Thursday, December 16

Cermin Mata Merubah Wajah Seseorang??



   Cuba korang perhatikan gambar di atas, muka sama jerk...kalau lelaki di atas memakai cermin mata, wajahnya kelihatan macam ganas...pengganas..brutal....Tapi bila lelaki itu memakai cermin mata pula, yang menariknya wajah dia kelihatan seperti pereka fesyen pulak..hehe..


     Kalau lelaki di atas pulak bila dia tidak memakai cermin mata dia kelihatan seperti tukang potong daging, manakala bila dia memakai cermin mata,dia pula kelihatan seperti artis (seni lukis atau seni reka,bukan artis penyanyi :P).. Pelik gak kan? hehehe

     Cuba pula korang lihat wajah lisa surihani sewaktu kecik-kecik dulu, comel kan? walau pakai cermin mata besar pun masih kelihatan comel sehingga dia besar..hehhehehe...

     Fenomena sekarang dunia yang semakin canggih serta moden ini memaksa lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana terdedah dengan pandangan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. Lagi-lagi budak-budak zaman sekarang semakin 'rajin' menelaah buku serta mencari maklumat dalam internet serta membuat tugasan menggunakan komputer untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. 

     Maka tak hairanlah kalau kita melihat budak-budak sekarang lebih ramai memakai cermin mata bagi membantu penglihatan mereka yang semakin kabur berbanding budak-budak zaman dahulu. Ini juga dapat di buktikan bahawa mereka yang memakai cermin mata jauh lebih ramai berada di IPT berbanding mereka yang memakai cermin mata yang tidak sampai ke puncak gading.

     Cermin mata yang di pakai mereka kadang kala telah membuatkan wajah seseorang menjadi berlainan sedikit berbanding jika mereka tidak memakai cermin mata. Jujurnya aku berkata orang yang memakai cermin mata lebih kelihatan skema wajahnya berbanding jika tidak memakai cermin mata. Ini bukan pendapat peribadi ok..sebab ramai yang berkata macam tu. Kalau korang nak tahu,aku pon memakai cermin mata juga sejak 2 setengah tahun lepas. Memang skema muka aku! Sampaikan ada member aku simpankan cermin mata aku dalam box! Adehh....sampai macam tu....

     Tapi kadang kala cermin mata membantu menaikkan seri wajah seseorang. Ada muka orang menjadi lebih manis dan menarik bila memakai cermin mata.  Ada seorang kawan aku tu nak cari awek yang memakai cermin mata! pulak....sape yang pakai cermin mata,sila isi borang cepat! ahahahhaa...maaf dia baru je da dapat awek :P

     Tak kisah la nak pakai cermin mata atau tidak, tak de la berbeza sangat kan? kalau rasa rimas dengan cermin mata atau merasakan pakai cermin mata muka tak nampak 'ori', baik pakai contact lens. Aku buat masa ni belum ready dengan contact lens..macam rimas pulak..ehehe..Tapi kalau nak nampak macho (untuk lelaki), baik pakai cermin mata hitam, pergh...rock habes,tengok kat sidebar blog aku tu, nampak macho tak? (perasan giler mamat nie! abaikan! hehehe)






Mengenai Penulis Entri Ini :
nas juga penulis untuk blog Nas' LeTTeRs. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nas. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah aku mahu berhenti berblog.

17 comments:

ztie said...

saya merupakan bekas pemakai cermin mata yang tidak lagi memakai cermin mata mahupun contact lense

chenta said...

saya sama dgn ztie!

r.k said...

rimas sebenarnya pakai spek ni , tapi ghua tak yakin nak pakai contact lens . kalau ade events macam gigs , baru lah ghua kadang0kadang pakai . heh

XD

dya adriza said...

aku nk tulis gak komen yg sama mcm dlm blog ko ahakz~

hoyeah!! awak. saya memang pakai spect, pakwe 1st pun pakai spect. bez!

pakwe 2nd plak sk pompuan pkai spect, tp dia sndiri x nk pkai spect. ego betul!

