Wednesday, December 15

Dari Mataku: 3 Perkara Buat Orang Tak Suka Blog Anda


Blog adalah medium untuk kita mendapatkan pelbagai jenis info. Oleh itu, seharusnya kita memberikan keselesaan kepada pembaca kita supaya mereka terus mengikuti perkembangan blog kita setiap hari. Sekaligus, peningkatan trafik pada blog kita. Sesungguhnya itu adala impian setiap blogger untuk melihat blog mendapat sambutan seperti pisang goreng. Namun, ada 3 perkara yang kita rasa selesa tapi pembaca atau blogger lain kurang selesa.
1. Autoplay Song
Kita perlu ingat bahawa ada di antara pembaca blog kita, melayari internet di office. Oleh itu, apabila blogger membuka blog anda, kedengaran lagu yang menjadi satu gangguan kepada orang lain. Memang kita boleh mute speaker komputer, tetapi sebelum buka blog anda, mungkin ada komputer yang masih belum mute speaker lagi. Ada juga blogger yang sedang mendengar lagu kegemaran sendiri di laptop/komputer masing2, dan apabila membuka blog anda yang memainkan autoplay song, secara automatik juga blogger tersebut mungkin akan menutup semula blog anda kerana gangguan lagu yang terdapat dalam blog anda itu. Nampak tak kerugian pembaca di situ?

2. Kotak komen
Blogger2 picisan dilihat ramai yang melakukan kesilapan dalam mewujudkan kotak komen pada blog2 mereka. Komen adalah sangat penting dalam sesebuah blog kerana kita menginginkan kata2 atau pandangan blogger lain berkenan penulisan kita, selain sebagai pembakar semangat kita untuk terus menulis. Oleh itu, silalah tukar settings kotak komen pada blog anda kepada pop-up window. Caranya, masuk ke dashboard-settings-comments. Kita perlu ingat, bahawasanya kelajuan internet antara blogger2 tidak sama. Ada yang menggunakan wireless, ada yang menggunakan broadband dan sebagainya. Sekiranya kotak komen pada blog anda berbentuk full page atau embedded below post, ini akan melambatkan proses komen dilakukan. Word verification juga tidak perlu kerana jika komen tersebut dianggap spam, ianya secara automatik masuk ke ruangan spam. Namun jika anda menginginkannya, terpulang dan yang penting hanyalah kotak komen yang berbentuk pop-up window.

3. Terlalu banyak widgets
Sebagai blogger belia muda, kita perlu menunjukkan kematangan kita dalam blog. Sewajarnya widgets sampingan dibuang dan hanya widgets yang penting sahaja diletakkan, blog bukan seperti bilik darjah ada pertandingan kelas tercantik ye. Blogger remaja perempuan paling ramai dilihat meletakkan widgets yang hanya menambahkan berat blog. Contohilah blogger2 terkenal, lihat blog mereka yang tidak banyak widgets. Hanya header mereka yang menjadi kekuatan selain dari isi2 yang terkandung dalam blog mereka. Untuk pengetahuan anda juga, widgets yang banyak mendorong kepada kelembapan untuk membuka page blog anda. Sebelum pembaca menutup terus blog anda sebelum mereka baca, adalah lebih baik anda buang widgets yang tidak perlu agar cepat loading untuk ke blog anda itu.

Yang menulis,

10 comments:

cik-terompah said...

betul2!!! setuju beb,, terutama no 1.. klu aku.. aku tutup je blog tu.. hehe

ASaDa RyutaRo said...

pernah gak terkejut beruk dengan lagu yg auto play. lebih dahsyat lagi kalau time tu speaker tgh on kuat. isk.. isk..

klu blog berat tambah line lembab, satu hari x hbs loading kot. huhu..

Amy Syaquena said...

As'salam..

dah biasa terkena pun , x suke sangat sekarang before BW mesti of kan speaker..

nur intan hazirah said...

mmg setuju sgt ngan lagu tue...huhuhuhu bykkan lau bkak byk2 blog satu masa then semua ada lagu...xke mcm.....huuuuuuuu

Muaz Faris said...

ada gak lah membantu, thanks..

Post terbaru - Lihat sini

cikpia said...

saya setuju!!!!!!!!!

lagu2 autoplay adalah sangat menjengkelkan!!!! =)

r.k said...

kalau autoplay hanya untuk that blog ghua boleh diterima lagi .

tapi kalau blog ada autoplay , lepas tu entry ada autoplay , tak ke serabut je .. ARGHH !!

chenta said...

tak pernah psng autoplay song kat blog..hehehe

tp psl komen tu, sy mmg pnh buat entry khas bout this topic..

rasa annoy plak bila kene tunggu loading hanya kerana nak komen...pop up windows je cepat!

humbleyat said...

sy tak pasang autoplay..tp suka dengar lagu..he2..:-)

tentang kotak komen tu info yg bgus..:-)

shandye. said...

saya benci blog yg ada lagu autoplay. sekian.

ko buat la content ko best mcm mana skalipun, kalau blog ko ada lagu autoplay haram takdenya aku nk singgah.

ok. tamat sudah sesi marah.

haha...

kpd yg terasa tu, nk letak lagu boleh, tp biarkan ia pada tetapan option pengunjung leh tekan play. ok?

kthxbai.