Friday, December 24

Apa Lu Olls Buat Bila Chegu Tak Masuk Kelas?



gif animation creator


Assalamualaikum. Salam seluruh Malaysia, Salam 1Malaysia, Salam seluruh kaum, Salam sejahtera and Salam SeratusPenulis, to all editors and readers of this belog.

Ok, enough with politicians-style mukadimah. Lets get straight to the point. Gua yakin semua orang pernah mengalami situasi dimana chegu yang patut masuk mengajar tak masuk kelas mungkin atas beberapa sebab;

-Chegu cuti bersalin.
-Chegu lambat masuk.
-Chegu sesat.
-Chegu lupa timetable.
-Chegu memang malas nak masuk kelas.

So apa korang buat bila chegu tak ada dalam kelas?



Biasa bila chegu tak masuk kelas mesti ada chegu ganti. Tapi ada beberapa kes dimana chegu tak masuk kelas. Bagi gua, itu lah masa gua penumbuk ke udara sambil berkata YES dalam hati.

Dalam situasi ini Ketua Darjah yang main peranan. Jika Ketua Darjah itu berkaliber, pasti beliau akan segera bergegas ke office untuk cari guru ganti. Tapi kalau Ketua Darjah tersebut mempunyai mentaliti macam gua...lu olls paham-paham lah. Jika tak ada langsung chegu ganti maka Ketua Darjah akan mengambil inisiatif sendiri seperti mengawal kelas tersebut bersama Penolongnya. Macam biasa Ketua Pelajar dalam kelas akan berdiri di depan, mencari beberapa kesalahan dan menulis nama murid-murid tersebut bersama kesalahannya di papan hitam agar chegu yang masuk selepas itu akan memujinya sendiri kerana mengawal kelas dengan penuh kejujuran. Chegu tersebut mungkin menepuk-nepuk bahu Ketua Darjah tersebut sambil berkata "Well done sonny"

Kesalahan; Bergendang & Menyanyi. LOL. Ketua Darjah yang berkepimpinan autokratik.

Sesetengah murid mungkin membuka buku dan mengulangkaji pelajaran. Sesetengah pelajar mungkin berlakon meletakkan buku di atas meja dan berborak sakan. Sesetengah lagi mungkin tidur sahaja dalam kelas. Gua? Apa gua buat? The answer is bloody-simple. M.A.I.N.

So, dalam kelas yang sempit, penuh dengan kerusi dan meja dan ditutup oleh empat dinding konkrit; apa yang gua boleh main?

Lawan Pemadam.

This is my favourite. The rule is bladi-simple, winner takes all. Si-pemenang dapat mengambil pemadam si-kalah. Masa gua sekolah rendah dulu gua ada gadis, nama dia ****. Muka dia memang macam orang German, rambut pendek berwarna perang dan bermata biru. Sampai sekarang gua ingat lagi muka dia. Gua memang rapat dengan dia sebab dia tag team gua dalam game lawan pemadam. Pantang ada masa terluang, gua berlatih lawan pemadam dengan dia sampai ada masa kami berlatih sehingga mencapai mata 200 untuk game point. Tiap kali ada unofficial tournament untuk lawan pemadam mesti kami masuk. Macam biasa, siapa menang dapat ambil pemadam yang kalah. Faveret gua pemadam yang ada gambar bendera dan faveret dia yang ada gambar huruf. Kami siap ada kotak pensel khas hasil kemenangan bersama.

Main kad

Old Maid, Happy Family dan Donkey. Tapi dalam banyak-banyak card gua paling suka main Snap!. Sebab apa? Nak main Snap! kena ada ramai player. Lagi ramai lagi meriah. Bila ramai maka ada lelaki, ada perempuan. Part ni paling gua suka. Tiap kali nak Snap! bila ada card sama mesti tangan gua pergi dulu. So player-player lain yang lambat nak Snap! mesti tangan-tangan mereka atas gua. Secara tak langsung possibility untuk player-player perempuan untuk pegang tangan gua juga tinggi. Dan bila ia berlaku, gua naturally akan buat muka horny sikit. Kui kui kui...Astaghfirullah Al Azim.

Ceper

Gua rasa game ni legend. Mak gua kata main ceper ni dah wujud sejak zaman mak gua di bangku persekolahan. Batu Seremban, Selambut atau Serembat mungkin game untuk golongan hawa so gua rasa ceper is specially designed for boys. Gua masih lagi di ambang misteri bagaimana tradisi bermain ceper dapat diturunkan secara turun temurun dengan jayanya. Pinpoint accuracy. Careful. Ultraprecise. Siapa ada skill-skill ni boleh jadi serious contender untuk main ceper. Player sejati tiap kali ada tournament mesti ada set ceper dia sendiri, custom made lagi tu. Cat sendiri pakai kaler water jenama yang ada gambar panda tu. Satu yang gua suka main game ceper dia still ada lagi bau kokakola. Pergh.

