Wednesday, December 1

Asuhan awal membentuk personaliti



Teori Humanistik dari Abraham Maslow mengatakan  hierarki tahap keperluan individu yang perlu dicapai bermula dengan fisiologi,keselamatan, kasih sayang, pengharagaan kendiri, penyempurnaan kendiri dan aktualisasi kendiri. Bagi kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia, amat pening baginya keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.



Kebanyakan ibu bapa berjaya melengkapkan tiga keperluan tersebut. Namun, apabila kedua-duanya bekerja, masa untuk menjaga anak-anak sendiri terpkasa diamanahkan kepada orang lain a.k.a pengasuh. Mungkin susah untuk kita menegtahui apa yang pengasuh 'ajar' kepada kanak-kanak tersebut. Oleh itu, selalulah perhatikan perkembangan emosi dan sosialnya, anda pasti temui jawapannya.

Anda tahu, kanak-kanak tak pandai menipu, bukan? Walaupun dikatanya A namun yang tepancar di wajahnya atau perlakuannya B. Jika diberi layanan yang tak sepatutnya (didera /dipukul ) kanak-kanak cenderung untuk mempamerkannya melalui perubahan emosi dan sosial mereka. Kanak-kanak yang mulanya ceria bertukar menjadi pendiam. Pada mulanya ektrovert bertukar kepada introvert. Kesan sebegini menunjukkan asuhan awal itu sangat penting kerana personaliti yang dibentuk dari kecil lagi akan diteruskan hingga ke alam dewasa. Ini bukan perkara remeh.

Ibu bapa yang memerlukan pembantu juga perlu meneliti kriteria pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anak mereka. Pilihlah yang beragama kerana yang selalunya beragama, tindakannya lebih 'berakal'. Ibu bapa sebagai majikan juga sebenarnya punya tanggungjawab terhadap pengasuh tersebut. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda:

"Setiap seorang dari kamu adalah pengawal (pemimpin) yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya).Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya." ( Al-Bukhari )








Boleh bayangkan apa yang kanak-kank tu rasa? Emosinya mungkin tertekan kerana takutkan pengasuh tersebut. Kanak-kanak itu mungkin menganggap orang dewasa di sekelilingnya juga akan memberi layanan yang sama. Oleh itu, buatlah pertimbangan yang sewajarnya demi masa hadapan kanak-kanak itu.

Mengenai Penulis Entri Ini :
amira juga penulis untuk blog the89dimension. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label mira_nas. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah gelak sakan di petang hari~.

5 comments:

nn said...

your intro reminds me of form 6. ada belajar pasal teori maslow. hehe

btw, memang betul pun. adik i yang 7 tahun dah pandai menipu, amek duit mak i dalam handbag semua and then tak nak mengaku. pening kepala nak betulkan. nasib baik now dah OK.

n tengok vid tu memang sedih...

Latest entry: we use our mom's bag with pride.

Fina Sophie said...

kalau nak anak yg positif tingkahlakunya, give ur VERY best waktu kanak2 tu umur 0-5 tahun. ;)

afifaa. said...

yesss. sebab kanak-kanak mudah dididik bila berumur dalam lingkungan 3-5 tahun lagi.

lagipun budak kecik tak pandai menipu, kan?

tak sanggup nak tengok video tu. dah tahu mesti kejam bila tengok tajuk. huhu.

r.k said...

bukan senang kan nak didik anak , macamanalah ibu ayah kita didik kita masa kecik dulu .. fuh .

ni yang buat goyang nak ada anak ni . XD

humbleyat said...

mendidik anak2 zaman sekarang sgt mencabar...

tapi hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih..

tp kanak2 skrg sudah matured in advanced akibat pengaruh media juga..;)