Friday, December 17

The Awesomeness of Jumaatday

gif animation creator


الجمعة. Friday. Jumaat.

Why Jumaatday is so awesome?

Semasa gua sekolah, gua paling suka Jumaatday. Kalau sekolah pagi, boleh balik awal, as early as 12.00PM. Kalau petang boleh masuk lambat, as late as 2.00PM. Hari biasa gua balik naik bas awam, sekali naik 50sen. Ada rezeki dapat tempat duduk sebelah awek. Takde rezeki kadang-kadang berdiri kat tangga bas sambil kepala terjulur keluar juga gua relakan. Dah macam konduktor bas pon ada gua rasa. Tapi Jumaatday memang wicked. Abah gua tak larat dengar alasan gua penat berdiri dalam bas semata-mata untuk ponteng solat Jumaat. So abah ambik inisiatif ambik gua selepas sekolah setiap Jumaatday.

Jumaatday waktu persekolahannya singkat dan pendek. Bila waktu persekolahan pendek, secara matematiknya waktu belajar kurang. Bila waktu belajar kurang, mata pelajaran untuk hari tu juga kurang. Bila mata pelajaran kurang, buku yang perlu di bawa juga kurang. Bila buku kurang maka ringan lah beg gua pada hari tu.

Bila Jumaatday menjelma, menu kantin sekolah tak macam biasa. Nasi ayam FTW. Masa sekolah rendah gua dapat RMT, so setiap Jumaatday mesti dapat air susu kotak perasa cekelat. Berbeza sekali dengan menu tipikal nasi lemak, nasi goreng dan air sirap.



Gua dah hafal takwim sekolah. Once in three months on Jumaatday mesti ada lori milo. Sekolah lain setahun sekali dua lori milo datang, tapi sekolah gua spesel. Salah seorang murid sekolah gua bapak dia taikun kilang Nestle. Satu cawan mana pernah cukup. Cawan kertas yang kecik tidak mampu memuaskan nafsu gua. Gua sanggup beratur berulang kali dan lambat masuk kelas semata-mata demi secawan lagi milo. Paling tak puas hati bila ada Chegu potong line siap bawak jag besar. Cis. Gua sendiri tak pasti kenapa milo dari lori ni lagi sedap dari mana-mana milo gua pernah minum. Sekarang ada lagi ke lori milo datang sekolah?

Wajah-wajah yang teruja melihat air milo yang pekat dan sungguh berkrim.

Jumaatday kena pakai baju melayu. Secara tidak langsung, semua pelajar pakai uniform yang sama termasuk pengawas. Apa yang lain? Kasut hitam. Gua dulu pustakawan. Uniform pustakawan gua kaler hijau macam Green Hornet dan berkasut hitam. So uniform gua macam pengawas. Setiap Jumaatday, gua dapat masuk kelas lambat lepas rehat. Boleh relek-relek, tenang-tenang walaupun loceng tamat rehat telah berkumandang.

Jumaatday adalah hari spesel. Penghulu segala hari dalam Islam. Sebagai lelaki muslim, ianya wajib ditunaikan secara berjemaah. Masa sekolah rendah inilah moment yang paling gua tunggu. Imam berkhutbah di depan, gua dan rakan-rakan seperjuangan bersilat di belakang. Penat bersilat digantikan pula dengan sesi pepsi cola. Satu hari gua kantoi dengan kawan abah merangkap jiran gua. Laporan secara verbal dibuat secara terus ke abah gua.

"Dude, I saw your son bersilat during khutbah"
"Which one?"
"The second one, angah kan?"
"Owh, as expected"

Start masa tu lah abah forbid gua dari ke masjid untuk Solat Jumaat.

"Mulai dari saat ini, abah larang kau dari pergi semayang jumaat, duduk kat rumah semayang zuhur je!"

Gua mula serius solat Jumaat bila sekolah menengah. By then, gua dah agak serius dalam bab-bab ni sebab dah baligh. Tapi nama pon remaja, sifat mesti-mahu-main masih ada walaupun sedikit. Gua suka cari port yang boleh sandar, kat tembok mahupun tiang masjid. Itu masa gua muda remaja, sekarang gua dah insaf.

Perhimpunan pada Jumaatday lagi awesome dibandingkan dengan perhimpunan hari Isnin ataupun Rabu. Isnin paling tak best sebab itu hari rasmi. Official day. Semua kena pakai kemas. Tanda nama, tali lahir, lencana bagai kena ada. Kalau tak ada lu mesti kena tahan masa spot check. Kena nyanyi lagu sekolah. Kena nyanyi lagu negeri. Kena nyanyi lagu Negaraku. Kena baca ikrar. Semua kena buat dengan BERDIRI. Hari Rabu not bad sebab hari tu kira English Day. Time ni gua blur sebab sepatah haram gua tak faham.