Titik Titik.

Gua tak suggest game ni kat budak-budak sebab game ni menyalahgunakan buku latihan matematik. Tapi gua tak nafikan tahap keseronokan lawan titik umpama kanak-kanak 10 tahun yang asyik bermain PSP. Dulu gua ada dua buku khas selain untuk academic purpose. Satu buku untuk gua conteng-conteng dan satu lagi buku untuk main menatang ni lah. Player hanya dua orang sahaja. Menang kalah tak dapat apa-apa cuma maruah sebagai player agung titik titik saja dipertaruhkan. Gua rasa main chess pon tak susah macam ni. Selagi ada ruang untuk letak titik, selagi tu lah gua takkan mengalah. Kadang-kadang gua terpaksa main cheat. Bak kata peng-gusti terkenal, Eddie Guerrero; "Win To Cheat". Kalau pihak lawan leka atau terpandang tempat lain, gua dengan laju akan letak extra titik sebagai langkah untuk menang.

Banyak lagi game gua nak kongsi dengan lu olls. Gua belum lagi open game Bola Tekan, Mini-Ragbi, Empayar, Pepsi Cola, Main Nombor, Gunting-Batu-Kain (yang pakai dua belah tangan) dan macam-macam lagi. Ada masa gua akan kongsi dengan lu olls dengan lebih mendalam dan terperinci mengenai game-game nih. Till then. Adieu. Assalamualaikum.

Maaf sekiranya entri ini bukan entri ilmiah. Secara ilmiahnya gua lemah dan disadvantage.

p/s: Gua syak Pak Su gua baca belog gua. Cis.

Mengenai Penulis Entri Ini :
KeCiK juga tukang taip untuk belog KeCiK SUKa MaiN BoLa. Lu olls boleh buang masa berharga lu olls di sini pada setiap Jumaatday dan di Twitter. Untuk membaca semua karya picisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label KeCiK. Entry picisan terbaru di belog beliau ketika ini ialah Conteng Conteng Lima.

24 comments:

manggosteen said...

hoo..main titik2 tu memang best..tambah2 kalau dpt tawan besar2..

lynn angel said...

kalau cikgu tak masuk kelas, saya baca komik.. dragon balls femes dulu2.. :)

100penulis said...

waktu skolah rendah : main nama-negeri-binatang-buah-benda.

waktu skolah menengah : berkumpul blakang kelas main sambung2 cerita

waktu kolej : mengorat =))

ztie said...

main titik2 ya.. huahauhau.. saya suka!

KeCiK said...

@brader manggis
So dem true. Kadang2 rumah kecik kita pancing je. Then kita perangkan makan balik rumah dia. Wakakakaka!

@lynn angel
Wohoo..sama dengan gua lah. Dragon Ball sekarang dah mahal. Dulu ingat lagi, rm3 je. Then naik rm3.30, then naik skit, rm3.60 pastu naik jadi rm3.90. Last skali usha kedai harga dah rm4.20. Bladihell.

@Tuan Seratus
Owh, game tu! Tapi kena kental la main ngan dak pompuan. Paling best bila dpt tau jawapan sama, sempat padam semata-mata nak dpt markah lebih.
Skolah menengah dah start main gusti dlm kelas. Kerusi makmal sains jadi prop. Cis, best gila.

@ztie
yaY! jom lawan titik sepam dua. Buku ada lagi nih.

:)

therosputih said...

main titik...owh...rindu zaman sekolah dulu...hihihi

afifaa. said...

eeh boss! sama la. nama-negeri.

hahaha. best main benda tu.

waktu sekolah menengah, cikgu takde, amek masa untuk tidur. hehehe. biasa la, pelajar asrama. selalu je mengantuk.

syaftome said...

ah...
titik titik is da best...

memang betul cakap ko...
wpun game tue simple...
n habes sume buku matematik utk itu...
tp feel die xsame dgn maen game elektronik skunk nie...

n budak2 sekarang...
aku rasa dah xde dah maen benda alah tue...

