Friday, December 24

Cinta Sejati Itu Bukan Pada Manusia


Kata-kata seorang sahabat baik saya pada petang tadi membuat saya alpa, "Kebanyakan orang sering salah faham tentang kalimah "cinta sejati"...."

Sebenarnya perkataan itu tidak layak ditujukan kepada manusia. Tahu tak, cinta sejati, kasih dan sayang itu adalah perkara yang berbeza?



Cinta sejati itu hanya untuk Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Kasih itu hanya layak untuk ibu bapa dan yang selainnya.
Sayang itulah ditujukan kepada pasangan sehidup semati kita.

Jadi jika sahabat semua berpasangan, melalui alam percintaan dan perkahwinan, janganlah meletakkan rasa cinta kepada manusia, kerana mereka tidak berhak dan tidak selayaknya menerima sejati itu berbanding Allah s.w.t.

Tapi cukuplah meletakkan perasaan kasih dan sayang terhadap manusia.

Dan sayang itu janganlah diletakkan di dalam hati, tapi cukup meletakkan sayang itu di tangan, supaya apabila ianya hilang, kita tidak akan terasa.

Tetapi bagi yang telah meletakkannya di hati, cuba alihkan kembali perasaan sayang itu di tangan kembali.

Memang agak sukar kan?Lebihkan solat malam supaya cinta sejati itu sahaja yang perlu ada di hati kita.

Pesannya tegas, janganlah sekadar memahami perkataan-perkataan itu, tapi cuba praktikkan.:-)

P/S: Rakan-rakan semua bagaimana? jom ubah cara pemahaman kita dan perbetulkan apa yang ada ya!



Mengenai Penulis Entri Ini :
Humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat.Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah COVER YOUR AURAT CAMPAIGN

18 comments:

syafiqsulaiman said...

memang benar cunta abadi itu hanya untuk Allah...

hidup ini hanya sementara..
esok lusa mungkin dah tiba mase kita berjumpa dengan Pencipta..

therosputih said...

itulah...selalu ingatkan pada diri sendiri, janganlah bercinta dgn manusia, kelak, kita juga yang ditinggalkan...

Engku nor Hamidah Ear said...

setuju.. letakan sayng tu di tangan..
dalam maknaya tu...

afifaa. said...

walaupun dah tahu cinta sejati itu hanya untuk Allah dan Rasul tapi manusia sering kalah dengan nafsu.

r.k said...

afifaa. , the better word is , 'kita' yang sering kalah dengan nafsu . :)

KeCiK said...

Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best. Best.

Thx for the reminder kak. Ya Tuhan, jahilnya gua. :(

izfanora said...

sifat manusia itukan pelupa..
sifat manusia itu juga mengalah..

Allah Yang Teragung..
Cintakan DIA xrugi apa-apa, tetapi bertuah.. :)

humbleyat said...

syafiq sulaiman:
hidup kita ini pendek shj..:-)
jdi kekalkan cinta sejati kit apada Dia yang Maha Menyintai hamba2Nya..

therosputih:
cintakan manusia, dia akan pergi meniggalkn kita kan..:-)

Engku Norhamidah Ear:
mmg dalam maknanya..bukan seng nak letakkan syg kat tangan kan?

humbleyat said...

afifaa:
sebab kita hya memahami shj..apa kata kita amalkan hehe:-)
selamat beramal yerk...

r.k:
betul2..the rite word r.k..lawan jgan layan nafsu2 tu..

kecik:
tq.tq.tq.tq.tq.tq.tq.tq.tq..:-)
sekadar berkongsi aje kecik...

humbleyat said...

izfanora:
cinta sejati itu rupanya untuk Allah shj..give and take always there, cuma kitay ang alpa dan sering terusik dengan syg manusia...:-)

sYazY_dZaiMa said...

Sangat Best. Terasa macam lalai selama ni. Tq kongsikan :)

shandye. said...

bercinta dgn org tak salah. cuma kena berpada2.

bg aku, menurut ranking...

1. cinta pada tuhan.
2. cinta pada family.
3. cinta pada kawan2 terhampir.
4. cinta pada *ehem*...

hehe.. same tak list aku dgn korang?

humbleyat said...

syazy dzaima:
terima ksih byk syazy:-)..tulis on the spot aje nih, buat peringatn diri juga T.T

humbleyat said...

shandye:
berpada2..?
mmg betul ranking tu shandye, tp klu kita berbalik pada doa2 dan sewaktu dengannya..directly, "cinta" itu hanya untuk Allah shj..tiada istilah cinta untuk manusia..mereka layak untuk terima sama ada kasih atau syg shj..;-)

that de way i want to fix the word;-)

puteri_kebayan said...

cinta sejati hanya pada Ilahi..
kerana pengakhirannya, kita tetap kembali pd yang maha Mencipta

Fina Sophie said...

cinta pd yg satu itu sudah pasti. after that, family. lepas tu husband. theb baru kawan rapat dan diikuti kwn2 skliling, kmdian anak2 yatim. :)

humbleyat said...

puteri kebayan:
:-) tapi ramai yg lupa pulangkan 100% cinta pada ilahi, kerna peratusnya dibhgikan kepada yg tidak septutnya menerima:-)

humbleyat said...

fina sophie:
ank yatim?usap kepala mereka dengan kasih syang ada ganjarannya tau:-)