Monday, December 20

; alkisah filem yang diadaptasi


Assalamualaikum readers sekalin.
alhamdulillah, kita bertemu kembali pada minggu ini dalam rancangan ketuk-ketuk ketampi. ahah! lawak ke? x de maknanya.

okeyy, hari ini nak bercakap pasal satu topik yang sudah diketahui umum iaitu drama TV atau filem yang diadaptasi dari novel.
Kau Laksana Bulan?
Air Mata Arissa?
Lagenda Budak Setan?
Laskar Pelangi?
Confessions of a shopaholic?
Angels & Demons?
A walk To remember?
Ayat ayat Cinta?
Ketika Cinta Bertasbih?
(sekadar menyebut beberapa nama)


siapa yang tidak tahu pasal filem atau drama ini. dari gelanggang novel ke gelanggang layar putih dan hitam. (mak aihh, gelanggang ni nak bersilat ke?)

novel yang meletup dan sudah di dramakan di televisyen bermula pada bulan 6 yang lalu.

seterusnya ialah;

bila cinta kini, tak lagi bermakna, yang ku rasa kini, hanyalah nestapa..... tak lain dan tak bukan ialah,

Lagenda Budak Setan!! karya Ahadiat Akashah. novel ni dah lama. kalau simpan dalam almari, confirm sudah dimakan oleh anai-anai. kertas helaian tu warna kuning, tak macam novel sekarang yang mutu kertasnya lagi tinggi. best seller, famous amos novel ni. siapa baca tak menangis memang tak de perasaan lah. (hee, gurau je).
hari tu masa jenguk jenguk kat MPH, novel ni ada balik. perghh, meletup sakan ye lepas dibuat filem.

kita pergi kepada karya seberang, ayat-ayat cinta.

baca novel ni masa form 5. masa baca tu menangis syahdu. tapi bila tengok filem dia, mencebik. kenapa? tunggu saya buat ulasan sekejap lagi. sabarrrrrrrrr..

next; dari novel yang terkenal, yang masuk dalam carta, kepada satu filem yang lagiii terkenal, pecah panggung, tak lain tak bukan ialah, siri Harry Potter!

saya suka baca novel (ayat budak darjah satu), tapi bila baca novel HP ni, pening kepala. ayat dia bukan main berbelit macam ular sawa membelit mangsanya! sungguh! dengan si jahat voldemort, ramuan ntah ape-ape, jampi serapah. tapi, movie dia pn layan jugak. okeyy laa nak bagi bintang pn.

jom berbicara tentang drama atau filem ini. 
kita ambil contoh; ayat-ayat cinta.

sebenarnya, agak lewat nak membicarakan tentang novel ini atau filemnya terutama bagi yang sudah beberapa kali khatam. sewaktu mendengar tajuknya buat pertama kali, sudah pasti ramai yang prejudis terhadap isi kandungannya dan terbayang di kepala jalan ceritanya mesti berkisar tentang cintan-cintun dan sarat dengan kata-kata yang romantis, jalan cerita yang penuh retorik atau penutup yang pastinya 'happy or sad ending' seperti kebanyakan novel-novel yang lain. akan tetapi, anggapan yang salah sama sekali! buat pertama kalinya air mata betul-betul menitis ketika membaca novel kerana ayat yang menyedarkan saya dengan kata-kata Allah.

namun, amat dikesali sekali bilamana filem yang diterbitkan ini sama sekali bercanggah dengan moral yang ditampilkan oleh penulis dalam novel beliau. malah, filem ini juga menjatuhkan kredibiliti atau maruah watak dalam novel tersebut. banyak kesilapan dalam filem yang ditonjolkan seperti budaya Arab, Ibadat, serta akidah watak utama atau sampingan dalam filem yang dikatakan sangat mulia dalam novel? sewaktu menonton filem ini, saya mencebik. tatkala orang lain menangis kesedihan, saya sengih kambing. kerana tidak ada perasaan bangga atau kagum untuk diberikan kepada penerbit filem ini. jauh menyimpang dari karya asal, iaitu novel hasil garapan Habiburrahman.

Memang benar, drama atau filem yang diadaptasi dari novel 100 peratus tidak tepat. tak kan adengan panas dalam novel pn nak dilakonkan balik? bagi lah novel Bicara Hati untuk diadaptasi, tak kan pelakon nak lakonkan babak-babak 'mesra' tu kan? lain lah kalau filem mat salleh, nak hairan apa. contoh P/S; I love you.
akan tetapi, penonton mahukan satu mesej yang benar-benar sampai menusuk ke dalam hati. bukan nya menghasilkan drama atau filem yang sekadar melepaskan batuk di hujung tangga.

sekian sahaja dari saya, pengkritik tidak berbayar. 

