Tuesday, December 7

Anak Muda dan Gerakan Pencerahan



Sebelum aku mencoret dengan lebih jauh lagi,baik kita mendalami sedikit sebanyak apakah yang dimaksudkan dengan "anak muda" itu.


Dari Kamus Websters,Priceton menyatakan bahawa,



“the time of life between childhood and maturity, early maturity, the state of being young or immature or inexperienced, the freshness and vitality characteristic of a young person”


Definisi secara intepretasi sebenar,anak muda atau pemuda merujuk kepada satu golongan yang mempunyai jiwa penuh dengan pemberontakan,mahu melihat sesuatu secara jelas,mempunyai karakter yang dinamik,optimis dan gaya pemikiran yang berkembang pesat.



Mereka tidak mudah tunduk pada tekanan fizikal yang jelas dan terang kerana jiwa mereka memang terbina atas dasar itu.Namun aku menghukum ini hanya pada sebahagian daripada mereka.Kita saksikan betapa dunia sekarang melahirkan ramai anak muda yang bervariasi cita rasa mereka.Aku sifatkan mereka di sini sebagai golongan putih dan hitam supaya kita mudah membezakan mereka.Anak muda yang berimejkan putih pada pandangan kita mereka yang kurang terpengaruh dengan segala gejala dan penyakit sosial ummat manusia zaman sekarang dan mampu menyediakan diri sendiri dengan sempurna untuk menjadi pemikul amanah kepimpinan masyarakat akan datang.Dan satu golongan lagi,iaitu golongan hitam merujuk kepada anak uda yang kelihatan terleka dihanyut dan dibuai dengan keseronokan usia muda mereka dengan perlakuan dan tindakan tidak sihat serta bercanggah dengan norma masyarakat.Ini hanyalah sekadar andaian dan bandingan aku sebagai salah seorang anak muda yang sama-sama merangkak untuk membina jiwa dan perasaan.



Kegagalan mereka yang melahirkan anak-anak muda ini mungkin menjadi satu faktor terpenting kenapa situasi ini berlaku.Maka bertuahlah mereka yang mempunyai anak muda yang mantap jati diri mereka bagi mengharungi badai dalam mengubah masyarakat.Namun golongan sebegini hanyalah segelintar sahaja wujud.Mereka membangun di tengah-tengah gelojak nafsu muda dan kocakan ilmu yang mereka ada.Pemerhatian dan berfikir menjadikan mereka matang dan jauh meninggalkan rakan-rakan mereka dalam pelbagai aspek terutamanya jati diri,erti hidup,hak dan harga diri.



Mereka ditakdirkan lahir untuk merencanakan sebuah gerakan pencerahan dalam masyarakat mereka.Lahirnya mereka bukan bertujuan peribadi.Mereka merupakan segolongan yang sanggup mengambil risiko dalam menempa sebuah revolusi.Mencongak masa depan dengan beberapa siri tindakan yang berisiko namun semangat mereka tidak pernah menampakkan mereka menyerah kalah kepada kemungkinan risiko.Tiada prasa "kenapa perlu buat ini" dalam pergerakan anak muda sebegini.Mereka rancang dan mereka laksana.Mereka membuktikan sebuah masyarakat yang tidak mati jiwa dan hati lalu bangkit menentang segala penyelewengan.Mereka sedar tanggungjawab sebenar mereka terhadap keluarga dan masyarakat sentiasa menanti ke atas pundak bahu mereka.Begitulah hakikat mereka yang berwatakkan putih ini.



Epik dunia menceritakan perkara yang sama.Bermula dari zaman Rasulullah SAW kita menyaksikan kebangkitan anak-anak muda melakari setiap detik baginda menyampaikan risalah kenabian.Bermula dengan Ali bin Abi Thalib yang berusia 8 tahun begitu juga Zubair Al-Awwan yang berusia 8 tahun sudah mengenal erti perjuangan pencerahan jiwa masyarakat.Diikuti dengan Al-Arkam bin Abi Arkam yang berusia 12 tahun,Abdullah bin Mas'ud berusia 14 tahun,Ja'far bin Abi Thalib berusia 18 tahun,Zaid bin Haritsah berusia 20 tahun,Mus'aib bin Umair berusia 24 tahun,Umar bin Al-Khattab berusia 26 tahun dan ramai lagi anak muda yang tidak pernah mengnal erti takut mati dalam sejarah dakwah baginda.Mereka bangun berdiri membela baginda dengan nyawa mereka.Hanya satu alasan iaitu mereka sedar amanah mereka.



Zaman terus bergerak dan sejarah terus menukilkan betapa ramai anak muda yang menjadi watak utama dalam mengetuai segala gerakan pencerahan dalam masyarakat.Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh,dua watak agung dalam lipatan sejarah gerakan pencerahan.Mereka lambang kepada anak muda berpewatakan putih.Mereka memaksimakan segala kelebihan mereka untuk memajukan masyarakat dan membawa masyaraakat mengenal pencipta yang sebenar.Mereka berjuang dan menakluki dunia dengan pengaruh dan kekuatan mereka.Kita soroti lagi tokoh anak muda kotemporari seperti Hassan Al-Banna,Syed Qutb,Abdullah Azzam,Said Hawwa,Ibrahim Libya dan ramai lagi mereka yang berpewatakan putih bangkit bangun menjana gerakan pencerahan masyarakat.



Anak muda ini membuktikan undang-undang buatan manusia tidak mampu menyekat jiwa mereka yang merdeka.Mereka amat bencikan kebobrokan yang berlaku lantas mengambil inisiatif keluar mencari penyelesaiannya.Namun penyelesaiannya hanyalah melalui tindakan dan aksi bukan sekadar kata-kata atau fikiran maya yang lemah rohnya.Sejarah membuktikan anak muda dan gerakan pencerahan tidak pernah bercerai.Kerana lahirnya anak muda untuk itu.



