Monday, December 27

Dewasa Secara Holistik

Menyelongkar semula entri-entri lama di blog saya, saya melihat bagaimana kehidupan itu berubah dan menulis tentangnya memang sesuatu yang memuaskan. Otak kita, seperti yang kita ketahui, mampu menyimpan berbilion data tetapi menjadi masalah untuk mengingatnya semula.

Lalu menulis blog sering diumpamakan sebagai menulis diari. Ia menyimpan memori dan menyimpan pemikiran yang kita pernah ada suatu ketika dulu. Bukanlah penulisan blog yang ingin saya isukan di sini tetapi bagaimana kita semakin mendewasa dan harus atau saya patut katakan "mesti" belajar menjadi dewasa dalam erti kata sebenar.



Dewasa secara lahiriah belum cukup dewasa, tetapi pemikiran dan hati mesti menjadi dewasa juga. Ada sesetengah manusia yang dewasa secara usia tetapi sayangnya apabila mengendalikan sesuatu masalah, mereka tidak kendalikan dengan pemikiran dan hati yang dewasa.

Pengalaman adalah satu perkara yang akan mendewasakan kita secara menyeluruh, selain daripada ilmu yang kita tuntut saban hari. Apa yang kita lalui dalam kehidupan, mesti kita analisa daripada pelbagai perspektif. Mesti belajar daripada kesilapan. Mesti merobah diri ke arah keadaan yang lebih baik. Perubahan yang konsisten penting untuk menjadikan kita manusia yang lebih mengenal makna kehidupan hakiki.

Apabila membaca entri-entri lama, rupanya banyak perkara yang telah saya lalu. Yang manis dan pahit tetapi kadang-kala saya tidak belajar daripada kesilapan. Lalu kesilapan berlaku lagi, kemudian setelah itu baru saya mahu belajar. Manusia, kita ini lupa, selalu bersalah atas kesalahan yang sama. Kadang kala berkali-kali. Tetapi yang penting mesti ada dalah hati ini satu rasa yang penuh ikhlas untuk kembali pada jalan yang benar. 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Manchester United Remains Unbeaten This EPL Season

9 comments:

syaftome said...

memang...
untuk menjadi dewasa...
pemikiran semestinya matang...
mengendali kehidupan seharian...

dan benar...
dalam hidup ini kita selalu melakukan kesilapan yang sama...
kerna apa...kerna kita tidak pernah belajar drpd kesilapan itu...
dan kerna kita tidak dapat melihat masa depan, yang menjanjikan kegagalan kepada manusia yang selalu melakukan kesilapan...

Fyzal said...

@syaftome
semoga kita sama-sama mampu menjadi insan yang mendewasa secara menyeluruh :)

banyak pengorbanan mesti dilakukan dan banyak pengalaman yang mesti diambil faham dalam kehidupan :)

KeCiK said...

Dah "dewasa" ni baru lah kita tau betapa sengalnya masa kita "belum dewasa"

"Bodoh lak ai, apsal lah aku buat macam tu dulu... @#$% !!!!"

Just an example. Gua suka marah kat diri sendiri mengenangkan diri gua yang begitu jahil suatu masa dahulu.

Itu gunanya pengalaman kan? Pahit, manis, masam; gaul semua sekali then jadi something yang precious.

:)

r.k said...

ghua frequently say to myself , lu ni dah XX tahun buat benda biar ada hasil dan faedah mate .

yeah , im not THAT adult . sigh ~

Fyzal said...

@kecik
benda yg lepas itu cikgu kita :) pengalaman membesarkan kita.

Fyzal said...

@rk
i say that to myself too :)

Fina Sophie said...

hi fyzal :)

hehe.. u know i start berdiari since i was in my primary school, tp yg ada dlm simpanan start for 2 or form 3. lama tak have a peek dekat diari2 tu. later ada masa sy buka. tp tiap kali baca balik all those writings kan, lucu ada. malu pun ada. haha @#$%^&*. mcm2 perasaan dtg :) so i guess i know that feeling hehe :)

anyss said...

Salam,

hu hu hu semua orang memang mcm tu...bila baca entri lepas2 tu...rasa macam, fuyoooooo tak ubah macam kanak2 rebina la pulak ;)


Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi

humbleyat said...

pengalaman lalu iu guru kita:-)