haihh

afifaa. said...

waaaaaaaa. ingatkan betul-betul punya. hehe.

kEruL said...

hahaha...
A++ klu masuk karang bahasa melayu =))

TunTeja said...

hahaha :D

meera^da cute..*_* said...

asada..aku tau ko nak sgt bende nih jadi..

i'll pray for u, fren

humbleyat said...

la...asada2..tak habis dgn nakal kamu yer:-P

Fynn said...

hahaha...comel ;)

Kimmy Ai said...

amboi.. adaptasi dari cerita sebenar neh.. har har har.. ;DD

Aida Ismail said...

doakan yang terbaik untuk asada. jangan lupa jemput. tau tau =D

ztie said...

bukan mimpi nak? Tapi angan2 sebenarnya nak? Semoga berjaya!! Hehe

shandye. said...

potong stim!
haha....

tapi angan2 itu adalah asas kepada realiti. tak gitu?

Fina Sophie said...

kejayaan itu datang dari mimpi. so tidurlah untuk berjaya hehehehe