Tuesday, December 21

Jangan kecewa duhai hati







"Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."

"Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali dalam dirimu juga."

"Kebahagiaan akan berputar ke arahmu, kerana dunia ini berputar bagai roda."

"Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah dan cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar, maka anda akan beroleh keputusan yang terpuji."

"Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah, sedangkan hari ini adalah realiti."

Assalamualaikum pembaca sekalian. Apa khabar hari ini agaknya saudara/saudari di sana? Harapnya sentiasa sihat, berada di bawah lindungan-Nya. Sengaja aku hari ini membuka bicara dengan mutiara kata. Ada maksud tersirat jua tersurat yang boleh kita sama-sama ambil pedoman darinya.

Realiti hari ini agak menyakitkan. Aku bukanlah datang dari keluarga berada yang kaya-raya, namun aku sangat bersyukur atas segala kurniaan-Nya kepada aku. Dikelilingi keluarga yang penyayang juga mengambil berat, membuat aku kuat menempuh hidup yang semakin mencabar. Aku kecewa hari ini. Mungkin sudah ditakdirkan, dia bukan diciptakan untukku. Aku bukan dicipta dari rusuknya. Aku perlu mencari aku ini dari rusuk siapa. Kesedihan hari ini hanyaku kongsikan bersama beberapa orang teman yang aku perhatikan sentiasa ada bersamaku saat susah jua senang. Kami tidak 'putus cinta' kerana kami tidak bercinta. Hanya aku seorang yang memendam rasa. 

Cinta anugerah Ilahi yang sangat indah. Umpama taburan bunga segar di laman luas. Dengan warna indah memukau mata memandang. Rasa bahagia bila ia mekar mewangi. Saat ia mula layu, harus kita sedar ia perlu dibuang kerana sudah tidak memberi manfaat. Sayang memang sayang, namun ia bukan lagi untuk disimpan. 

Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, bersabarlah, kuatkanlah kesabaran kamu dan bersatulah. Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran: 200)

Mungkin sekarang kesabaranku diuji. Aku perlu sedar dari mimpi, perlu menjengah realiti. Sabarlah, jangan kecewa duhai hati. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana. 

Allah berfirman lagi dalam Surah Asy-Syura: 28:
"Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya."

Semoga ada rahmat dari-Nya untuk kita semua selepas ini. Semoga kita semua beroleh rahmat-Nya. Semoga kita semua akan bahagia. Kebahagian di dunia ini hanya sementara. Di akhirat jua kebahagian yang kita  akan peroleh untuk selamanya.

"Nafsu itu adalah penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta anda kepada orang lain."

Sesungguhnya, jika cinta itu datangnya dari Dia, tidak salah jika kita kembalikan semula kepada penciptanya. Jangan kita biarkan hati kita dikecewakan oleh sesiapa pun termasuk kita sendiri kerana tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang berhak untuk menyakiti hati kita kerana ia milik Yang Esa.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Nur Airis Adillah bt Mohd Faiz.

5 comments:

chenta said...

suka ayat-ayat yang atas tu.. ^_^

nice....

zahidah dihaz said...

misi pencarian cinta terakhir.... senyum selalu...

New entry: Clearance: Aku tergunting bulu kening

humbleyat said...

huhu sedihnya..teringat kata sahabat saya..kalau letak perasan sayang,jgn letak di hati tp letak di tangan supaya bila syg tu hilang, kita tak terasa kehilangannya..

Aida Ismail said...

yang maha mengetahui keatas sesuatu hanya Dia, Allah s.w.t . =)

Fina Sophie said...

la tahzan =)