Wednesday, December 15

Dirisik?

.
Assalamualaikum dan salam mesra kepada anda. semoga berada dalam limpah kasih sayang yang maha Esa. ceria selalu dengan senyuman di mana jua berada. jangan masuk toilet sengih-sengih, nanti orang pandang pun terasa aneh. nak cuba, boleh je.

Sebelum meneruskan kalam menaip panjang lebar, adalah lebih baik saya memohon maaf kerana sudah lama tidak muncul di ruangan ini. tidak menyumbangkan entry lebih sebulan. bukanlah niat mahu menyepi, oleh kerana masa dan peluang yang tidak mengizinkan, maka saya terpaksa berdiam seketika di alam blog.

Alhamdulillah, sekarang sudah boleh meluangkan masa, merayau berblogwalking sekaligus meneruskan misi mencari calon isteri. hehehe..

Bercerita soal isteri bermaksud bercakap mengenai soal jodoh dan pasangan hidup. mungkin ada yang sudah berbahagia bersama pasangan masing-masing, ada juga yang masih tercari-cari rentak dalam menghadapi cabaran berumahtangga. semoga segala cabaran dapat diatasi dengan baik.

Dan pastinya tidak kurang yang masih tercari-cari calon macam saya. yang ni sebenarnya nak dicerita. tadi tu kira muqaddimah je.

Dalam sibuk-sibuk saya meng-usha calon isteri dalam blogging, rupa-rupanya ada mata yang memerhati dan ada hati yang terpaut. siapa sangka ada yang cuba mengenali saya dengan lebih rapat secara personal. bermula dengan mengikuti blog saya, kemudian add saya di Facebook, terus ke YM lalu ke Skype.

Si gadis dengan tekad meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya kepada saya. saya yang membaca apa yang tertaip di YM terasa blushing plak. adeh..

Namun, saya seolah gugup menghadapi situasi yang agak mengejutkan buat saya. Seolah-olah tiada jawapan daripada saya. pengalaman pernah kecewa yang lalu menyebabkan saya seakan takut untuk memberi harapan yang besar. takut mengecewakan si hati yang terpaut kerana saya tahu bagaimana sayunya membawa hati yang kecewa.

Apapun.. saya yakin, jika perkenalan yang Allah tentukan ditakdirkan ke arah jodoh yang berkekalan, tidak akan ke mana. no worries kata omputih.. ade jugak peminat saya ni rupanya. lalala~

cerita bersambung~~~~~~ actually baru semalam si gadis meluahkan rasa hatinya. mungkin beliau pun baca entry ni.

Pastu tiba-tiba lak dah lama tak muncul terus cerita pasal ni. Sekali lagi minta maaf.. tiba-tiba rumah saya internet down dan saya terpaksa pergi ke cybercafe untuk post entry. tu laa.. sape suruh tak publish schedule awal. padan muka. =.='

Mengenai Penulis Entri Ini :
ASaDa RyutaRo juga penulis untuk BLOG BUDAK MALAYSIA. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ASaDa RyutaRo. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kaer Azami??.

15 comments:

ASaDa RyutaRo said...

nak jadi first!

nur.sa said...

wah, nak teka orang tu sapa bleh tak?haha.

kusut said...

haha congrats asada! patut la lama senyap je

takyah takut utk gagal. nanti tak berani nak mencuba = tak mengumpul pengalaman = lambat matang

so, berusahalah!

http://aniesandyou.blogspot.com said...

jodoh x dtg bergolek. kn cari lbh2 lg zaman skrg da advance. lupakan yg da berlaku mcm seolah kita dpt hp baru, yg lama dilupakan...

r.k said...

alah mate , lu tak try mana lu tahu .. kalau takut keciwa saja .. memang lu takkan try . dah tu , tak kawen-kawen la .. haha

chenta said...

macam nur.sa juga..nak teka boleh?hehehhe

....fieqa terindah... said...

cinta tu hadir tanpa diduga...datangnye tnpe diundang, perginye juga bkn kite yg mhalang...

TunTeja said...
This comment has been removed by the author.
TunTeja said...

testing2.haha :)

good luck asada!**tetibahh**

sampaikan salam kat si dia tu nanti ye :p

Kimmy Ai said...

ish.. rase mcm tau jer.. haha~

maCy said...

ehem2 calon jenguk ikut tingkap ;p

humbleyat said...

he2..kimmy ape lagi bg hint sket hehe

KeCiK said...

Yeah, patut lu dah boleh genggam buku lima dan buat penumbuk kat udara sambil berkata "yeehaaa" atau "yabedabedu". Gua respek gadis tersebut. Memang champion.

By next week gua nak tau result.

Congratz mate.

:)

kEruL said...

fuyooo...respek sama peminat tu! saya pun tak berani lagi.hahahahaha...takut kene reject.hehehehe

shandye. said...

do i smell nasi minyak?
hehehe...

congratulations.