Friday, December 31

pertama di hari akhir


salam buat sume pembaca...aku ni orang baru kat sini, masih lagi tengah belajar utk memahirkan diri...huh...berpeluh2 gaklah aku nak mengexplore byk benda baru pada satu masa...takpe2...tu sume cabaran bagi aku...

well...ini adalah entry pertama aku kat sini, pastu tgk ari bulan, ceh...dah 31 disember dah...

sebagai budak baru, tak ramai yang kenal aku, so, sbg permulaan, aku nak kenalkan la serba sedikit ttg aku...senior2 100p, jangan buli budak junior mcm aku...ngeee


bace lebih lanjut di sini

Pensyarah Itu Tugasnya Bukan Hanya di Dewan Kuliah Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar para editor dan pembaca 100 penulis.


Agak lama saya tidak mampu menulis entri di sini. Kesibukan dengan tugas-tugas di universiti menyebabkan masa saya agak terbatas. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang para pensyarah mereka lakukan sepanjang musim cuti semester. Mahasiswa sedang bercuti, jadi pensyarah mereka sedang buat apa?

Sebenarnya, pada masa para mahasiswa sedang bercuti setelah menduduki peperiksaan akhir semester, pada masa itulah para pensyarah sedang mengejar waktu. Pertama, mereka perlu menanda dan berikan markah kepada setiap tugasan dan skrip peperiksaan pelajar. Masa sangat terhad, hanya dua minggu sahaja. Pada masa inilah pensyarah mereka perlu bersekang mata menyelesaikannya.


Kenali BlogLarian

Assalamualaikum...

Sehari lagi berlalu untuk melangkah ke tahun 2011. Pasti ramai yang mempunyi azam baru untuk tahun baru. Begitu juga dengan Si tukang Tulis...Kali ini Si Tukang Tulis akan berkongsi tentang BlogLarian di 100penulis. Sebelum ini sudah ada en3 tentang BlogLarian, tapi kali ini sebagai satu rujukan dengan apa yang ada dalam BlogLarian. BlogLarian telah diwujudkan pada asalnya untuk memudahkan Si Tukang Tulis berblogwalk. Kalau dulu, bila kita blogwalk mesti ada blog yang kita minat tapi kita terlupa nak simpan link. Kini, BlogLarian memastikan blog-blog yang mendaftar kekal di tempatnya dan lebih mudah untuk di terjah.


Thursday, December 30

Dua Kali Singgah di Melaka


Sepanjang bulan Disember 2010, dua kali aku datang melaka. Ohhhhh mungkin kawan-kawan editor dan pembaca akan senyum dan teruja. maklumlah sampai dua kali datang Melaka. Badaraya bersejarah tuuuuuuuuuu fuyoooooooo!

Malangnya, kedua-dua kali singgahanku ke negeri terpenuh dengan nilai sejarah ini kerana kerja. Kali pertama bawa peserta seminar yang kami anjurkan. Peserta antarabangsa. Awalnya ramai yang mendaftar dan teruja untuk ikut serta, namun kerana beberapa sebab seperti tiket kapal terbang telah ditempah lebih awal dan urusan lain yang tiba-tiba sahaja bertukar jadual, akhirnya hanya 3 peserta sahaja yang ikut iaitu pasangan dari Iran dan seorang peserta dari Bhutan.



Cinta Matang Remaja


Kenapa hero mesti dengan heroin?

Powered by BannerFans.com

Assalamualaikum.
Sepanjang cuti ni saya menghabiskan masa dengan menonton drama-drama korea. Agak banyaklah jugak drama yang sudah saya tonton. Antaranya IRIS, You're Beautiful, My Girlfriend is Gumiho, Playful Kiss, We Got Married (Reality Show) - Sweet Potato, Hero, A Love To Kill dan sekarang ni saya tengah menonton Shining Inherited, Secret Garden (OneTV) dan Mary Stayed Out All Night (KBS).


"To forgive the unforgivable"


I was thinking what should I write, should I write it in bahasa or in English, and now I guess you guys know it that I'm now writing this in English. I'm so sorry, really, I just sometimes have some kinda feelings that I need it to be expressed in different ways. 