Perhimpunan Jumaatday adalah faveret gua. Seawal perhimpunan for sure ada bacaan Asmaul Husna. Then ada ceramah pagi ala-ala motivasi untuk hari itu. Lagi lama lagi best sebab indirectly first few period untuk hari tu akan burn sedikit demi sedikit jika ceramah agak lama. Best sebab dapat duduk, tak macam perhimpunan hari lain, berdiri bagai The Queen's Guard dalam cerita Mr Bean.

Queen's Guard "Habis lah gua kali ni, Mr Bean dowh"
Mr Bean "Rest assure mate, I'll show ya how to be the real guard"

Masa gua jadi muallim dulu gua juga suka Jumaatday. Seawal jam 7-9 pagi muallim-muallim yang otai akan lead untuk bacaan Al-Mathurat. Then bila habis, muallim dan muallimah akan ada group pelajar dia sendiri untuk sesi usrah. Gua juga ada group sendiri. Beberapa minit pertama memang gua cuba bagi usrah yang terbaik, ikut syllabus. Biasa bab-bab fekah, sirah atau akhlak akan jadi topik utama usrah. Untuk seawal 10 minit memang masih lagi dalam topik, tapi gua secara tak sengaja akan ter-bincang topik lain. Gua suka tanya budak soalan bukan-bukan.

"Pagi tadi sapa tak semayang subuh!?"
"Sapa sini tak mandi pagi?"
"Dalam banyak-banyak team EPL, team mana paling terer?"
"Siapa tengok cerita ***** malam tadi?"
"Agak-agak Naruto dengan Ben10 sapa lagi kuat?"

Few years ago. Team usrah gua. Teman sembang di pagi Jumaatday.

Dan kami terus bersembang sehingga mudir bagi hand-signal kat muallim dan muallimah untuk stop dan masuk kelas. Sedar-sedar dah nak waktu rehat. Heaven gua rasa, tak payah susah-susah buat lesson plan. Gua kadang-kadang rasa bersalah tapi at least sesi usrah gua mengeratkan hubungan silaturahim. Bila lagi nak sembang dengan anak-anak kecil secara santai dan non-konvensional. Gua memang rapat dengan budak-budak sebab gua juga seorang dewasa yang kebudak-budakan. Mana ada dewasa yang sanggup turun padang main bola dalam hujan dengan budak-budak seusia 9-10 tahun. Mana ada orang dewasa yang sanggup berkongsi cheat dengan budak-budak untuk game Warcraft. Mana ada dewasa yang ber-jam tangan jenama Casio bertali-kan gambar kartun Ben10.

So-called-custom-made-wrist-watch.

Masih lagi dalam skop semayang Jumaat. Bila dah dewasa gua mula sedar ke arah yang lebih positip. Gua bukan lagi manusia pathetic yang suka datang lambat tatkala azan untuk solat Jumaat berkumandang. Ada rezeki gua dapat jumpa member-member lama yang se-per-sekolah-an. Ada yang dah kerja, dah kahwin, dah ke luar negara sambung belajar dan ada juga yang dah berubah. Dulu mat skinhead sekarang dah berserban. Seronok dan nikmat rasanya berjumpa, bersalaman dan bertepuk tampar dengan kenalan lama.

Last but not least, lepas solat Jumaat mesti ada pisang. Menu yang paling best ialah dadih FREE. Gua segan nak belasah itu semua sebelum semayang so awal-awal gua dah kowtim dengan ex-student gua.

"Nanti yang ni simpankan muallim satu, perasa milo ye"
"Ok muallim, nanti petang main bola tau!"

Friday, I'm in love.

p/s: Hari ni hari Jumaat. Siang tadi lu olls dah potong kuku ke belum?

*Some of the dialogues are used to stimulate fun. Don't take it too serious. Chill.


:)

Sumber gambar: www.izoblog.com

Syukur Malaysia menang first leg. Amin. Kalau gua ada passport dah lama gua pergi Vietnam untuk second leg.

Mengenai Penulis Entri Ini :
KeCiK juga tukang taip untuk belog KeCiK SUKa MaiN BoLa. Lu olls boleh buang masa berharga lu olls di sini pada setiap Jumaatday dan di Twitter. Untuk membaca semua karya picisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label KeCiK. Entry picisan terbaru di belog beliau ketika ini ialah Conteng Conteng Tiga.

