Tuesday, December 21

Islam Itu Agama Revolusi


Salam Perjuangan buat semua rakan-rakan,

Sampai bertemu lagi di kali ini untuk terus saya membicarakan satu lagi topik yang cukup menarik untuk dikupas bersama.Sebuah topik yang berkait lansung dengan cara hidup kita di dunia ini iaitu ad-Deen yang serba sempurna ini.

Langkauan penulisan ini adalah hasil kekaguman saya terhadap sebuah nukilan kata-kata As-Syahid Syed Qutb dalam kitabnya "Beberapa pelajaran Tentang Islam" yang berbunyi,

"ISLAM adalah aqidah revolusioner yang aktif....dengan erti kata,kalau ia menyentuh hati manusia dengan cara yang benar, maka dalam hati itu akan terjadi suatu revolusi;revolusi dalam konsep,revolusi dalam perasaan,revolusi dalam cara menjalani kehidupan,dan hubungan individu dan kelompok....revolusi yang berdasarkan persamaan mutlak antara seluruh umat manusia.....seorang tidak lebih baik dari yang lainnya selain dengan TAQWA.....berdasarkan kehormatan manusia yang tidak meninggalkan seorang makhluk pun di atas dunia, tidak suatu  kejadian pun,dan tidak suatu nilai pun.....revolusi itu berdasarkan keadilan mutlak, yang tidak dapat membiarkan ketidakadilan dan siapapun juga,dan tidak dapat merelakan ketidakadilan terhadap siapapun juga.....baru saja manusia merasakan kehangatan aqidah ini, ia akan maju ke depan untuk merealisasikannya dalam alam nyata dengan seluruh jiwanya.....ia tidak tahan untuk bersabar,untuk tinggal diam,untuk tenang-tenang sahaja,sampai ia benar-benar telah menyelesaikan realisasinya di alam nyata....inilah pengertiannya bahawa ISLAM itu suatu aqidah REVOLUSIONER yang aktif-dinamik......"

Islam datang bukan hanya sekadar menjadi pemerhati kepada liuk lenggok manusia.Islam juga bukan datang hanya sekadar untuk menjadi tempat manusia duduk berzikir bersimpuh setiap masa.Islam mengajar ummatnya untuk bangkit melawan menentang kemungkaran.Islam mengajar umatnya bangun mengatur segala strategi dan muslihat untuk menentang arus kemunafiqan.

Islam tidak pernah mengajar penganutnya terus hidup merendah diri tambah-tambah pabila berdepan sang penguasa yang zalim.Kerana lafaz bai'ah yakni kalimah syahadah yang diucapkan kita itu telah memberi jutaan makna "revolusi" dalam diri sebagai hamba-Nya.Kalimah itu tidak menuntut kita cuma solat dan puasa semata tetapi kalimah itu telah memberikan kita satu bebanan tanggungkawab dan amanah yang akan ditanya samada selesai atau tidak di Mahsyar kelak.

Terkini,apabila negara kita terus digemparkan dengan pelbagai penghinaan terhadap agama,Islam tidak mengajar untuk kita terus senyap di belakang.Ayuh kita mulakan dengan membakar hati-hati kita dengan semangat revolusi ini.Bahkan,jika penguasa negara sekalipun yang telah melakukan kezaliman ini,kita tidak disuruh untuk terus membela mereka umpama anak emas.

Jika kita melihat penganiayaan dan kita lansung tidak cuba menggerakkan kaki,tangan dan lidah kita untuk membantah meskipun kita mampu sebenarnya,maka apalah erti kita mengucap 2 kalimah syahadah itu sedangkan itulah lafaz bai'ah kita di depan ALLAH bahawa tiada tuhan melainkan DIA dan Muhammad itu pesuruh-Nya.

Kata As-Syahid Syed Qutb,kita tidak perlu menjadi nasionalis untuk memperjuangkan kemerdekaan,kita tidak perlu menjadi sosialis untuk memperjuangkan golongan marhaen,kita tidak perlu menjadi pejuang keadilan untuk menjadi pejuang menentang pemerintahan yang zalim.Kerana kita sudah mempunyai modal yang cukup lengkap.Modal kita ialah syahadah yang menafikan segala isme-isme ciptaan logik akal manusia itu.Kita sudah mempunyai gelaran yang diiktiraf dunia malah Akhirat juga iaitu kita orang ISLAM.

