Wednesday, December 15

Aku bukan seorang NERD

Bertemu kita kembali di hari Rabu. 2 minggu yang lepas bumi Ireland dituruni salji salju yang banyak.Jadi banyak rencana tergendala... Selama 11 tahun menetap disin, tahun nie kira paling drastik sampai nak bawak keta pun tak boleh. Selama duduk sini jangan kata snow untuk sehari dua... snow pun tak pernah. Memang 4 musim kat sini tapi selalu nya musim hujan jek sepanjang tahun. Oleh kerana salji turun tak berhenti tahun nie, bekalan makanan pun makin surut, akhirnya kerana terpaksa, Mummynana gagahkan diri berjalan kaki mengendong beg sekolah zaman purbakala dulu menuju ke pasar raya berdekatan.  Kiri kanan penuh dengan beg kertas yang dipenuhi barang2 keperluan harian begitu juga beg sekolah padat dengan makanan. Kalau tak kawin lagi nie memang fail lah lelaki lelaki hensem tengok I yang tak ubah macam perempuan Nerd ngendong buku teks yang banyak pulang dari perpustakaan dari shopping complex ke rumah. Jauh woooooo... Confirm tak de sapa nak ngorat.

rasa macam duduk obersea.


Mengikut kamus Wikipedia errr baca sini atau budak budak melayu yang perasan Cool suka kutuk budak budak kurang cool dengan perkataan itu.

Oh mummynana bukan seorang yang Nerd. Walaupun Encik Hasben Mummynana selalu kata Mummynana Nerd. Eh kalau Nerd takkan lah orang yang rupanya ala ala Foreigner atau rasa macam cool nak beristerikan Mummynana kan? So memang sudah pasti jawapannya Aku bukan seorang Nerd.


Walau bagaimana pun Mummynana faham benar perasaan orang yang tak lah seNerd disangkakan dipanggil Nerd. Korang mesti sedikit sebanyak rasa tak puas hati jugak kalau orang panggil sedemikian rupa. Rasa mcm nak bagi pelempang jekkan? 


Banyak sebab sebenarnya kenapa kadang kadang kita disalah anggap seperti Nerd.

1. Tinggal di Bumi Ireland nie dengan perubahan cuaca empat musim walaubagaimanapun hujan itu satu kemestian walaupun musim panas dan berjaket adalah perlu kerana kedudukan geografi Ireland in d tepi laut menyebabkan suhu sentiasa memerlukan jaket. Oleh kerana zaman muda mudi dahulu semasa menjadi seorang pelajar maka kehulu kehilir hanya berjalan kaki meredah hujan dengan buku buku dan nota yang banyak didalam beg. Angis kuat jangan cakap kalau beli payung pakai 2-3 kali dah wassalam mmg samaada melayang atau patah ditiup angin kencang. Jadi untuk menyelamatkan diri dan beg yang dibeli agak mahal(pasal student semua rasa mahal) maka Mummynana terpaksa memakai jaket diatas beg. Kira beg galas tu dipakai dlm jaket. Cuba bayang budak nerd menggalas beg kotaknya yang nampak macam  kura kura. Ok memang nampak macam Nerd tapi untuk menyelamatkan diri dan bahan2 bacaan. Cool sangat lah tu kita tapi kalau kita habis basah lencun.

2. Oleh kerana selalu menghadap komputer kerana tugas bekerja sebagai seorang tukang kira duit orang, Mummynana akhirnya terpaksa akur untuk berkacamata. Mula mula tu macam nak taknak jek pakai tapi kalau dah semakin rabun haruslah berkorban dan pakai jugaklah cermn mata. Ok seriustak tipu awal awal dulu rasa macam Sophisticated jugak lah... tapi lately nie rasa mcm makcik makcik pulak. Nak pakai contact lenses tak beberasa serasi so nak dijadikan cerita satu hari yang cerah Hasben Mummynana ajak pergi tengok wayang citer Avatar. Dengan confidentnya masuk wayang. Bila start citer baru terpikir... alamak aku pakai spec, camna pulak nak tengok wayang 3D nie. So haruslah jadi budak NERD. Pakai spec atas spec. Get it? Boleh imagine tak?

3. Kalau bawak kereta pulak, seat tu memang kena kedepan kan... dah mummynana nie petite orangnya... macam mana nak bawak keta seat kebelakang. Nanti tak sampai pulak nak pegang stereng kereta karang acciden t pulak. So baik cegah sebelum parah. Biarlah apa orang nak panggil asal selamat ye dak?

Hmmm.. ada banyak lagi sebenarnya... tapi percayalah tak semua org yang nampak Nerd tu memang nerd orang nya. Kadang keadaan memaksa dan mungkin pasal  jenis berhati hati orangnya... (ayat sedap kan hati). eh tak caya meh dtg jenguk blog mummynana. Ada rope Nerd ke??? Ehhhhhhhhhh...... korang camna? Adakah seorang NERD jugak??


Mengenai Penulis Entri Ini :
Mummy Nana juga penulis untuk blog Mummy Nana. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Rabu. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Mummy Nana. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

8 comments:

chenta said...

setuju dgn mummynanan...keadaan yg memaksa seseorg menjadi nerd..hehehe

sy tak tahu la sy nerd ke tak...tp sy mmg tak suka berkacamata..tp itula hakikatnya..huhuhu :(

kusut said...

berdasarkan gaya hidup dan perangai, aku rase safe to say most bloggers are of the nerdy kind.

zaman sekarang ni NERD is cool lah. nerds winning oscars.. nerds earning millions before the age of 25. dan bergaya nerd jugak dah jadik fashionable. tq 21st century for making nerds cool

r.k said...

nerd is cool la kak . sekarang fashion pun ade yang nerdy oke ? haha

sekarang term untuk loser adalah noob . and nerd bukan satu daripada noob , sebab nerd COOL !! hahahaha

pakai spek 3D diatas spek memang rare . ghua dah cuba dah kak !! XD

kusut said...

g33k talk kejap!

hm.. rk. stakat penggunaan n00b yg aku tau dan guna secara excessive, n00b (atau nub atau nublet atau noobzor atau nubi) semua datang dr word newbie. bukan loser

'sorang yg baru belajar' lah.
contoh ayat :
'n00b jgn banyak komplen. RTFM'

tapi mungkin noob yg dimaksudkan bukan n00b (dari l33t-t4lk) yg aku maksudkan.

sekian off topik :D

g33k kan?

KeCiK said...

Biar nerd, jangan gagal dalam hidup.

Noob?

Ah, macam baru first blood dalam DoTA. Suddenly kat chatbox mesti ada;

"Ceh...noob"

kusut said...

oh.. dota @_@
kecik.. ko menyedarkan aku. dah masuk 6 bulan tak on dota ni. kene dload map baru lah!

off topik. maaf! XP

humbleyat said...

mummy, seat sy ke depan juga,sebab kaki tak sampai..nerdkah sy? huhu

shandye. said...

kadang2 tgk budak2 yg so-called nerd ni kat kampus nampak mcm hot je...

cemana tu?

hahaha...