Thursday, December 2

Hey Lelaki! Pastikan Kamu Begini..


1. Lelaki yang gagah walaupun jarang ke gymnasium

Tapi saya x nak terlalu gagah macam John Cena kerana ianya menakutkan..

2. Lelaki yang pandai bersukan tidak kira walaupun hanya tahu 1 sukan sahaja

Saya lebih prefer pada lelaki yang pandai gymnastik!

3. Lelaki yang bijak dan pandai! CGPA pilihan? Tentulah 3.5 ke atas!

Bukan bijak pandai dalam akedemik saja, malah hukum hakam agama juga!

4. Lelaki pandai bermain alat muzik. Sedap halwa telinga si gadis mendengarnya apabila kebosanan datang melanda.

Dalam banyak2 band, saya selalu tertarik dengan pemain drum. Tapi saya lebih suka lelaki yang pandai main gitar!

5. Mempunyai kereta! Tidak kira baru atau terpakai, tetapi mestilah milik lelaki itu.

Of course! Tapi, lagi suka kalau ada superbike. Boleh sama2 rempit! Yeah!

6. Lelaki suka berjenaka dan buat lawak. Tidak kering gusi apabila bersamanya. Lelaki yang penuh dengan sense of humor sering menjadi pilihan si gadis.

Of course! Sangat sweet~

7. Lelaki yang tahu jalan dan cekap tengok tempat. Bolehlah diharap apabila pergi melancong ke mana2.

Yup. Tapi best jugak kalau tak ingat, nanti boleh round tempat tu banyak2 kali, and sekaligus dapat spend time lebih! Ohhoo!

8. Tahu serba sedikit tentang komputer. Jika si gadis ada masalah dengan komputer peribadinya, kamu dulu yang akan dicarinya!

Maybe.. tapi saya tercabar sikit kalau laki lebih advance IT dari saya haha! sungguh ego~

9. Lelaki yang tahu hukum hakam agama. Walaupun sifat luaran fizikal agak selamba atau sempoi, setiap gadis dambakan lelaki yang mampu pimpin mereka apabila solat berjemaah kelak!

Wajib!!!!

10. Lelaki yang berambut pendek dan kemas. Walaupun ada yang suka berambut panjang, wahai lelaki, percayalah lambat laun si dia pasti menyuruh kamu potong rambut bagi nampak kemas!

Uhuh statement sindir ke nih~ saya suka lelaki rambut panjang, and muka cam busuk2 gitu. Tapi betul la kot, 1 hari nanti saya akan suruh dia potong and wangi2kan muka sikit.. eh peliklah aku nih!

11. Lelaki yang mempunyai sedikit janggut. Macho katanya..

Of course!! Kurang berminat dengan misai....

12. Lelaki yang wangi dan pandai memilih wangian yang sesuai dengan diri mereka.

Betul! Saya suka bau minyak wangi lelaki...

13. Lelaki yang prihatin. Maknanya, lelaki yang tahu dan hafal tarikh2 penting si gadis.

Sapa tak ingat tarikh birthday saya, saya rejected!!!!!

14. Apabila ingat tarikh2 penting, tak reti2 ke nak bagi hadiah ataupun kejutan? Si gadis amat menyukainya!

Haha i like this statement! Saya tak mengharapkan hadiah atau kejutan, cukup sekadar ucapan ikhlas sebagai tanda dia ingat birthday saya. Tapi kalau dia bagi hadiah atau kejutan, saya sangat2 menghargainya T.T..

15. Lelaki yang pandai ambil hati kedua orang tuanya. Hello lelaki, jika nak mengurat anak, kena beli jiwa ibu dan bapanya dahulu tau!

Baiklah. Parents saya dah pesan awal2, kalau nak masuk meminang, kena bagi handphone nokia c6 3 bijik! Saya satu, Mama satu, Abah 1 hahahaha!

16. Penyabar! Tetapi dalam keadaan apa? Tentulah dalam keadaan apabila kamu dapat menemani si gadis pergi membeli-belah. Kamu tak beli pun tak apa asalkan sudi menjadi peneman itu sudah memadai!

Hoh?!! Yup..lelaki perlu menemani saya ke mana saja, tetapi bukan untuk bershopping! Saya mudah mengantuk di shopping complex, tapi kaki masih gagah untuk berjalan walaupun 5 jam sudah berlalu. Jadi, saya rasa tidak perlu ditemani ketika shopping melainkan dia sendiri kaki shopping! Hoyeah!

17. Apabila bercakap di telefon, biarkan si gadis yang bercakap. Jangan menyampuk kata2nya!

Kadang2, saya yang lebih pendiam. Haih~

Sumber: Majalah Remaja Edisi 582 m/s 67

p/s: Mama kata, jangan mengaharap kesempurnaan, sebab semua manusia tidak sempurna. Jadi, belajarlah menerima pasangan masing2 ^^ 


Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Andai Dia Putera Katak.




14 comments:

afifaa. said...

perghhh. request ke ni? hee. nak cari mr.right ek?

puteri_kebayan said...

semua betul:)

Fina Sophie said...

para lelaki takda ke yang nak komen? :P

reyes said...

paling best no 10...haha

KeCiK said...

"Betul! Saya suka bau minyak wangi lelaki..."

Pergh, macam lain je. Seram.

:)

dya adriza said...

afifaa:

lebih kurang kot haha! sapa sudi boleh isi borang :P

dya adriza said...

puteri_kebayan:

yup.. memang betul! (Eh apa yg betul?!!)

dya adriza said...

fina sophie:

mereka tercabar mungkin :P keh3..

dya adriza said...

reyes:

haha! (eh apa yg best?!! rambut pnjg ke pndek?!!)

dya adriza said...

kecik:

heh! ko ni mesti tergolong dalam golongan yg kebirua-biruan nih. tolong putihkan blk otk tu k keh3. hakikatnya, bau myk wangi lelaki lg bez dari pompuan! ^^

r.k said...

letihnya bila nak jadi lelaki idaman .

ergh !

dya adriza said...

r.k:

mama kata, jgn mgharap kesempurnaan, sebab semua org x smpurna. jd, bljarla menerima psgn msg2 ^^

humbleyat said...

pesanan khas buar si lelaki..kalau mengumpul janggut tu, niatkan terus untuk ikut sunnah nabi, dapat pahala sekali kan?he2

latest entri:Nostalgia kelahiran

dya adriza said...

humbleyat:

betul3!! lelaki ada janggut nampak sweet, dah la sweet, dpt pahala lg keh3..