Thursday, December 2

Anjakan Paradigma! Part II



Assalamualaikum! Salam 100 Penulis buat semua~

Anda mahu berubah? Yakni perubahan ke arah kebaikan? Anda yakin ingin mengubah diri anda? Mampukah? Yakinkah dengan kesan yang bakal berlaku terhadap anda selepas berubah?

Ini antara soalan-soalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri ketika membuat keputusan untuk melakukan sesuatu/sebuah perubahan terhadap diri kita.




Di antara cara-cara yang mungkin efektif bagi anda yang ingin melakukan perubahan ialah :

1. Set your aim - Jangan set aim yang terlalu tinggi yang anda sendiri tak yakin mampu mecapainya. Aim tu perlu tinggi, tapi haruslah di tahap kemampuan masing-masing. Dan kena ingat, setiap orang punyai tahap kemampuan dan kelebihan masing-masing. Jangan aim nak jadi macam orang itu, orang ini. Orang itu dan orang ini maybe punyai kelebihan yang kita tiada.

2. Do a constant change - Anda perlu istiqamah ketika membuat perubahan. Contohnya jika anda nak berubah menjadi seorang yang rajin mengemas bilik, jangan mulakan dengan mengemas seluruh pelusuk bilik tu tiap-tiap hari. Karang ade jugak yang mereng kerana semata-mata nak menjaga kebersihan bilik. Mulakan dengan perkara simple seperti mengemas tempat tidur tiap-tiap hari. Bila dah terbiasa buat, takkan jadi masalah. Boleh proceed dengan benda lain pulak.

3. Reward yourself - Ada sesetengah orang (macam cik K sendiri) perlukan sesuatu yang best untuk hadiahkan diri sendiri selepas membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, kalau minggu lepas kelas asyik rongak pergi tak pergi je, tanamkan dalam diri "Kalau aku pergi kelas penuh minggu ni, aku boleh pergi shopping minggu ni!" or something like that. So, bila kita terasa nak ponteng, akan teringat balik janji kepada diri sendiri, "Oh, tak boleh, tak boleh, nanti tak boleh pergi shopping." HAHA. Mengarut betul fakta ni.

4. Doa - Tak kiralah dari segi apa, dan sekecil mana pun perubahan yang ingin anda buat, jangan lupa selitkan sekali doa kepada Tuhan. Dengan kehendak Tuhan, mungkin kita akan diberi bantuan untuk melakukan perubahan tersebut.

5. Apa lagi, jom berubah ke arah kebaikan! ;DD

p/s : Hari ni birthday cik K! Hehehe. XD


Mengenai Penulis Entri Ini :
Kimmy Ai juga penulis untuk blog Rottkappchen's. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Kimmy Ai. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kimmy Ai, dan hidupnya selama 20 tahun..

6 comments:

nur.sa said...

kimmy ai
happy birthday ya. :D best tak sambut besday kat eqypt nun?

nak jadi baik tu hari-hari ramai dok ucap kat mulut tapi kalau mula sikit-sikit macam kimmy cakap tu okay jgk kan. lama-lama mesti dah biasa dan makin bertambah anjakan yg kita buat.

Azza Zahra. said...

Happy birthday Cik K..!!

Anjakan paradigma sangat penting.
Takkan nak dok takuk tu jer, kan.
Tapi ada sesetengah bnda tu mcm lambat jer berubah. Cth, kemas bilik
dengan cepat masa kat uni dulu.
Sbb azza sgt lar lambat klu kemas
bilik. :P

afifaa. said...

ramai orang yang nak berubah. lebih kurang macam anjakan paradigma laa kan. tapi, mesti akan cakap, 'tunggu laa dulu. esok-esok boleh berubah'.

haishhh. mentaliti masyarakat sekarang.


sanah helwah ukhti :)

Fina Sophie said...

hepi birthday kimmy, birthday kita tarikh dekat je rupanya hehe. dahlah giliran dekat 100p pun dekat je. kihkih.

perubahan yg drastik biasanya tak kekal lama kan. lebih baik buat pelan2, sedikit demi sedikit..

another tips is, kalau kita buat benda tu (contoh mcm cik k - kemas rumah) tiap hari selama 40 hari, insya-Allah akan jadi kebiasaan.. :)

Fina Sophie said...
This comment has been removed by the author.
humbleyat said...

happy birthday kimmy...!
ramainya bulan dec ni yerk..he..
fina, kimmy dan sy...?(ops-3-12..?)

thanks for the tip...
yg penting kesungguhan kita untuk berubah kan?

orang kata, kene cari satu inspirasi, baru bertambah seronok untuk berubah..

Nostalgia Kelahiran