Di sini aku nukilkan kata-kata As-Syahid,
"jadilah seorang ISLAM....ini telah cukup untuk mendorongmu berjuang  menentang penjajahan dengan berani,bermati-matian,penuh pengorbanan dan kepahlawanan.....kalau anda tidak dapat melakukannya, cubalah periksa hatimu.....barangkali hati itu telah tertipu tentang hakikat imanmu.....kalau tidak begitu, alangkah sabarnya anda, kerana tidak berjuang menentang penjajahan.....
jadilah seorang ISLAM....ini saja telah cukup untuk mendorong anda berjuang melawan segala bentuk ketidakadilan sosial,suatu perjuangan yang dilakukan dengan terus-terang,penuh semangat,penuh dorongan.... kalau anda tidak melakukan hal ini cubalah periksa hatimu......mungkin hati itu telah tertipu tentang hakikat imanmu....kalau  tidak begitu,kenapa anda menjadi demikian teganya untuk tidak berjuang melawan pencabulan hak???
jadilah seorang ISLAM....ini saja telah cukup untuk mendorong maju ke depan berjuang melawan ketidakadilan,dengan tekad yang teguh tanpa mempedulikan kekuatan-kekuatan lawan yang hanya berupa kekuatan lalat,tetapi oleh orang-orang lemah dikira merupakan halangan besar......kalau anda tidak melakukan hal ini,cubalah periksa hatimu,mungkin ia telah tertipu tentang hakikat imanmu.....kalau tidak begitu,kenapa anda menjadi demikian sabarnya dan tegasnya untuk tidak berjuang menentang ketidakadilan???"

Islam itu sempurna.Cukup sempurna untuk memenuhi fitrah manusia hatta mereka yang bergelar pejuang.Sindiran As-Syahid amat pedas buat diri kita yang begitu lemah untuk menentang segala penyelewengan nafsu,syaitan dan para munafiq dalam negara ini.Sudah cukup geleran orang ISLAM kepada diri kita tanpa perlu di"brand"ing dengan jenama ilusi yang lain.Jelas kata-kata As-Syahid tertuju khas buat mereka yang sibuk memperjuangkan ISLAM atas nama nasionalis,memperalatkan ISLAM atas nama kepentingan diri sendiri,bangga mempamerkan semangat sosialis dengan alasan memperjuangkan keadilan ekonomi rakyat dan mereka-mereka yang mengaku ISLAM sedangkan dalam masa yang sama mereka menghancurkan ISLAM.

Kerana ISLAM itu agama REVOLUSI maka ia menuntut penganutnya agar sentiasa sedar dan bangkit melawan ketirisan dan kezaliman sesama manusia.Sabda Rasulullah secara mafhumnya baginda menyebut orang ISLAM haruslah mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam masyaarakatnya.Keinginannya untuk berubah dan megubah itu mestilah memuncak selari dengan gelaran dan nikmat keimanan yang dikurniakan kepada mereka.

Penulisan ini merupakan refleksi khusus untuk diri penulis yang semakin muak dengan pelbagai kecacatan akal dan moral yang berlaku dalam masyarakat Malaysia pada masa sekarang baik pemerintahnya atau rakyatnya.This is a tiMe t0 chAngE our nation.


p/s:artikel ini merupakan olahan daripada artikel asal penulis di blog beliau,tiMe t0 chAngE



Mengenai Penulis Entri Ini :
ata juga penulis untuk blog tiMe t0 chAngE. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ata. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah aku mencari Siti Khatijah untuk menempah bilik di SYURGA kelak.

2 comments:

chenta said...

fuh~~~

nice sharing! ^_^

humbleyat said...

jarang anak muda berani membuat revolusi terhadap agama kerana syahadahnya hanya sekadar di mulut bukan di hati T.T

mati syahid atau hidup mulia..!