Friday, December 10

Cinta atau Keluarga?


"Kenapa tiba-tiba saja saya melontarkan soalan ini? Kerana ada orang yang membuang cinta kerana keluarga dan ada juga orang yang membuang keluarga kerana cinta.
Orang yang cintanya sesuci embun, tetapi terhalang oleh keluarga sanggup membuang cinta tersebut biarpun sakit kerana sayangnya kepada keluarga melebihi nilai cintanya. Manakala orang yang mengagungkan cinta pula rela membuang keluarga kerana keagungan cintanya mengatasi keagungan cinta Romeo dan Juliet.
Orang pertama yang membuang cinta kerana keluarga dipandang mulia kerana tidak rela menyakiti hati keluarga yang disayangi. Manakala orang kedua yang membuang keluarga dilabel anak derhaka kerana menukarkan cinta dengan kasig sayang keluarga.
Namun, cinta itu sesuatu yang halus, indah dan sukar difahami. Perikatan keluarga pula sukar diputuskan.
Betapa hebatnya cinta pasti ada kurangnya. Betapa kerasnya keluarga pasti ada lembutnya. Cinta tak boleh bernafas seenaknya tanpa restu keluarga. Keluarga akan sepi tanpa kasih sayang sejati. Kasih sayang sejati pastinya tiada dalam paksaan, termasuk paksaan dalam bercinta.
Cinta suci dan keluarga mesti diupayakan agar tidak terbuang mana-mana satu kerana kedua-duanya amat bernilai.
Cinta kepada pasangan dan kasih sayang keluarga mesti hidup dan subur beriringan. Sekiranya kedua-duanya dipisahkan, manusia tiada banyak pilihan untuk menikmati hidup yang bahagia!"


kalau terpaksa membuat pilihan antara cinta dan keluarga, saya pilih... TAK TAHU!!! melepaskan atau meneruskan, kedua-duanya perlukan kekuatan. andai kata saya lepaskan cinta yang ada, yang pasti hati dan jiwa saya merana. orang yang saya sayang juga mungkin turut bersedih. andai kata saya teruskan, banyak hati yang akan terluka dan saya tak sanggup melihat keluarga bersedih kerana saya.


so how? nak pilih mati, boleh? ishk, tu ayat orang yang tak ada iman lah! saya nak pilih dua-dua. nak teruskan kebahagiaan bersama keluarga yang saya rasa selama ini bersama orang yang saya cinta. tapi kalau kena pilih salah satu, maknanya akan ada yang terpaksa dikorbankan. erkkk, ayat macam raya haji la pulak!

bila cinta menguasai jiwa,
sanggup berkorban apa saja,
tapi jangan lupa pada keluarga,
yang selama ni banyak berjasa pada kita:)

Mengenai Penulis Entri Ini :
puteri_kebayan juga penulis untuk blog HiKaYaT PuTeRi KeBaYaN. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Facebook. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label puteri_kebayan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Riang Ria Bersama.

10 comments:

ztie said...

saya setuju... Kemungkinan besar sy jwb tak tahu.tp mati bukan jalannya. Mungkin sy paksa cr jalan lain dulu

zacky ~786~ said...

love it..!!

nurayunni said...

cinta sush nak duga...

afifaa. said...

keluarga. confirm!

cinta datang dan pergi.
tapi keluarga?

nur.sa said...

keluarga, walaupun lepas tu diri sendiri merana. keluarga cuma ada satu je, tak dpt dicari kat mana2 dah, cinta insyaAllah boleh dpt dari yg lain.

kusut said...

satu hari nanti cinta tu menjadik keluarga. dan jugak, mcm afifa kata cinta datang dan pergi. keluarga tu sampai bile2 pun masih keluarga. so kalau pilih cinta pun.. keluarga masih keluarga kan?

aku rase, pilih penyelesaian yg paling sensible la kot.

bukan aku nk kata keluarga tak penting, cuma semata2 sebab dia keluarga tak bermakna dia sentiasa betul kan?

syaftome said...

if its me...
i'll take both...

kan xperlu pilih...
so, in order to do that...
i'll made them understand...
the relationship that i have...
with my love or watever...

ps: i know its hard n difficult...n seems impossible to make a decision...but then again...it's all just a state of our mind...

KeCiK said...

Tak pasti apa nak komen sebab gua bukan area ni.

Berjaya mengenalpasti penggunaan kata nama CINTA sebanyak 19 kali dalam entri ni tak termasuk komen-komen yg syahdu diatas komen ni.

chenta said...

sama macam kecik..it's hard to think about love rite now...for me la..

tp rasanya i akan pilih kedua-duanya..

shandye. said...

family's first and always be.
cinta tu leh datang kemudian2.
huhu...