Tuesday, December 14

darjat cinta [part 1]


Photobucket

harini nak bercerita / berkongsi sket la satu cerita. dari kawanku. yang sekarang ni duk memendam rasa. jadi nak mintak lah pendapat kamu semua bantu my fren ni. jom layan~

*********************************************************************************

Addiena dan Rayqal berkenalan di sebuah pusat pengajian awam di Malaysia. Bersama susah dan senang mengikuti pengajian persedian awal sebelum ke luar negara. oh xde la susah senang bersama. kerna pada mulanya, Addiena dan Rayqal seperti rakan-rakan yang lain. sekadar kawan. maklumlah, komuniti yang sedikit.sekejap berpusing,masih jumpa manusia yang sama. walaupun tinggal di kediaman yang bercampur dengan pelajar yang belajar di situ, mereka yang mengikuti kursus persediaan ini agak sukar untuk menyertai aktiviti kampus dan bergaul dengan yang lain.

Di saat-saat akhir pengajian, Addiena dan Rayqal mula saling mengenali. masakan tidak,rupa-rupanya mereka pernah berada di pelbagai aktiviti anjuran di waktu bangku sekolah dahulu, menjadikan semakin banyak keserasian yang tercipta. Semakin hari semakin akrab. Dan tanpa disedari, hati sudah terpaut antara satu sama lain.

Namun, tidak semua mengikut apa yang direncanakan. Keputusan akhir yang melayakkan Addiena menyambung pengajian di luar negara, menjadi sebaliknya buat Rayqal. Dia tersenarai di antara mereka yang kecundang. Perit, pilu semua bercampur baur. "Rendahkah aku di mata dia?"mungkin itu bisik hati kecil Rayqal.

Tapi Addiena tidak pernah patah semangat.Cinta terhadap Rayqal tak pernah padam. Dorongan dari setiap penjuru ruang , selagi mampu Addiena tetap teguh. Rayqal juga tidak putus asa, berusaha mencari peluang sebanyak mungkin untuk mengejar kembali cita-cita nya dan sekaligus mengejar cinta. Dan Alhamdulillah, nasib menyebelahi Rayqal.

Lebih menggembirakan, Rayqal berjaya menempatkan diri di institusi yang tidak begitu jauh dengan Addiena. Minggu berganti bulan,bulan berganti tahun, mereka menyemai rasa. Apatah lagi berpeluang menghirup udara segar di negara asing, seolah dunia milik mereka. Di saat insan lain masih tersedu-sedu menangis terharu menonton drama korea dan jepun misalnya, Addiena dan Rayqal bahagia dengan dunia ciptaan mereka sendiri. 

Sehinggalah segalanya berubah. Panas tidak selalunye sampai ke petang. Tapi Addiena lupa untuk  menghadapi hujan yang kunjung tanpa sekelumit rasa itu. Tidak pernah dipinta, cinta nya kini dilanda ombak. Tidak pernah terduga di hatinya, Rayqal bertindak begitu rupa. Curang. Tidak pernah terlintas dibenaknya selama ini. Ya, Rayqal curang terhadap cinta mulusnya. Hati mana yang tidak sakit. tapi Addiena tahu, manusia memang tidak lari dari kesilapan. Digagahi jua untuk memberikan Rayqal peluang. Perlahan-lahan luka yang terhiris kembali sembuh. 

Cinta kembali dibajai, menyemai benih-benih kasih. Addiena bahagia kini, dan terusan meninggalkan kepingan hati yang pernah terluka.Taman cintanya kini hampir mekar. Namun, dia sebenarnya silap. 2minggu bahagia yang dirasainya bukanlah untuk selamanya.

Hari itu, hari Rayqal dijadualkan pulang ke Malaysia. Pulang bercuti. Addiena mengiringi Rayqal di lapangan terbang. Addiena seakan berasa pilu di hati, merasakan perpisahan kecil ini seolah-olah perpisahan yang tiada pertemuan , tapi itu mungkin mainan perasaannya semata.

Dan siapa sangka aturannya yang sebegitu. Addiena terkedu. Terpaku. Sampainya hati Rayqal bertindak begitu. Memberikannya kata putus sebelum berlalu pergi, meninggalkannya sendiri di bumi asing ini. Kembali menyendiri......tapi dia tetap dengan tekad di hati.

**********************************************************************************


okeh. ni baru permulaan. agak2 apa la yang terjadi ek?
ni cerita benar tau. nanti next week aku sambung part 2. and lepas tu aku nak korang2 semua kongsi lah pendapat dan nasihat bagi pihak Addiena. jumpa lagi next entry ye.


Mengenai Penulis Entri Ini :
Ckynwan juga penulis untuk blog celoteh ckynwan. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Ckynwan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Perempuan, lelaki dan mimpi.

9 comments:

zahidah dihaz said...

hurm...agak berat...kena tunggu sambungan lagi ni...

New entry: We Got Married

cik ain said...

pehh! dh bg peluang kedua, still kena kate PUTUS lagi??

kusut said...

heheh starting tadi dah separuh ready dah nak bagi pendapat. sekali kene tunggu part 2 lah.

ok akan tunggu minggu depan

http://aniesandyou.blogspot.com said...

plz la..cinta tu baik.jangan dicemari dgn perkataan2 putus, clash dan seangkatan dgn nyer...

cKyN WaN said...

hehehehe
ni baru permulaan tau...
kite tgk apa yang berlaku kat addiena ngan rayqal nextweek.

hope you all bg pendapat masing2
sebab addiena ngah buntu sekarang ni hehe

stay tuned~

r.k said...

addiena , worry no more love . u have at least 80 persons on you back , here .

XD

tapi ghua nak tahu juga kesah rayqal . oh next week , cepat sikit datang ...

cKyN WaN said...

hehehehehe

nanti kita tahu next week
apa yang berlaku
apa yang rayqal buat
and nak dapatkan pendapat la
kenapa rayqal buat cmtu
nak pahami tindak tanduk rayqal

n then bantu addiena selesaikan kebuntuan tu

izfanora said...

hurm.. sedih sgt.. saya menangis..

cerita nie hampir sama dgn cerita benar hidup saya.. mungkin nie baru separuh, dan saya sangat-sangat berharap, akhir cerita ini, bahagia milik mereka.

humbleyat said...

konflik cerita curang...
tp kenapa rayqal buat mcm tu...
sian kat adienna..