Oleh itu fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabat sebayaku,hidup kita ini bukan sekadar mencari kepuasan sementara.Kerana kita tidak pernah dilahirkan untuk memikirkan perkara-perkara yang remeh temeh.Meskipun kita bukanlah pemikir,namun beraksilah umpama seorang pemikir masyarakat dan agama.Jika kita bukan seorang ketua sekalipun,tegaklah bahumu dan bentangkan dadamu untuk amanah itu bila-bila masa ia jatuh kepadamu.Silap percaturan jiwa akan menyebabkan amanah terburai dan dosa bersepah.Kendatipun kita gagal menyaingi kehendak dunia namun kita tidak pernah gagal memenangi kasih dan rahmat tuhan yang Esa.



Gerakan pencerahan ini umpama legasi terpenting buat setiap anak muda untuk meneruskan dan memupuk jiwa kepemudaan mereka.Dari sinilah mereka membentuk jiwa-jiwa yang tegar melanggar kebodohan pemimpin yang zalim.Legasi ini menjadi azimat keramat untuk mereka melaungkan patah-patah reformasi jiwa dan negara.Mereka menjadi agen perubahan masyarakat dalam segenap hal.



Kita bertanya kenapa perlu "anak muda"???
Sudah pupuskah mereka yang berusia???


Menurut Fathi Yakan dalam bukunya  Generasi Pemuda dan Perubahan,

"pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas....iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula.....usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.....dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian melalui sabdanya,
'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'
dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun."

Maka dari sini kita melihat betapa seorang anak muda itu perlunya kepada sebuah persiapan yang rapi.Bimbang kita hanyut ditelan kehendak nafsu maka persiapan ini haruslah berlandaskan apa yang diturunkan ALLAH kepada Rasulullah.Persiapan itu merupakan persiapan yang mempunyai matlamat yang cukup besar.

Fathi Yakan menulis lagi,

"Sebenarnya,matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia....ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam.....dan juga pemikiran,perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran,perundangan dan akhlak Islam" 


Inilah perubahan ISLAM yang didambakan oleh setiap anak muda.Inilah pencerahan sebenar yang menjadi nadi anak-anak muda.Secara ringkas perubahan ini terungkap dalam kata-kata Rubi'e bin Amir,ketua angkatan bersenjata Parsi apabila ditanya tentang kemaraan tentera ISLAM,


"ALLAH mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada ALLAH yang Maha Esa lagi Maha Perkasa....dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas......dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam...maka kami diutus dengan agama ALLAH kepada mahluk-Nya untuk menyeru mereka kepada ALLAH....maka barangsiapa yang menerima,kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan ALLAH yang dijanjikan." 


Begitulah ungkapan pentingnya peranan anak muda dalam sesebuah gerakan pencerahan dalam masyarakat.Perpisahan mereka tiada,namun wujud terus membina kelansungan perjuangan.

Kita kenang kembali manifesto Gedongkiwa 1001,



"kami adalah sekumpulan anak muda yang amat bencikan kekalahan,apalagi dengan orang-orang yang lebih tua"

Kita bertanya pada diri kita,di manakah posisi dan kedudukan kita sebagai anak muda???

Kerana masa muda itu hanyalah sekali.





p/s:artikel ini merupakan ulang siar daripada artikel asal penulis di blog beliau,tiMe t0 chAngE


Mengenai Penulis Entri Ini :
ata juga penulis untuk blog tiMe t0 chAngE. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin/Selasa/Rabu/Khamis/Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ata. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah iman sakit,namun Tuhan itu tidak BUTA.

5 comments:

nn said...

Off Topic - eh. macam kenal orang-orang dalam gambar tu.

KeCiK said...

Mind if I ask the source for this entry? Kinda familiar kat blog lain.

The fun part.
Anak muda? Recently gua perasan social network dijadikan oleh muda mudi sebagai medium untuk tunjuk bagus. Sembang kencang. Cakap letup.

Realiti? Nak kena tunggu ada program realiti baru boleh jumpa tokoh? Demonstrasi sana sini? Bangkang itu, bangkang ini?

Kena tengok Imam muda baru insaf? Kena dengar Maher Zain baru insaf?

Our social is sick. Even Mak Nyah pon dah ada community sendiri utk fight undang-undang syariah. Belum lagi pasal dress code in Islam dengan hukum hudud.

So anak-anak muda sekarang buat apa?

:)

kusut said...

camtu la jadik orang muda. mula2 cakap kencang dulu. nanti dah keje, dah established, dah ade platform, bleh la try to make a difference. yg penting.. keep the fire burning

mungkin masa muda tak dapat nak buat perubahan. tapi hopefully semua rebellion yg dibuat mase muda ni membukak mata kita pada apa yg kita nak. sebab it is important to know what we want

yg penting, jadik la org berguna n jangan menyusahkan orang. nanti orang kata 'kecik2 taknak mampus' (kecik dr segi umur bukan KeCiK ye jgn salah paham XP)

KeCiK said...

"Keep the fire burning"

Dem right. Cth mahasiswa skrg masa still student sgt rebellious, provocative etc. Tapi most of them lepas grad terus senyap. Tapi still ada lagi yg 'keep the fire burning'

'kecik2 taknak mampus'

Awww! Dang! Snap!

Haha!

:)

r.k said...

kenapa komen ghua sebelum ni tak keluar ? ah ! ni yang nak rebel ni !