Thursday, December 23

Ini Ada 2 Cerita : Kisah Si Gay Mencari Teman dan UG yang Tidak Bertamadun


Ini cerita pertama. Kisah Si Gay Mencari Teman

Mari kita tinjau gambar yang dikirim oleh roomate ni. Ntah la apa motifnya..

 ~I'm gay, I'm ok!~

Kalau ikut persepsi gila saya, mungkin dia mencari Azwan Ismail. So, ada siapa2 yang nak berkenalan? Boleh tinggal jejak di ruangan komen. Terima kasih.

***********************************************************************************
Ini cerita kedua. Kisah UG yang Tidak Bertamadun!

Harap maklum, UG ialah singkatan kepada Ulat Gonggok...

Tadi, masa nak sidai kain, tiba2 nampak 1 spesies UG ni gila besar. Macam biasa, saya akan seperti kena sawan kalau nampak binatang ni, jadi saya terus lari masuk rumah sambil jerit2 dan biarkan kain2 yang belum dijemur terkontang kanting dalam bakul.

Atas rasa tanggungjawab yang menebal dalam diri, saya beranikan diri keluar semula, sambil bawak parang. Pelan2 saya pergi dekat binatang tu. Wah! Memang nampak tebal. Tapi bila perhatikan betul2, nampak macam ada dua ekor la!! Sorang Seekor kat atas, seekor lagi kat bawah!

Masa tu, tiba2 saya teruja! Tak sangka jumpa UG spesies kembar siam punya! Nampak betul semangat kerjasama antara mereka nih. Sanggup berjalan sama2 walaupun nampak senget2 sikit badan tu. Ye la, mesti susah kan kalau jalan berdua. Mereka ni betul2 buat saya kagum, dan terus spontan nyanyi lagu Wonderpets: Apa yang penting? Kerjasama!

Ntah macam mana saya tersedar dari dunia Wonderpets, binatang tu dah makin dekat dengan saya, maka sawan saya terus datang! Lalu, spontan tersepak binatang tu. Wah!! Tau tak apa yang berlaku??

Saya nampak diorang terpisah! Wah! Mula la kagum dengan sendiri konon2 terror sepak sampai kembar siam tu boleh terpisah. Saya sengih balik.

Tapi kan, paling tak boleh blah bila tiba2 dua2 binatang tu bertemu balik, dan.... seekor naik atas badan yang seekor lagi!!!! Ahhhhh!!!! Sekarang baru saya faham, diorang tengah 'ehem2' rupanya!!! Cis!!

Lalu saya ambik parang tu, dan nak mula hayun pada diorang dengan rasa marah dan malu, tapi tak sempat sebab Danial dah tahan dari belakang.

Dan.. saya tak puas hati! Sepatutnya, saya cincang2 binatang tu, sebab bila diorang ehem2, maka bertambah2 la zuriat keturunan mereka. Itu yang saya tak nak, sebab sampai 70 keturunan pun, dia tetap binatang yang paling saya takut dan saya benci! So, kalau dah cincang2 tadi, mesti diorang dah takde keturunan kan.

Buat kerabat2 UG, weyh! Malu la sikit nak buat macam tu. Longkang ada, kau buat tengah koridor! Please la, huduh ok! Sangat huduh!! Tolonglah jadi rakyat Malaysia yang bertamadun sikit.

Itu sahaja cerita saya untuk malam ni. Kita sambung besok2 pula. Selamat malam. 

p/s: malam ni malam jumaat.. hihihi~

Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ini Ada 2 Cerita : Kisah Si Gay Mencari Teman dan UG yang Tidak Bertamadun.


7 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

hehe
ingatkan nama shopping complex ke..
hikhik
jgn..
cian diaorg
nak idup juge tu..

ztie said...

ganasnya sampai nak cincang2..hoho kalau saya mmg tak sampai hati. Buang jaoh2 jerr

r.k said...

aduh , kesian sama cik UG .. biarlah , mereka pun ada keinginan .. hehe

KeCiK said...

Bole tahan, UG pon nak skodeng. Pervert LOL.

"Macam biasa, saya akan seperti kena sawan kalau nampak binatang ni, jadi saya terus lari masuk rumah sambil jerit2..."

Waaa..sawan baru ke kak? Leh jerit-jerit then lari-lari...

:)

shandye. said...

berkabung seketika atas pemergian UG...

Fina Sophie said...

wah. u loath sgt dekat UG kan.. :)

humbleyat said...

oh UG ,sampai mcm tu sekali ak nak keturunan dia..T.T