Wednesday, December 29

jom godek - godek pasal P. Ramlee sikit [!]


Photobucket











1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan. 



xkn 2 jer nk taw kn, sooo tekan read more lar. :)




3. Terlalu kurus dan berjerawat batu ketika mudanya; suka ponteng sekolah, tidur dalam kelas, dan suka bermain dam. P. Ramlee bukan dari kalangan pelajar cemerlang. Beliau juga tidak gemar membaca – satu-satunya novel kegemaran P. Ramlee adalah berjudul ‘Atheis’ karya Achdiat K. Miharja. 

4. Sangat meminati sepak takraw. P. Ramlee pernah menyumbangkan piala pusingan Oscar P Ramlee Sumbang Sih kepada Persatuan Sepak Takraw Singapura.
 

5. Azizah, lagu pertama yang menjulang namanya adalah inspirasi buah hatinya di Pulau Pinang; identiti wanita tersebut kekal misteri sehingga kini; mendapat bayaran royalti pertama bernilai RM3,000 dari syarikat T. Hemsley untuk lagu ini beberapa hari sebelum rusuhan Bertha Hertog atau Natrah pada tahun 1951.
 

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!
 

7. Lagu “Kewk Mambo” diinspirasikan daripada nama sahabat baiknya, Pengurus Produksi Malay Film Productions, Kwek Chip Jian.
 

8. Orang pertama mempersoalkan bayaran gaji pekerja-pekerja produksi; juga yang pertama memperkenalkan gabungan perkataan ‘pawagam’ (panggung wayang gambar); digunakan pada PAWAGAM P. RAMLEE (dulunya terletak berhampiran pusat membeli-belah Sogo dan Kompleks Pertama).






9. Jika di rumah, P. Ramlee selesa berpelikat yang dipakai bersama T-shirt Pagoda putih; suka memasak dan resipi ringkas kegemarannya adalah kacang panjang (digoreng hingga lembut) campur ikan bilis masak kicap.



10. Menu harian: ikan goreng dan ulam; ikan terubuk, kari ketam dan kuah laksa paling disukai; juga gemar berkunjung ke restoran Sup Setapak (masih wujud ke hari ini).


11. Tabiat pelik: suka mencium-cium aroma nasi kandar yang masih lekat di tangannya! Nasi Kandar ‘Line Clear’ adalah kegemaran P. Ramlee!


12. Sazali memainkan watak anak petani/peladang dalam filem Anak Bapak dan bersama anak-anak yang lain, mereka menjadi suara latar untuk lagu “Tolong Kami Bantu Kami” dalam filem 3 Abdul.


13. Mendengar lagu Jalak Lenteng nyanyian Rubiah berulang-ulang kali setiap kali berhadapan masalah. 


14. Pernah ‘diboo’ dan disuruh turun pentas ketika menyanyi di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur menjelang kebangkitan irama pop-yeh-yeh. 


15. Menghasilkan 18 buah filem dalam tempoh 8 tahun (1964 – 1972) dengan hanya menggunakan perkakasan ‘second-hand’ di Studio Merdeka, Ulu Kelang.






[ sumber; telah dicilok dari belog http://faridkamilmaravilla.blogspot.com a.k.a abg kuu. :) ]

15 comments:

Anonymous said...

takde link sumber ke?

Zulkifly Omar said...

menarik.. bayak kita tak tau pasal p.ramlee.. huhu

nn said...

sangat menarik okk. hmm. part bahasa Jepun. part kena boo. and part PAWAGAM. baru tau PAWAGAM tu sebenarnya gabungan beberapa perkataan :)

fariehan ibrahim said...

anon; ouch, sorryyy.
jap nk update err. :))

ztie said...

6. Fasih berbahasa Jepun dan cekap bermain peralatan muzik seperti piano, gitar, biola, ukulele, trompet dan akordion. P. Ramlee tidak tahu bermain saksofon!

suka part ni! hehehe... banyak lagi yang kita tak tahu pasal idola malaysia ni. Terima kasih utk sumber :)

ASaDa RyutaRo said...

ada orang kata, P.Ramlee berlakon dan menyanyi, bukan sebab duit, tapi sebab minat.

zaman kebangkitan pop yeh yeh beliau kena boo. cam kejam giler lak org zaman tu..

therosputih said...

wah...byk info dapat ari nih...hehehe...suke2...

chenta said...

serius!semuanya i tak pernah tahu pun b4 this..thanks ye! ^_^

Clarky Afif said...

P Ramlee memang penghibur sejati. yang lain aku rasa cuma artis semata-mata.

shandye. said...

siapa sangka, guna perkakasan second hand pun boleh buat filem yg bermutu...

KeCiK said...

Al-Fatihah buat arwah.

One of a kind. Phenomenon. Gem. Special. Unrivaled.

:)

humbleyat said...

best2..hari ni kita belajar sejarah supaya boleh mengambil inspirasi kan?

Fina Sophie said...

al-fatihah.. sumber asli?

but it's good to know. seriously. P.Ramlee has always been my idol since i was in my primary school. snggup berjaga smpai tgh mlm (slot tayangan P.ramlee selalu start dlm pukul 11pm time tu) semata-mata tak nak ketinggalan. and i can say that i once have a crush with him ha ha ha :P

anyss said...

Salam,
pergi yang tiada gantinya...

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

maharam said...

Salam,
Alfatihah.
Gambar kad pengenalan tu memang comel ;)

Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah