Wednesday, December 29

Cerpen: Destinasi Syuk

 
“Syuk, kau dah tanya tuan rumah belum? Macam mana bayaran rumah sewa kita next semester?”

Syukri kerut dahi. “Eh, maaflah, siapa ni ye? Aku dah terdelete nombor semua orang.”

Suara itu ketawa. “Ini Abang Long kau.”

Kemudian Syukri turut ketawa. Haikal kawannya itu dipanggil Abang Long kerana  dia mempunyai fizikal yang lebih matang dari pelajar Diploma in Civil Engineering UiTM Jengka. Haikal juga akan menyewa bersama Syukri nanti. 

 

“Tak apa, aku dah setelkan. Mak cik tuan rumah tu setuju kita bayar RM100. Itu pun penat dah aku merayu.”

“Oh ye ke. Kalau macam tu terima kasih lah. Aku jumpa kau kat sana. Bye.”

Syukri letak semula telefon bimbitnya ke atas meja komputer. Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah skrin komputer. Status Facebook kawan-kawannya dibaca satu per satu. Dia senyum. Dia gerakkan cursor ke Account. Sebentar kemudian dia berjaya membatalkan akaun jaringan sosial itu. 

Oh, baru dia teringat. Dokumen biasiswa Baitulmal perlu dicop di pejabat amil. Semalam sudah dimarahi ayahnya kerana asyik terlupa untuk selesaikan urusan itu. Dia ambil fail kuning yang mengandungi dokumen serta slip keputusan peperiksaan semester lepas dan memasukkan fail itu ke dalam beg. Sudah jam 11:30 pagi. Syifnya di Hotel Onn bermula jam 12 tengah hari. 

“Sempat lagi pergi pejabat amil. Tinggal saja di situ, esok ambillah” umi bersuara dari dapur. 

Syukri angguk saja. Di ruang tamu sepupunya Faisal sudah tersengih sambil memegang topi keledar. Mereka kerja part time bersama. 

“Jal, kau naik motor ayah kaulah hari ni.”

Faisal kerut dahi. “Oi kau lupa ke aku kan mana ada lesen.”

“Bawa je, nanti senang bila dah biasa.”

“Takutlah Syuk…”

“Hari ni polis cuti, aku yang bagi cuti kat diorang. Tak ada road block pun.”

Setelah ditekan berkali-kali Faisal setuju. Dia mengekori motosikal Syukri ke pejabat amil Kampung Sungai Penchala sebelum ke Hotel Onn. 

*****     

Function tadi habis jam 11 malam. Setelah berkemas, Syuk capai kunci dan topi keledar dalam loker. Faisal begitu juga. Selepas menghidupkan enjin motosikal, Syuk tersengih kepada sepupunya itu. 

“Aku nak pergi KL kejaplah, Jal. Kau balik dulu.”

“Kenapa? Aku nak ikut.” Faisal mengunci tali topi keledarnya. “Tapi minyak motor aku ni dah tinggal sikit.”
“Takpe, kita singgah stesen minyak mana-mana nanti. Kau follow aku je.”

Angguk. “Jangan laju Syuk, aku tak biasa.”

Tak. Syukri tak dengar nasihat Faisal. Dia memecut meninggalkan Faisal jauh di belakang. Sesekali motosikalnya bergoyang bila menempuh bumper. Dan tak, Syukri tak tekan brek pun. Dalam lima ratus meter sebelum stesen minyak Petronas dia hampir terbabas. Mujur sempat dia pegang cermin sisi untuk menstabilkan motosikalnya semula. 

Syukri ketawa. Kuat. Semua orang di stesen minyak itu pandang dia. Faisal kerut dahi. 

“Hey, janganlah gelakkan aku kuat sangat. Malu lah!”

“Isi minyak dua ringgit je ke? Nak lah ambik duit aku ni. Isi penuh.” Syukri hulurkan not RM5.

“Takpelah Syuk. Eh yang kau gelak kuat sangat ni kenapa?”

Zip jaketnya dibuka sedikit. “Kau tahu Jal, tadi aku dah sikit lagi nak terbabas. Nasib baik selamat. Cepat sikit Jal!”

“Kau nak jumpa siapa ni Syuk? Dah lewat ni. Esok jelah, kita patah balik, okey?”

“Naik, ikut. Kalau tak nak, kau baliklah.” Syukri hidupkan semula motosikal dan berlalu. 

Mereka menuju ke Jalan Tun Sambanthan. Syukri memecut makin laju, sehingga tak tersaing oleh Faisal. Faisal rasa sesuatu. Pelik. Syukri selama ini tak pernah sedegil ni. 

Beberapa ketika kemudian dia nampak motosikal putih yang baru dibeli Syuk sebulan lepas tergolek di sisi kanan jalan. Tubuh sepupunya tercampak beberapa meter, terlangkup. Faisal berhenti di bahu jalan dan berkejar ke arah Syukri. 

“Syuk!”

Dia membalikkan tubuh Syukri. Topi keledar dengan pelindung muka itu kelihatan tercalar sikit di sebelah kiri. Tiada darah. 

“Syuk, jangan tidur Syuk! Aku panggil ambulans ni!” 

“Jal…”

“Syuk, kau tahan kejap.”

“Tak…aku dah janji Jal. Dah janji.”

Faisal tak dapat menahan air matanya. Sempat Faisal mengajarkan syahadah kepada Syukri sebelum sepupunya itu menutup mata buat kali terakhir. Syukri, kini sudah sampai ke destinasi terakhir dan melunaskan janji kepadaNya.

Inspirasi dari kisah benar. 
Al-Fatihah buat Allahyarham Syukri Ali, pelajar Diploma Civil Engineering UiTM Jengka.
1991-Disember 2010


Mengenai Penulis Entri Ini :
Clarky Afif juga penulis untuk blog Naked Eccenticity. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Clarky Afif. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Mari Belajar Bahasa Peranchis

7 comments:

therosputih said...

alfatihah buat arwah...

dah sampai masa...

r.k said...

“Tak…aku dah janji Jal. Dah janji.”

memang meruntun hati kalau ada depan mata . innalillahiwailaihirojiun .

izfanora said...

Innalillah.. al-fatihah buat arwah..

sepupu awk ker?

ztie said...

innalillah buat arwah. tapi part tersenyum part dia boleh cakap dia bagi polis cuti :) doakan dia bersama2 org2 yang beriman. Amin

Clarky Afif said...

therosputih: ya..isk2..

rk: sedih ooo..

izfanora: kawan adik i

ztie: ye ye..kena balance mood tu hihi

humbleyat said...

takziah..sedih bc entri ni T_____T

anyss said...

Salam,
DariNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Alfatihah.

Nak Sangat Trafik Tulis Je Blog Pornografi