Friday, December 10

Bapak awak best !



Hai awak , awak sihat ? Awak dah makin sombong kan sekarang . Buat tak tahu je dengan saya . Awak ni kenapa ? Merajuk eh .

Awak , bapak awak pernah cerita tak , dulu nenek saya pernah bercinta dengan bapak awak . Nenek saya dulu selalu cerita pasal bapak awak . Sekarang ni masa saya untuk bercinta dengan awak , nenek saya taknak lah kacau daun . Hihihi

Nenek saya cakap , bapak awak dulu sweet sangat , comel je . Semua yang bapak awak buat semuanya untuk nenek saya . Dari sekecil-kecil perbuatan sampai lah sanggup keluar negara , awak tahu ? Bapak awak tak pernah cerita ke ?

Dulu , masa bapak awak betul-betul buntu , ada masalah , nenek saya lah yang bantu . Sweet kan mereka , comel sangat . Hihihi . Alah , bapak awak pun buat semua tu untuk nenek saya juga , jadi tak kesahlah nenek saya tolong , kan . Hihihi .

Masa zaman kemuncak mereka kan awak , bapak awak sampai buat benda yang nenek saya tak minta pun . Gentleman sungguh bapak awak kan , awak . Hihihi .

Awak , saya pilih awak jadi kekasih saya pun sebab awak ada genetik bapak awak , mesti awak pun sweet macam beliau juga kan , sepatutnya .

Tapi  awak , lepas saya dah beri segalanya , awak buat tak endah pun pada saya . Apa  ja yang awak buat , awak tak cakap awal-awal . Bila dah 'eksiden' baru keluar 'sokkabar' . Kenapa awak jadi macam ni ?

Awak janji macam-macam dekat saya , tapi awak bukan setakat mungkir janji tapi awak 'menabur garam pada luka' saya . Sampai hati awak buat saya macam ni .

Bila awak buat satu-satu benda , awak kata untuk kebahagian saya , tapi sampai sudah saya tak rasa pun bahagianya , bertambah sakit kepala adalah . Kenapa awak , kenapa ?

Awak tu kekasih saya , saya yang pilih awak jadi kekasih saya . Sepatutnya hal-hal nafkah yang wajib awak kena lah tunaikan . Ya , awak tunaikan , tapi awak kata tu bonus . Kejadahnya benda wajib dah jadi imbuhan ? Awak ni tak ikhlas langsung dalam percintaan !

Awak , awak kena ingat . Saya yang pilih awak jadi kekasih saya . Kalau awak dah bosan dengan saya , saya cari yang lain saja . Janganlah macam ni awak , saya bagi awak masa , awak berubah ya . Jangan lah awak tabur sekampit garam lagi ke luka saya yang bertambah besar ni ya awak . Sakit tahu tak awak ? Huhuhu .

Oke lah awak , sampai sini dulu , nanti kalau saya rasa sakit hati lagi , saya kontek awak ya . Akhir kata , awak kena ingat awak tu siapa , awak tu hanya kerajaan . Saya yang pilih awak . Babai awak ,  tata titi tutu . Hihihi .




Mengenai Penulis Entri Ini :
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Merdeka !.

13 comments:

zaL_cdpx said...

lol ! hahahahaa

r.k said...

zal_cdpx :

keh keh . XD

ztie said...

cehh!! Mcm2 spekulasi bemain dlm pikiran aku time baca ni.last2 hampeh..rupa2 nya. Lol

nur.sa said...

jangan main-main wei. kekasih hati r.k tu. :)

afifaa. said...

okeyyy faham =_=

r.k said...

ztie : keh keh , buang yang kotor tu , tak baik . XD

nur.sa : kekasih ja , takda dalam hati . terpaksa jadi kekasih sebab beliau memang berkuasa sekarang ni . XD

afifaa : faham ? bagus-bagus-bagus .. XD

kusut said...

adeiii
bijak sungguh! haha

tibe2 rindu jadik kanak2. takyah pikir pasal benda2 heavy ni :D

syaftome said...

eh...samalah...bapak saya pun camtue jgak...haha...

KeCiK said...

mind if I ask the bapak for this fella? Kehkehkeh.

Dude, ahad ni takde rezeki. tak berskankin lah kita. next year yo.

r.k said...

syaftome : bapak lu memang best

kecik : heh , u know who lah mate .

r.k said...

kusut : yeah , kanak-kanak memang tak payah pikir pasal mende macamni . tapi kesan nya pada dorang .. ghua taknak anak cucu cicit ghua mendapat kesan negatif pada isu basic macamni .

shandye. said...

merah putih?
biru putih?
biru laut?

atau...

hijau?

r.k said...

shandye : kuning , biru , putih , merah . XD