Tuesday, December 7

Hadirkan Cahayamu






Berjalan di sahara gersang,
Melangkah dengan lemah kudrat,
Tekak yang dahaga terlampau,
Dahi dibasahi hujan keringat,
Kulit terbakar dek hangat terik mentari.

Jauh sungguh perjalanan di bumi,
Mata tak nampak destinasi,
Akal berfikir akan pasti,
Tempat tuju realiti,
Namun segala kadang hanya mimpi.

Pasti berganti bila tiba masanya,
Tiap Zulhijjah kau mula dinanti,
Mula tinggi timbunan angan,
Diimpi moga tercapai dek tangan tak panjang,
Tanpa sedar kau kadang dipermainkan.

Hadirkan cahayamu,
Hadirkan indahmu,
Hadirkan gemilangmu duhai Muharram,
Yang dinanti,
Yang mana ia pasti,
Yang dicari-cari.

Moga segala yang dicita oleh mereka-mereka,
Moga segala yang diimpi hamba-hamba,
Moga segala yang dimahu pejuang dunia,
Tercapai,
Terlaksana,
Termakbul jua,


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bapak Pac Man.

4 comments:

r.k said...

amin . :)

selamat tahun baru izfanora .

KeCiK said...

Bloody-superb punya metafora dan simile for the first two stanzas. Nanges gua.

Go for it. Amin.

:)

izfanora said...

@r.k: terima kasih..

izfanora said...

@KeCiK: tq.. i just try my best to wrote a poem..