Tuesday, December 14

Dia juga manusia..




Assalamualaikum para pembaca sekalian. Apa khabar anda semua? Harapnya sihat walafiat. Alhamdulillah, semalam aku tamat sudah menjawab soalan 'final exam' untuk semester ini. Perasaan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Seronok? Tak juga. Kenapa? Tak tahu kenapa, tetapi ada perasaan negatif dalam hati nie. Astaghfirullah, cuba dibuang, tapi makin dipendam makin geram.

Lima belas minit terakhir (waktu kritikal) masa jawab exam, aku kebuntuan. 


Sebenarnya, kebuntuan tue memang dah datang awal time tengok soalan yang kelima. Tengok soalan lima ye kawan-kawan. Nampak tak? Eh, mereng dah aku nie. Okay, kembali ke jalan yang benar. Kebetulan, time kritikal tue, lecturer yang mengajar subjek tue masuk dewan exam. Aku terus tanpa segan silu dan konfiden mengangkat tangan untuk bertanya.


"Sir, is it right? The question not give the n value for us. I don't know how to find the n value."

Pergh, speaking london yang tak tahan tue.

Sir aku nie memang baik hati dan sayang kat aku. Dan kawan-kawan aku juga. =) Aku tengok muka dia dah cuak. Yelah, dah tinggal lima belas minit je kot. Dia terus keluar. Katanya nak call penyelaras modul. Huh, tunggu punya tunggu punya tunggu, sir aku nie tak muncul-muncul juga. Aku dah gelisah giler. Aku sangat konfiden untuk soalan nie. Soalan lain aku tak berapa nak sure walaupun aku boleh jawab.

Cuba korang bayangkan, SATU MINIT terakhir baru sir aku masuk. Terus dia meluru kat aku. Dan tanpa fikir panjang, dia terus bagi rumus yang buat aku terbeliak mata. Tapi, apa boleh buat. Satu minit jer beb. Tak dan dah aku nak berfikir. Rugi empat belas markah kat situ. Yang aku tak puas hati sebenarnya bukan dekat sir aku. Tapi dekat seorang hamba Allah nie.

Pensyarah aku juga. Aku tak tahu apa yang dia tak puas hati sangat dekat aku sampaikan time aku tengah menulis kat paper exam tue, dia boleh jer nak ambil terus paper aku. Selalunya, kalau student tengah menulis 'ayat-ayat terakhir', yang kutip paper akan tunggu, tak pun ambil paper orang lain dulu. Aku bukan marah apa. Tapi memang lama dah aku tengok, beliau macam tak puas hati dengan aku.

1. Beliau membuat statement di laman sosial terkenal mengenai beliau tidak berpuas hati kepada 'individu' yang tidak datang meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Beliau mengatakan bahawa individu tersebut tidak tahu malu kerana boleh buat tak tahu.

Masalahnya, aku tak buat salah pun. Beliau ingat kami satu kelas meniru semasa 'mid exam'. Pelik tapi benar. Susahlah kalau semua pensyarah macam nie. Memanglah kami semua nie tak berapa nak pandai, tapi janganlah judge semua orang sama. 

2. Beliau sangat suka menyibuk 'hal cinta' orang. 

Aku rapat dengan mamat sorang nie. Perlu ker dia cakap depan aku, "Saya kalau nak cari pasangan, saya cari yang sama standard dengan saya." Wahai manusia, cerminlah diri. Hidup tak lama. Kerana beliau seorang pensyarah, aku sangat menghormatinya. Aku tak pernah nak lawan cakap dia. Tapi, hati aku terguris sangat.

Dia juga manusia. Buat silap. Aku juga bukan siapa-siapa. Hanya meluah rasa. Kawan-kawan, apa pandangan anda? Sepatutnya, 'beliau-beliau' ini tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga tingkah laku dan bahasa kerana mereka ini orang 'atasan' yang sentiasa diperhatikan dan dicontohi oleh orang 'bawahan'. Aku tak pernah membandingkan, pensyarah lain yang lebih senior dan berpengalaman juga berpangkat tak pernah begitu ego dengan apa yang ada. Malah lebih mesra dan bermanis muka. 

Mungkin ada silap di mana-mana yang aku buat tanpa sedar. Aku juga manusia biasa.


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bapak Pac Man.

15 comments:

cik ain said...

ceit! ade ke mamat tu boleh kate mcm tu. ape dia ingat, bila mati, bawak harta! bawak dosa adelah!!

amira said...

dia tak kawen lagi ke..? ni mesti kes sunyi..

kusut said...

fuh sungguh tak gemar kalau lecturer yg rasa dia sorang yg super-hebat. konon2 serba serbi yg dia buat semua bagus. hish pening

tapi sabar je la ye. jgn buat silap mcm aku dulu. tak puas hati kat lecturer sorang, boikot satu assignment, sekali fail satu sabjek.. last2 kene repeat year. sesal tak sudah

KeCiK said...

Bila pointer ciput-ciput, abah gua mesti tanya;

"Sonny! kenapa pointer tak sempoi?"

"Pointer itu duniawi, bah"

Nak suruh chill susah gak, patblas markah wei.

:)

nur.sa said...

warghh.. sayangnya markah tu tak dan nak siap jawab..

kalau awak tak salah, kenapa pulak nak kena minta maaf eh. huhu.susah jgk dpt lecturer mcm tu.

r.k said...

kalau lu nak kaki tolong calar kereta beliau , simbah cat ke , pecah tingkap ke . halo-halo ghua je love . tadahal punya . keh keh keh

r.k said...

p/s: ghua syak beliau minat kat lu . hehehe

izfanora said...

cik ain: sabar cik ain.. bukan mamat, tapi minah.. :P

izfanora said...

amira: macam tau-tau jer.. memang orang kesunyian camtu kot.. huhu..

izfanora said...

@kusut: tak gemar juga.. pelik r, cam lah dulu time dia study, dier perfect.. huhuhu..

dok sabar r nie kusut oi.. minta-minta lepas sumer subjek sem nie.. sangat mencabar minda.. camner lah ada yang smbung phD.. huhu..

izfanora said...

@KeCiK: pergh.. kalau r sy nie brani nak chill gitu dengan abah, memang best.. huhu.. mslhnya, abah saya tak brp nak chill r plak.. :P

izfanora said...

@nur.sa: sangat syg.. bkn xtahu buat, just dh nmanya bukan rezeki.. telan air liur jer r tgk lecturer amik paper tue..

mslhnya, kita jer yg tau kita xslh.. biar r.. :)

izfanora said...

@r.k: xbest r wat gitu.. elok-elok tak buat salah, tetiba plak der report polis dtg.. hahaha..

oit.. dia gurl r.. klu dier guy, mesti gua tau.. ahaks..

humbleyat said...

ho2..ada plak men jeles mcm ni..tak murah rezeki tau..

Serahkan segalanya kepada Allah kembali.yg penting izfanora ada masa lagi nak berdoa kan?lembutkan hati dia ke..:-)

shandye. said...

maaf kalau komen ni off-topik.

1. saya benci pensyarah racist.
2. saya tak suka pensyarah yg pilih kasih. mentang2 dia perempuan, dia hanya entertain appointment dari student perempuan saja.
3. saya tak suka pensyarah yg datang lambat lepas tu hormon2 tak tentu pasal. its fringgin' 4pm kot... semua org dlm keadaan otak tak stabil utk belajar, ko nk marah2 plak. sapa suh lambat?