17 comments:

afifaa. said...

kelantan hari Jumaat cuti, tak payah bangun pagi pergi sekolah. hehe.

izfanora said...

chill r citer nie.. =)

menunjukkan betapa kita akan ada kesedaran dlm diri bila tiba masanya.. diri sendiri yang akan sedar..

jumaat juga dikenali hari yang panas.. =)

KeCiK said...

@afifaa

OMG, lupa lak. Utara ngan pantai timur Jumaatday cuti dei !

Memang absolute happiness.

@izfanora

Dah tua-tua baru nak sedar. Heh.

:)

Fynn said...

1. tak boleh belah kamenrider jadi konco ultraman.
2. Ben 10 super cool lah!suka!!!
3.tiap jumaat, tiga benda dalam otak aku, potong kuku,besok cuti and kiamat.lailailai~


Spaghetti bolognese super e zayyy

izfanora said...

@KeCiK: dah tua baru nak sedar lagi bagus dari orang yang tak pernah nak sedar.. lalala..

iEra NaDiRa said...

entri santai yang sangat best. :D

KeCiK said...

@izfanora

Well said mate. Lu olls di luar sana ingat pesan dia k, belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan macam gua.

@iera khedira
Yeah, baca entri sambil baring dengan kaki goyang-goyang. Memang santai. :)

HT; Vietnam 0 Malaysia 0.

kusut said...

hehe aku pun dulu skolah cuti hari jumaat. skolah asrama.. lunch hari jumaat spesel. oh rindu skolah~

@Fynn
btul.. ben10 memang cool. dulu saje teman anak buah tengok.. skali dah sangkut tengok alien force and skarang ultimate alien ^^

humbleyat said...

yeah..love Jumaat too..so, boleh doa the whole day...:-)

kalau kecik perasan, sinar matahripada pagi Jumaat sgt berbeza dengan hari biasa..check it out..tp kklu musim tengkujuh tak nmpak la sinar matahri Jumaat yg cantik tu ..:-)

Jom breakfast..
Sarapan Pagi Bersama NuurCafe

KeCiK said...

@Fynn
Since Otromen is stronger than kamen rider so obviously diorang level kuncu-kuncu je.

@kusut
Yeah, menu Jumaatday memang lain. Kenapa bukan Isninday? Rabuday? Misteri brader. Misteri.

@Kak Yat
Aiseyman and woman, hari ni Ahad. Besok bari Isnin. Jumaat lambat lagi! Adei.

:)

p/s: Owh, Ben10 cool. Rupanya gua tak keseorangan. \m/

nur.sa said...

jumaat memang best. sini cuti. maksudnya leh bangun lambat. hoho.

setahun je pernah merasa g kelas hari jumaat waktu study kat perlis. itu sahaja.tapi best sebab hari jumaat aje lah boleh tengok lelaki2 pakai baju melayu putih.hahhaa..

KeCiK said...

@nur.sa rambut macam son goku

Paling tak awesome bila ada kelas lepas solat Jumaat, 3-6PM. Memang sayup-sayup je nak pergi kelas time tu.

:)

Fynn said...

@kusut
lepas ni jom buat fanclub.HAHAHA
my friend mrh hrtu,sbb nk cake bday gamba ben 10.why??????

@kecik
auhhh...kecik hati kamen riders yaw!lol

chenta said...

i tengok ben10 sebab pengaruh adik...hampeh betul sebab dia hebat bagi pengaruh!hahahha

jumaatday...i pun suka..tp dulu sekolah kat johor. petang kene pergi sekolah agama. Even masuk lambat, tp rasa lambat nak balik. Sebab esoknya cutikan..mood dah takde la..hehehe

same mcm kje skrg..lepas lunch hour hari jumaat, mood keje mmg ke laut!

KeCiK said...

@Fynn.

Sori makcik, otromen tetap dihati. Pffffttt...kek ben10? Seyesly jeles.

@chenta

Told ya, petang tu for sure lemah semacam? Gua rasa sebab waktu rehat 'panjang' sgt.

Ok last, Ben10 FTW. Ahaks!

:)

chenta said...

kannnnn?hahah..tp rehat panjang tu la best..bagi girl, boleh tido seround!

shandye. said...

dulu masa study kat uitm kedah, memang selalu tunggu hr jumaat.

cuz takde kuliah. leh lepak all day, tgh hari lepas solat jumaat, have a long lunch n tak rushing2 nk balik attend kuliah.

heaven gle!