~ miSs rAkinAh ~ said...

best btoi entry nie..terkenang zaman2 sek dulu..hik3..klo kat sek men..kejaan ye tido + mkn + bergosip..bese la owg pompuan..upssss..klo mse sek rendah..mmg byk mainan..yg tersenarai kat ats pon mmg favaurite game kami..sampaikn..cikgu wat pertandingn ceper..klakar sgt mase 2..ari2 excited g sek.. :)

NajwaNadia^.^ said...

Kalau mase sekolah rendah, sangat suka main ceper tu. Best giler ble boleh lawan ramai2 siap dgan budak laki semua. Bila ada skill yg x reti slalu sruh kwn ajar. Berusaha tu!..haha

tapi ble masuk skolah menengah, dah masuk asrama.Huhu..slalunye bukak kelab borak lah. Tak pon, kacau kawan2 lain yg tdor sebb kte jarang tdo lam kelas.

KeCiK said...

@afifaa

Splendid. Masa tido ada alas meja tak? Benda tu bila kering memang nampak atas meja. Euwwww...

:)

izfanora said...

pergh.. teringat zaman dolu-dolu.. bila ingat balik, agak stylo juga bender2 tue coz kat u pun men lagi titik-titik tue.. :P

chenta said...

semua tu i main..termasuk game yg 100penulis tulis tu..hehhe

tapi ada lagi game lain yg i suka main..macam main SOS, pangkah bulat, main bom..Bom tu best sebab kena adjust kertas betul2, biar kene askar pihak lawan. Padahal main color2 je..

Kenangan,....

humbleyat said...

titik titik a.k.a bukit kepong..main asyik kalah je..mcm game ug admin wat kat blog ni huhu..

tambah lgi main batu selambut..
pastu main undi dan teka, sape jadi polis, pencuri then 3 watak lain, tapi tak ingat la plak..T.T

Fynn said...

oh,cikgu tak masuk kelas,

aku ulangkaji.HAHAHAH

KeCiK said...

Lu olls the best. Gua yakin game-game ni patut dah jadi status cult among children. Patut dah boleh masuk dalam arkib warisan negara.

afifaa. said...

kecik; alaskan lengan sudah. yang penting, boleh pejam mata. haha:D

r.k said...

sekolah rendah ghua jarang chegu tak masuk tapi kalau mc , kitorang akan susun-susun meja jadi empat segi yang besar . ada ruang kat tengah-tengah , WRESTLING !! kitorang siap ada 2 'group' dan ada satu ketika bila nak fight kelas lain , 2 group ni bergabung . pergh !

masuk sekolah menengah rendah , out from class is number one , tapi kalau kantoi redi la kunyah cili api .

masuk sekolah menengah atas , chegu masuk kelas pun ghua tidur jugak . XD

KeCiK said...

@r.k
dude, nak main wrestling takde knowledge pon tak guna rite? So malam tu buat homework layan SmackDown kat tivi3. Then kalau nak lagi true praktis kat PS main SmackDown jugak. Yang badan besar-besar for sure dapat pegang jadi BigShow, Undertaker, Kane etc. Gua yang kecik dapat jadi Xpac.

Heaven seh.

shandye. said...

aku?

letak buku supaya tampak seperti mahu ulangkaji.

lepas tu aku keluarkan kertas dan mula doodling. hahaha... hobi tegar sampai masuk u skarang ni pun kalau lecture tak best kat depan mesti aku conteng2. habes penuh planner ukm 2010 tu aku conteng.

anyway, masuk haiskul aku lebih tidur je. sket2 tdo. kelas bising stok nak mati pun aku leh tdo.

lol.

puteri_kebayan said...

tingat zmn skolah: slalu men titik ngan tudung botol tu

nur.sa said...

bila cikgu tak masuk kelas, sy suka makan gula2 sambil tangan ligat main dam ular.. hoho. tak pun menyembang mcm makcik2 wat meting tingkap.

KeCiK said...

@shandye
So true. Tapi skil "tampak seperti ulangkaji" juga perlu diperhalusi agar ianya kekal sempurna. Doodling? Same here mate.

Dulu gua suka bila chegu ganti masuk then dia buat announcement "ok, semua buat kerja sendiri, jgn bising"

@pu3_kebayan
honestly, gua tak pernah nmpk dak pompuan main ceper. Lu memang rare, one of a kind. Cool.

@nur.sa
Hoho...dam ular! Biasa exam akhir tahun dah setel baru boleh bwk dam ular, dam aji, chess, saidina etc gi sekolah kan?

:)

Fina Sophie said...

kalo cikgu tak masuk kelas, biasanya sy borak2 je dgn kawan2 kot. ada group sndiri lelaki cmpur2 dgn pmpuan so tak pernah bosan hahah