Monday, December 27

; kacang lupakan kulit



Assalamualaikum readers yang dihormati.

di sebuah kampung, tinggal seorang mak cik tua (Mak cik Yah) yang mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. ketiga-tiga anak sudah bekeluarga. Mak cik Yah ni mengidap penyakit nyanyuk. 
Tapi, kesian, sebab selalu kena marah dengan anak-anak beliau.

Kalau balik ke rumah anak pertama, kena marah sebab Mak cik Yah kencing di atas katil. Lupa nak pakai pampers. Lepas tu, dihantar balik ke rumah anak bongsu. Kat rumah anak bongsu ni, selalu bertikam lidah antara dua beranak ni. bising riuh satu kampung. Kesian.


Lalu pergilah Mak cik Yah ke rumah anak kedua. Kesian jugak! sebab anak beliau tinggikan suara tak tahan dengan Mak cik Yah yang selalu bertanyakan pasal ubat tu, ubat ni. Laaa, dah dia nak makan ubat, mesti la kena tanya ubat ni nak makan bila, ubat tu kena makan bila. dibuatnya orang tua ni tersalah makan ubat, tak ke naya! 

Kesian Mak cik Yah. dulu-dulu punyalah susah nak jaga tiga orang anak ni. ke hulu ke hilir meminta sesuap nasi. Tapi bila anak dah besar, dilayannya mak diorang macam kucing kurap. Asyik-asyik marah sebab tak tahan mak diorang kencing merata-rata. Dah tahu orang tua tu nyanyuk, kenapa tak tolong pakaikan pampers? Asyik-asyik tinggikan suara bila Mak cik Yah masuk dapur mencari sedikit makanan. Mak sendiri pn tak bagi makan? Sehinggakan Mak cik Yah terpaksa ke rumah jiran minta sesuap nasi. Kesian.

Bagaikan Kacang Lupakan Kulit. mintak jauh semua ni esok-esok. takut bila dah tua.




Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah DAY 12; How you found out about blogspot and why you made one.

17 comments:

therosputih said...

nauzubillah...harap2 aku dapat jaga mak aku ngan sebaik mungkin...
giveaway domain by khaizarien.com

afifaa. said...

insyaAllah. moga dipermudahkan olehNya. mintak jauh la kan benda2 cmni.

noorafzan said...

sedihnya kan bila jadi macam ini.
Ku harap ku akan dapat jaga mak dengan baik!

Admiral Hafiz said...

mintak2la kita dijauhkan daripada sifat mcm ni



Wow! Cantiknya Header Blog ni! Jom undi! Pencarian 10 Header Blog Tercantik 2010!

r.k said...

menjaga mak ayah ni kena prektis dari awal lagi , masukkan dalam minda dorang sejak dari kecik lagi .. " tolong ambilkan ubat ayah tu , ayah tak sehat ,, nanti ayah dah tua , XXX kena jaga ayah dengan mak tau "

XD

Fyzal said...

aku setuju dengan RK.. benda ni kena diajar pada anak-anak sedari kecil lagi. baru dieorang jadi reti bahasa.

chenta said...

i selalu igtkan diri sendiri..kalau kita buat org mcm tu, nanti org akan buat kita blk..

sama juga dgn isu ni..bila anak dia buat dia mcm tu, tak mustahil bila si anak dah punya anak, anak dia plak buat dia macam tu..

benda ni simple bila ckp, tp nak buat..erm...

afifaa. said...

noorafzan and ad.hafiz; amiin. nauzubillah untuk semua ni.

afifaa. said...

r.k and fyzal; good. boleh dipraktiskan bagi generasi sekarang. melentur buluh biarlah dari rebungnya :)

afifaa. said...

chenta; ha'ah. memang ada dengar, kita buat macam ni kat orang tua, esok-esok anak kita akan buat macam ni kat kita.

syaftome said...

hmmm...dahsyat...
itulah manusia...
mintak dijauhkan aku daripada bersikap demikian...

afifaa. said...

syaftome; insyaAllah. mintak dijauhkan, semoga selamat semuanya.

KeCiK said...

Kalau tengok cerekarama tema macam for sure bila part sedih gua buat-buat pergi toilet untuk cover kesayuan gua yang meluap-meluap.

This is the reality. Awek, gewe, markha boleh cari, mak ngan ayah mana nak cari bila dah takde?

Abah gua selalu cakap "Kang dah keje kumpul duwit banyak-banyak, dah tua kang abah mesti pakai banyak ubat"

Gua selalu doa agar dipanjangkan umur gua semoga dapat membalas jasa ayahanda dan bonda gua.

Amin.

:)

afifaa. said...

pergi toilet? nangis dalam tu erh? :)

yepp. mak ayah mana boleh nak cari ganti.

amiin. semoga dipermudahkan Allah :)

Fina Sophie said...

walaupun sy degil2 mcm ni, tak sanggup sy biar mak ayah kena mcm tu. when it comes to my parents, cpt hti ni tersentuh.. :(

anyss said...

Salam,
Kisah benar? huh! nak kena sumpah jadi batu tu! -----> murka ni!


Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

humbleyat said...

sgt sedih..tapi anak2 perlu sedar, kdg2 ibu bapa sakit tu untuk menghapuskan dosa anak2 juga..

renungan kasih anak terhadap ibu bapa waktu sakit sgt syahdu tau dan boleh meggurkan dosa2 kecil.

wallahu alam.