(agak-agak kena saman tak buat entry ni? huuuu.)



Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah DAY 12; How you found out about blogspot and why you made one.

20 comments:

A.D.A.M. said...

Kalo aku dah baca novel, aku mesti suka lagi novel. :P Tp movie pun enjoy gak. :)

nn said...

jyeahhh. tengah tengok LBS ni. first time. and tak sukaaaaaa. some things macam tak kena. skrip dia macam kaku.


betullah. sepatutnya not all things kena recreate balik macam adegan di ranjang tu. auww. cam tak sesuai.



Latest entry: saya nak komplen II

afifaa. said...

tu la pasal. mesti ada yang tak kena kalau diadaptasi dari novel. lari cket dari yang asal.

kusut said...

selalu borak2 pasal isu ni. and selalu aku akan cakap hujah aku:
anggap la versi novel and versi filem tu dua versi yg berbeza. sebab adaptasi tu adelah adaptasi.. bukan cerita yg sama.

bahasa filem dgn bahasa novel tak sama

satu lagi, bila kita baca.. kita bayangkan yg paling best pada pikiran kita. tapi bila filem, itu adelah bayangan paling best (atau pun cukup best lah) si direktor filem tu.. bukan kita. so biase la tu kita tak suka versi adaptasi sebab tak sama dgn apa yg kita bayangkan

tapi problem muncul bile scriptwriter dan direktor tak faithful pada 'semangat' asal cerita. bile benda camtu jadik.. adaptasi tu jadik satu rewrite dan peminat pun tak suka

haha mcm kasik lecture pulak aku

afifaa. said...

adam; ha'ah. mesti nak pilih novel punyaaa. :)

afifaa. said...

en.kusut; to be frank, kalo en.
kusut bersuara,saya akan bungkam. speechless. tak tahu nak cakap ape. huu. semuanya betul lah pandangan encik. nak membalas pn tak de point. hehe.

okeyy, saya setuju dengan pandangan encik. 2 benda yang berbeza ye.

Aida Ismail said...

kau laksana bulan ada on tv? kenapa tak tahuuu. huwahhh, jauh ketinggalan.

afifaa. said...

kak aida study jauh sangatttt. heee.

Aida Ismail said...

@afifaa...

alaaa, dah terkantoi dah kee? macam mana fifaa ingat akak nieyhh? =P last time ada blogwalking fifaa, tapi tak sempat tinggal jejak. hehe, selamat berkenalan =)

syaftome said...

tp kena ingat jgak...
kalau dah cita/muvee tue sebijik cam dlm novel tue...
buat apa nak tgk citer tue...
baek baca novel jer...

ps: xkan ade citer kat wyg yang sebijik dgn novel yg diadaptasi...

afifaa. said...

heee. kita kan family :) mesti la tau. nak hadiah dari sana, boleh tak kak? ngeeee.

selamat berkenalan ;)

KeCiK said...

Paling-tak-best-ever buku ke filem, Dragon Ball. Total sampah.

Err..komik tu leh consider as novel tak?

Dulu ada kisah bersiri penyiasatan pasal budak-budak yg solve kes-kes yg susah. Citer apa ek? Lupa lak.

Siri Pengembaraan Enid Blyton kan?

chenta said...

i selalu baca novel untuk isi masa lapang..tengok wayang untuk masa bersantai..

tak kisahla tak sama pun. sebab bukan senang nak copy 100% then keluar dalam bentuk lain..Klon pun tak pernah sama 100% ^_^

afifaa. said...

syaftome; ek okey.. baik baca novel. yepp, x jumpa cerita 100% sama.

afifaa. said...

kecik; tapi komik conan bila ditanyangkan di TV macam best je. hakhak.

err, entah. tak tahu =________=

afifaa. said...

chenta; ooh okey. baik lah :)

Kniedaz said...

baca novel lagi feel dari tgk ceritanya di layar perak...lagipun bila diwayangkan, tak 100% isi novel boleh diterjemahkan.. ^_^

afifaa. said...

kniedaz; kan? setujuu lah baca novel lagi best. hee.

humbleyat said...

setuju dengan kusut..kedua2 adalah versi yang berbeza...

suka baca buku jugak, sambil tambah diction yg best..;-)

shandye. said...

kalau suka filem adaptasi dari novel. sila google dan cari 'the perks of being a wallflower'.

emma watson blakon tuh!

*kesat darah pada hidung*