
Ini kisah hubungan cinta yang berperingkat. Bukan nak jiwang-karat. Bukan jugak nak bagi keinsafan. Setakat mane kematangan hubungan cinta korang, Jum sesama kite bayangkan kat sini. Cik Ain tak ade pengalaman sangat, tapi ini sebahagian daripada idea yang datang tetiba.
PERINGKAT PERTAMA. Biasa kalau pasangan yang baru 1 bulan berkenalan, mesti semuanya rase indah. Percintaan muda memang indah, mula-mula je. Sms setiap masa, saat, minit dan jam. Bergayut dalam phone sampai panas telinga. I sayang U, U sayang I. Ini berlanjutan hingga ke 5 Bulan perkenalan. pecah rekod tak pernah gaduh, bertengkar atau berselisih faham. Yela, masing-masing konon mengalah.KONON yeaa...
PERINGKAT KEDUA. Dah hampir setengah tahun berkenalan, part ni best sikit. Barulah pasangan tahu perangai masing-masing. Keburukan dan kebaikan semuanya dah dihafal sepanjang 6 Bulan perkenalan. Hari demi hari, gaduh kecil-kecilan. Mula-mula gaduh sebab jeles itu ini. Bila dah gaduh, yang ni pulak dah pandai merajuk. Hubungan dah jadi pening. Tapi still boleh kawal. Ini berterusan hingga ke 1 Tahun 5 Bulan perkenalan. lama jugak mereka bertahan. Dalam masa tu, macam-macam terjadi. Gaduh sana-sini, berbaik bermesra semula, tetiba bermasam muka, merajuk mengada-ngada, aiyaa macam-macam...

Mengenai Penulis Entri Ini :
cik ain juga penulis untuk blog Cik Ain Nabila. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan juga di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label cik ain. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Datin Balqis Part 2.

9 comments:
kesimpulannya...
untuk mencapai hubungan yang matang...
tiada jalan mudah...
kena lalui semua peringkat...
xkira sedih atau gembira...
xkira suka atau duka...
tak tahu sebab tak pernah bercinta. boleh?
hahaha...gila in denial aku ni!
CerTot #03: Yang Termanis dan Terpahit
bercinta oh bercinta...kadang tu, bercinta bagai nak rak, tp kawin tak lama...hadoi...
contest periuk sape paling berkilat
cinta mmg indah, akad dan majlis pun dah meriah, tp ramai yg lupa tentang beratnya tanggujawab slp kawin...:-)
kalau 2 tahun dah matang , 8 tahun 6 bulan kira apa ? bonyok ? hehe
btul ke peringkat2 ni? hehe.. sampai dua thn lbh je ke? :(
tp btul la, ikut pengalaman. kapel kalo boleh jgn lebih dr dua thn la.. lots of trouble. gaduh byk. sama la mcm bertunang kan, jgn lebih setahun kalo boleh. kalo hti dah suka, lagi cpt lagi bgs. hehehe. i dunno. bergantung pd pendapat peribadi juga :)
Salam,
Apa yang penting JUJUR. jujurlah kepada pasangan anda, kalau dah kaki pemalas, tak payah berlakon jadi rajin, kalau pengotor tak payah kontrol jadi macam seorang yang pembersih, kalau malas mandi tak payah buat2 wangi serbur sebotol perfume....dah kawin karang, sebulan dua je kekal kontrol selepas tu....hmmmmmm semuanya nampak hu huhu
Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi
Fina, peringkat ini ciptaan dan pandangan aien :) sebab selalu lama2 orang bercinta pun xkekal kan. jgn di lama2 kan hbngn. sbb nye, xbaik kan :) kalau dah serasi teruskan je dengan ikatan yg halal. Bahagia atau tidak, Insyaallah Allah tahu yang terbaik.
Salam,
Masa memang membantu tetapi tidak semestinya. Sikap dan tolak ansur antara kedua-dua pasangan boleh panjangkan hayat percintaan.
Bila dah kahwin, janganlah lupa pulak nak bercinta ;)
Jom baca;
Perpindahan Tempat Kuliah
Post a Comment