Monday, December 13

; cerita apa ni? confirm tak meletup punya!


Assalamualaikum readers yang dihormati.

nak berkongsi kisah benar. meh la pakat-pakat baca yea! eh jap jap, sebelum tu, maaf la tak pandai nak bercerita ni. hentam aje buat ayat. hehe, tapi asalkan sampai maksud pn okey lah kan?

biodata watak utama :
nama; Azam (bukan nama sebenar)
umur; 17 tahun form 5
sekolah; sekolah berasrama penuh di teettt.
paras rupa; putih, smart
kelakuan; budak baik. mak-mak mesti berkenan nak buat menantu.
masa; 12 tengah hari.


Azam yang baru 2 bulan kemalangan, berjalan terhencot-hencot (jap, betul ke ni) ke klinik kerana ingin menjalani rawatan gigi. malang sekali, kesilapan azam yang ketara ialah, dia hanya memberitahu rakannya seorang bahawa beliau mahu ke klinik. sepatutnya warden atau penyelia asrama yang berhak tahu.

setibanya Azam di klinik, Azam tidak terus pergi ke kaunter pendaftaran. Ini adalah kerana, waktu itu, panggilan biologi telah memanggil manggil Azam. 
Selesai menyahut panggilan tandas, menujulah Azam ke kaunter pendaftaran. akan tetapi, di pertengahan jalan, Azam diculik oleh dua orang lelaki yang dipercayai penagih dadah.

Dibawanya Azam menaiki kereta dengan berpakaian uniform sekolah. Penculik itu, memaksa Azam menanggalkan baju sekolah dan kasut, dan menyamun beliau, yang ketika itu mempunyai Ringgit Malaysia 20.

Selepas 30 minit perjalanan, tanpa belas kasihan, penculik itu campak Azam di tepi jalan yang sunyi, yang mana Azam ketika itu sempat menyarung selipar Jepun yang ada di dalam kereta. 

Kesian. Azam baru 2 bulan kemalangan, menjalani 2 kali pembedahan, baru seminggu tidak bertongkat. (selama ini pakai tongkat)

Maka, berjalanlah Azam dengan menyeret kaki keluar dari jalan yang sunyi itu. Azam singgah di sebuah gerai menjual ikan. Memberitahu pak cik penjual ikan itu bahawa mahu meminjam telefon bimbit. Malang sekali, pak cik itu tidak mempercayai Azam kerana beranggapan Azam ini orang gila. Alasannya, kerana memakai seluar sekolah, singlet, dan selipar Jepun. 
Azam merayu, 'pak cik, tolong la. saya tak tipu pak cik. pinjamkan saya telefon bimbit. saya disamun pak cik', dengan muka belas kasihan dan jarinya menunjukkan bekas parut di tengkok yang dihunus pisau oleh penculik itu.

pak cik itu masih lagi tidak percaya.

Lalu, berjalan lah Azam menuju ke jalan besar. Di tepi jalan, Azam sedaya upaya menahan kereta yang lalu lalang. Malang lagi, tidak ada sebuah kereta yang berhenti. Azam sudah penat mencuba. Setiap kali kereta lalu, Azam menahan. Azam gagal menarik perhatian pemandu. (Mungkin pemandu menganggap Azam orang gila kerana berpakaian sedemikian?)

Azam sedih. tapi ditahan air mata dari terjatuh. Azam mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah beliau.

Berjalanlah Azam seorang diri di waktu panas yang terik, matahari memancar panas, sambil menyeret kaki yang makin sakit.

Setibanya Azam di muka pintu rumah, bila mak beliau membuka pintu, Azam akhirnya rebah di pangkuan emaknya. kerana, Azam telah berjalan sejauh 37 kilometer, dengan keadaan yang sakit. diulangi, TIGA PULUH TUJUH KILOMETER! jauhnya.

Selepas kejadian itu, Azam trauma.

Persoalannya, masyarakat kita prihatin kah?
bila pak cik penjual ikan itu tidak mahu memberi pinjam telefon bimbit.
apatah lagi nak bagi duit syiling untuk Azam telefon guna public phone.
pemandu di jalan raya, tak berhenti walau seorang melihat remaja yang memerlukan pertolongan?
Prihatinkah?

