Wednesday, December 1

Dari Mataku: Ramai Blogger Tak Suka Baca


Dalam penulisan blog, seharusnya kita menggunakan perkataan formal walaupun kadang2 kita suka menggunakan perkataan "korang" yang disifatkan sebagai bahasa pasar. Namun, ianya masih boleh diterima. Apa yang dibenci oleh blogger dan pembaca adalah bahasa SMS dalam penulisan blog.

Contoh:
diowg-DORANG
sensowg-SORANG2
law-KALAU
kitew-KITA/KITE
apew-APA/APE
takdew papew-TAKDE PAPE
windu-RINDU
pelix-PELIK

Perlu ke perkataan "W" ditambah dalam perkataan2 tu? Kalau kita baca ikut perkataan tu yang ade huruf "W" terasa macam orang yang takde gigi je. Pendek kata macam budak2 baru pandai bercakap. Wahai blogger2 muda, jadilah remaja yang matang sikit dalam penulisan ye. Anda menulis blog untuk budak2 tadika ke? Kalau nak guna perkataan tu, cukup2lah dalam sms awak dengan si dia je. Konon2 nak bermanja, tapi dalam penulisan blog sangat2 tidak sesuai.

(Nota Hatie: Terasa ingin letak link blog2 yang menulis dengan perkataan seperti di atas, tapi tak nak jatuhkan air muka orang dan ada orang yang jenis tak suka terima kritikan dan merasakan blog dia, dia punya hak penulisan. Memang tak boleh dinafikan, tetapi kita menulis bukan untuk pembacaan kita sahaja bukan? Kalau kita menulis hanya untuk diri, baik tulis dalam diari sahaja.)

Yang menulis,


12 comments:

adrinaqamarina said...

sokong ayat last tu. baek tulis dalam diari je

misz myza said...

dorang tambah w kat ayt dorang sbb nak nampak macam manja la kunun-kununnya.. lepas tu ade pulak yang tambah c dan x.. nampak macam pelat je.. contohnya, akak tulis akx... sihat jadi chat..

Aq Waeda,,, said...

good entry!! sangat setuju dgn tuan blog,,,
menyampah la bace dorg tulis macam tu,,,nk manja2 konon,,tolonglah,,
x sesuai,,,untuk berblogging ni,,

nur.sa said...

saya ingat zaman kita dulu, dah aneh dan cukup pendek dah menulis, tapi zaman budak-budak sekarang lagi teruk tulisannya. betoll. macam orang takda gigi..ahahahaa.. kalau terjumpa orang menulis macam tu, dah tak mampu nak teruskan bacaan dah. hoho.

PuPeL said...

pupel masih belajar..kadang2 time menaip tersasar juga jadi bahasa pasar..tapi insyaallah lama2 ok.

atiewawa said...

wah, suke suke! sebab mereka mereka yang menulis macam ni adalah sangat annoying eheh. and yang tulis StyLe MaCam GinI pon memang mintak penampo gak. xD

Pert Doherty said...

sy juga xsuka org tulis macam tu..

tp..

pd sy, abaikan saje.. xpyh pg blog diorg tu.. hbs cite.. kite xskit hati, diorg pn sng hati..
hahaha..

p/s:blog tu kn asalnya konsep mcm diari gak kn?

kusut said...

pada aku lah kan.. bukan la mandatori utk gune ejaan/struktur ayat yg betul dlm blogging. yg penting.. org yg membaca boleh paham, dan jugak pembaca tak muntah bile baca.

tapi bottom line nye, when it comes to blogging, kalau buat benda2 yg orang tak suka nanti orang tak baca lah blog kan.

nn said...

tengok motif diorang blogging. if for friends, maybe ok. if nak up kan blog... susah lah kot.

Latest entry: we use our mom's bag with pride.

afifaa. said...

tulisan zaman sekarang. bahasa sms and bahasa pasar. susah nak faham.

Fina Sophie said...

actly ni semua depends pd orang tu. sbnrnya cara senang je. mcm yang komen2 atas ni ckp. tak pyh pening2 kepala. tak perlu pergi blog tu, dah. hbs citer. biasanya budak2 muda mcm tu, give them chance. kita pun pernah muda kannnn :)

humbleyat said...

setuju sgt dengan fina dan pert..
tak yah baca kalau tak suka..he2..

kit apegi blog lain plak..