Friday, December 10

6 sebab cinta anda gagal



Bercinta. Tapi gagal? Itu sebenarnya perkara biasa, lumrah kehidupan, ada yang gagal ada juga yang berjaya. Sama la konsep nya dengan exam. Kalau yang bersungguh-sungguh belajar untuk capai 10A SPM, semestinya tidak mempunyai masalah. Tapi kalau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Cikda pasti, anda akan menemui jalan buntu. 

Ramai yang mahu hubungan yang mereka bina, kekal hingga ke jinjang pelamin. Tapi ingatkah anda bahawa sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah dari Allah s.w.t. Sebab itu kita selalu dengar orang tua-tua cakap, kita hanya merancang tapi yang menentukan sesuatu itu Allah. Hebat kan kuasa Allah? Allah merancang sesuatu di luar pengetahuan kita, tanpa kita sedar, Allah dah sediakan yang lebih baik untuk kita. 

Sebenarnya cinta kita tak gagal, tapi kita yang mencari sebab untuk menggagalkan cinta kita. Benda yang boleh dibincang, tapi kita tolak ke tepi. Bila emosi menguasai diri, macam tu lah. Jadi sekarang ni, kita nak salahkan siapa?? Orang lain? Tak payah, salahkan diri sendiri lebih baik.

Jadi, sekarang kita baca, antara beberapa punca cinta itu gagal : 

Kuat sangat cemburu

Memang susah kalau dah cemburu buta. Jangan la terlalu cemburu, boleh nak cemburu. Siapa cakap tak boleh? kan cemburu tu tanda sayang. Tapi dah kalau 24jam cemburu. Sampaikan si lelaki nak keluar buat group discussion pun tak boleh, sampaikan si perempuan nak pergi birthday party pun tak boleh. Takkan lemas, waduhhh..jadi, kesimpulannya kena la saling percaya dan saling memahami antara satu sama lain. Baru la aman, tak gitu? Hehe =)


Wujud orang ketiga

Hish, yang ni memang bikin panas. Siapa tak panas, kalau wujud orang ketiga kan? Ketiga kalau sekadar kawan biasa tu ok la, tapi dah kalau duk lebih-lebih, tekanan darah siapa tak naik. Dah tu, lagi bikin pusing, kalau si pasangan duk sibuk teringat-ingat Ex-girlfriend/Ex-boyfriend dia. Cuba cakap, siapa yang tak sakit? rasanya kita ni macam tak wujud dalam hidup dia. Yang berlalu tu biarkanlah berlalu, tak payah la nak ingat, kita hidup untuk akan datang. lain la kalau ada poket Doraemon, boleh jugak mintak tolong Doraemon rewind balik. Gaya-gaya macam rewind lagu Sudirman gitu. Apa-apa pun, kena bawak berbincang yer. 


Tak serius

Ohhh, apa ni? masih ada yang tak serius ke? Jangan main-main boleh? Hehe. Cikda ni nak kena sekeh agaknya. Banyak mulut betul. Hishhh. Cikda berani potong jari, ohhh tidak tidak. Kalau betul kaum Adam serius, jom jumpa mak ayah si perempuan. Amacam ada berani? lalala. Betul la ni, ingat main-main ke. Sebenarnya, perempuan suka lelaki yang serius, lelaki yang betul-betul mahukan sesuatu tapi guna channel yang betul. Tak salah pun jumpa mak ayah si perempuan, jadi mak ayah si perempuan kenal la kamu. Tunjuk la yang kamu berminat nak kenal keluarga si perempuan. Cakap je, saya nak awak jadi isteri saya ni. Awak setuju tak? fuhhh, terus cair, percaya la. Tak caya jugak? Haa, potong jari sendiri. Hehe. Selamat mencuba!

Yang kecik tapi dianggap remeh

Perempuan ni pun 1, yang kecik pun nak dibesar-besarkan. Tapi jangan la pulak, kamu si lelaki nak menyalahkan si perempuan. Nak buat macam mana, dah lumrah perempuan punya hati kecik yang lembut. Sekali jentik, terus rasa sakitnya. Masalah jugak kan macam ni? Aah, memang bermasalah. Si lelaki pulak jenis yang kalau perkara kecik ni memang susah la nak pandang, kadang-kadang tu buat layan tak layan je. Percaya tak, perempuan ni suka buat analisis tentang kelakuan dan layanan kamu? Kalau kamu tak reply mesej si perempuan dalam 1 hari tu, nah memang naya la korang. 

Terlalu terburu-buru

Erk? Huhu. Cikda kurang setuju. Hehe. Ok ok, cikda setuju. Mungkin ada jugak betulnya. Bercinta, kalau boleh nak la kekal kan, bukan hanya bercinta sebelum kahwin je, tapi kita nak biar ada jugak cinta selepas kahwin, dapat la juga rasa manisnya. Kan kan? Hehe. Kadang-kadang sikap terburu-buru ni boleh memakan diri sendiri. Itu la masalah nya. Kalau yang baru je lepas putus, tak sampai sebulan dah ada orang baru. Maut juga tu. Nak sangat cari pasangan baru? boleh, paling tak pun biar la lepas iddahnya, 3 bulan. Hehe. Betul tak? tapi kalau nak jugak, cikda tak dapat la nak tolong. Apa-apa pun, ambik masa, kenal diri pasangan, dan yang paling penting kenal diri sendiri, tanya hati anda betul ke anda mahukannya.

Tidak jujur

Ini point last sekali la, tak larat cikda nak analisis semua. Kalau nak jugak, sila bayar. Ok, sebenarnya dalam hubungan kena ada la sikap jujur. Jujur ni macam mana yer? Jujur nie bercakap benar, hehe. Berterus-terang. Maknanya kat sini, kalau ada yang anda rasa tak selesa, kena la berterus-terang.Tapi ingat satu ni, sekiranya sepanjang perhubungan anda, anda ada menipu atau tidak bersikap jujur pada pasangan anda, haaa..sah sah la ada yang tak kena dengan hati anda, tak pun hubungan anda. Sama-sama la kita fikir.

p/s : hanya  sekadar pendapat peribadi. original post is on my own blog. Thinking of sharing to 100penulis readers. =)

Aida Ismail ©


Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah SCREW YOU!.

8 comments:

nn said...

kuat cemburu bahaya. tak cemburu langsung pun bahaya.

and bab benda2 kecik ni... sometimes penting, ada yang tak penting.

susah betul sebenarnya nak maintain relationship -_-



Latest entry: nothing is more therapeutic than a good long talk with a few old friends

Liz said...

ntah ler hehehe tapi kalau bercinta ke tak ke sapa tau kan kuasa Tuhan, yang penting hati mesti mau baik ekikiki...

Tutorial: Tutorial : macam mana nak buat link tab entry

puteri_kebayan said...

kejujuran+kepercayaan
penting dlm satu perhubungan

kusut said...

satu lagi punca.. salah satu pihak tak lagi nak fight untuk relationship tu.

dalam relationship, mesti ade konflik, mesti ade drama nye. kene bersedia utk commit dan berkorban

ANATI SOKI said...

kepercayaan itu haruslah paling utama

afifaa. said...

kepercayaan, kejujuran, berterus terang amat penting dalam sesebuah perhubungan yang bermakna :)

chenta said...

hubungan cinta sy b4 this semuanya gagal sebab orang ketiga. bukan saya yg ada orang ketiga, tetapi ex boy saya yang ada.until now, i'm still single sebab macam a lil bit serik..tunggu aje la bila sampai jodoh...

shandye. said...

tumpang sedih dengan kesah cinta chenta.

kita serupa.....