haha sebenarnya, depend pd bntuk spect tu sndiri. klu pilih old school, mmg nmpk skema hbs la. klu plh xde bingkai, nmpk mcm x pkai spect pn ada. separuh bgkai, educated. bgkai full, comel. mcm tu la lbh krg.

amacam?? hik3~

psst.. Tragedi Pintu Bilik 1*1

afifaa. said...

bekas pemakai spek tapi sengaja tak nak pakai dah sebab leceh. hee. kadang-kadang tersalah letak lepas tu lupa kat mana.

cKyN WaN said...

tak pernah pakai spek tapi kagum ngan org pakai spek lagi2 tang betulkan spek guna jari tolak spek ke atas sket tu. cool gilaaaaaaaaaaaaa! Smpaikan berangan nak pakai spek jugak. and orang lelaki y pakai spek adalah sgt cool.ciri2 lelaki idaman saya! hahaha

KeCiK said...

Oh sapa lah gua tanpa spek. Spek tu dah macam anggota badan gua. Biasa orang bangun tidur cari hp, rokok or check status fb, gua carik spek dulu.

p/s: Pernah ambik wudhuk sampai lupa bukak spek. Pergh, lencun spek gua.

kusut said...

haa ni nak cite

aku tak pakai spek mata. dari kecik sblom reti membaca dah main komputer apple (karateka) and atari sampai zaman micro genius dgn windows 95. kat skolah aku join kelab komputer and bile masa prep duk lepak main komputer kat komputer room. dah masuk uni memang mengadap komputer 21 jam sehari. dah keje pun ngadap skrin + main ps3+wii dan jugak psp bile travel

pegi cek mata kene marah dgn optometris lepas buat test tu. dia tanye 'you sebab ape mau cek mata???'

satu hari nanti aku pasti kene pakai spek jugak. mesti makin macho! harap2 wife suka

humbleyat said...

selalu tertidur sambil pakai spek sebab suka baca buku sbl tidur :-)

specky mmg rimas tapi lasak..

zahidah dihaz said...

saya kadang-kadang je pakai cermin mata...kalau rasa nak stail sikit baru pakai...tapi serius, orang memang akan ingat saya orang lain kalau pakai cermin mata...

New entry: A Love To Kill

shandye. said...

kalau ddk kat bilik mmg tak pakai cermin mata. tp klu nk tgk tv atau keluar atau study mmg kena pakai sbb sy rabun jauh.

sekian. hahaha...

Abang Chik said...

ada orang cakap pakai cermin mata untuk orang nerd saja betul ke?

Abang Chik said...

dulu xrabun tapi sekrang hari2 mengadap komputer mata dah rabun kena pakai cermin mata la

Anonymous said...

sy pakai spek...kdg2 x sedar yg sy x pakai spek...

Anonymous said...

sy bru paki spect..huhu sy silau je..keja mgadp kompter ja...tp.. ad kwn sy dok mgata blakg..wt skema plak..huhu knpe la...padal hal sy pakai spec nie bkn na tnjuk skema ke ape..da mmg btol ad mslh pglihatan...hmm bkn na bg dorongan..tp mgumpat plak...

Anonymous said...

sy ske sgt tgk org pky spek..dlu mse drjh 1,sy da start wt spek..tiap 4 taon skali sy akn tkr spek.pdhal x rabon pon...haha.tiap kali g check,sy akn wt2 mte nie b'air..so yg tkg check mte sy pon caye la yg sy nie rabon..hak3.so mk sy xley r nk kta 'xley wt spek' kt sy..hak3.mmg bez sgt pky spek..tp skunk xpky dh..sbb pnah skali kwn pky spek sy..dye kta spek sy xde power..hak3.juz utk silau..;p tp,hope 1 day sy rabon r..hihi (xb'syukor nye..ngee~~):-p

nollyfyenee said...

saya juga seorg pemakai spek..tp rimas pakai spek ni..singgah at http://secantiknurani92.blogspot.com/2011/04/rabun-with-spect.html