Tepuk dada, tanya diri.

sebenarnya, Azam pn salah. sebab tak bagitahu warden atau penyelia asrama. haii Azam. kenapa la dengan engkau ye?




Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Spongebob dan Dolphin bakal dianaktirikan.

12 comments:

kusut said...

pelik pulak budak skolah asrama penuh (SBP) boleh keluar kawasan sekolah sesuka hati. takde surat izin warden? takde kad keluar bandar? hehe zaman aku dulu susahnye nak keluar mcm penjara ><

mungkin kalau dia mintak tolong 'pakcik boleh bawakan saya pegi balai polis tak? saya baru kene rompak. saya nak lapor and dapatkan pertolongan' mungkin nasib dia lain kot. and bila orang pertama dia mintak tolong tak boleh nak tolong, tanya orang lain kat area tu. fact is, kat mana2 pun dlm dunia ni tak semua orang nak membantu.. and tak semua orang boleh membantu

nn said...

larh. serius ke kisah benar? tragik! tapi dulu budak hostel i pernah kena culik, almost kena rogol tapi dia berjaya lari. orang tu menyamar jadi cikgu baru dekat sekolah and then budak tu ikut jelah 'cikgu' tu nak pergi amek barang. kesian dia. huhu

100penulis said...

Dahsyat. Ni kes betul ka?

Sebenarnya msykt kita mmg prihatin dalam bab2 hiburan, rumahtangga orang lain, kemalangan jalanraya smpai tolong menyesakkan jalan. tapi bila ada kejadian2 macam ni, selalunya org kita amik keputusan 'tak nak masuk campur' or 'ni tektik nak kenakan aku ni'.

but whatever, kita kena sentiasa maklumkan org-org terdekat dan sepatutnya dgn kita tentang perjalanan kita ke mana2. seeloknya travel bersama teman. tak kira la kita ni lelaki ke, perempuan ke, dunia sekarang bahaya

afifaa. said...

kusut; yess. heran jugak camne boleh terlepas keluar dengan mudahnya. act, budak tu dah citer hal sebenar kat pak cik, kena samun, tapi pak cik tu still x percaya. kawasan sunyi. kena campak kat area hulu kampung. tak ramai orang.

kesian. dah la nak dekat spm masa tu. trauma taw!

afifaa. said...

nn; ini kisah benar. huuu. cuma tak pandai nak olah. maaf la kalau ayat keling. hehe.

kesiannnn sangat tau.

dunia sekarang, serious bahaya!

afifaa. said...

100p; yepp. kisah benar cuma nama dirahsiakan dan nama sekolah.

benar, masy sekarang tak suka nak campur tangan. lebih suka mengambil sikap, 'tak nak jaga tepi kain' kalau hal macam ni. tapi hiburan, gosip cepat je kan? huu.

ha'ah. sekarang x kira laki perempuan semua bahaya. lelaki pn kena berjaga-jaga jugak.

KeCiK said...

Agreed. Nak pegi mana-mana pon at least bagitau nak pegi mana.

Even berjauhan dengan family pon bagi contact no. member-member rapat kat family just in case family tak dapat contact kita jika ada emergency.

p/s: Lepas ni Azam sure trauma nak gi klinik sebab kena culik kat situ.

:)

Asrul "iLham" Sany said...

best gak blog ko ni, hope to keep in touch in the future. ;-)p

afifaa. said...

kecik; yea kan. at least bg contact num parents kat member. huu.

memang trauma. x jejak kaki dah! huu.

afifaa. said...

asrul; say congrats untuk 100pe :)

k.i.t! :)

r.k said...

ghua yakin azam akan tanam azam baru lepas jadi macamni . masyarakat malaysia prihatin ! bila dah masuk tv maca bersamamu je lah .. XD

shandye. said...

laen kali kena inform kat sapa2 klu kita nk kuar g mana2.

tgk mcm i, rumate i taw je klu i pg mana2.

hehehe...