I have two things that I always have in mind. Things that I will remember and keep it to my heart, so closely. I will not touch anything about 'couple'. You may relate this to your relationship, any kind of relationship that you have. I just feel like sharing, even though you guys might already know it. So chill, continue reading if you want, and stop if think you should. 

In any relationship, when we talk about 'love', there are two things you have to bear in mind that love is:

"semua dah couple.. aku??"






ok ini entri pertama aku di 100penulis ni... hehe... aku terharu sangat-sangat dapat join family ni.. hurmmm oklah first entry aku d 100penulis ni aku teringin  tulis pasal cinta-cinta remaja ni... hehe tu larrr tajuk entry macam ni.."semua dah couple..aku?".. mesti ada diantara korang yang pernah terfikir macam ni kan.. ataupun kawan-kawan korang macam tu... huhu   risau bila semua orang dah ada kekasih hati.. dia ja takda.. lepas tu mula la buat perkara-perkara desperate..

Sebuah Penantian Yang Tidak Pasti






Dah beberapa hari aku tak dengar berita dari kamu. Sihatkah kamu. Terjagakah dirimu? Makan minum kamu? Pakaian kamu?

Di mana kamu saat ini. Ada sesiapakah yang menolong kamu? Tolong call atau sms aku ok. AKu betul-betul berdoa yang kamu sentiasa sihat. Aku buntu sekarang. Aku tak tau nak mintak tolong siapa. Aku tak tahu nak buat apa.


Wednesday, December 29

jom godek - godek pasal P. Ramlee sikit [!]


Photobucket











1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah berpindah ke Kuala Lumpur dari Singapura, ruangan ‘race’ atau bangsa dibiarkan kosong.

2. Ketika kecil, selepas mengaji Quran, P. Ramlee akan berlakon di padang di hadapan kawan-kawannya dengan membawakan watak-watak wira seperti Hang Tuah, Robin hood, Zorro, Sea Hawk, Captain Blood dan Tarzan. 



xkn 2 jer nk taw kn, sooo tekan read more lar. :)





Lima kebaikan beli barangan terpakai


Sekarang ni dah banyak orang buat jualan barangan terpakai secara eksklusif. Kalau dulu kita cuma boleh dapatkan barang-barang second hand from bundle sahaja tapi sekarang online fashionistas such as Jezmine Blossom and Shea Rasol pun jual barang-barang second hand diorang. Siapa-siapa yang rajin online shopping mesti perasan yang makin lama makan banyak blogshops yang dibuat khas untuk jual barangan terpakai.

In my opinion, kemunculan blog-blog macam tu is a good thing sebab ada beberapa kebaikan membeli barang thrift/vintage/pre-loved/second hand. Ada banyak artikel pasal kelebihan membeli barangan terpakai contohnya dekat sini *click* dan sini *click*.

Sebenarnya ada banyak kebaikan beli barangan terpakai, contohnya:

1. Environment friendly. Kita recycle, reuse and reduce maka secara tak langsung, alam sekitar terpelihara.

2. Jimat duit. kebiasaannya barangan second hand ni murah compared to new stuff, melainkan kalau barangan terpakai tu limited edition. Kalau pandai cari, boleh jumpa baju bundle yang masih cantik dan elok untuk dipakai dengan harga semurah RM10 untuk 3 helai. ada juga tempat yang jual RM1 sehelai.



Cerpen: Destinasi Syuk

 
“Syuk, kau dah tanya tuan rumah belum? Macam mana bayaran rumah sewa kita next semester?”

Syukri kerut dahi. “Eh, maaflah, siapa ni ye? Aku dah terdelete nombor semua orang.”

Suara itu ketawa. “Ini Abang Long kau.”

Kemudian Syukri turut ketawa. Haikal kawannya itu dipanggil Abang Long kerana  dia mempunyai fizikal yang lebih matang dari pelajar Diploma in Civil Engineering UiTM Jengka. Haikal juga akan menyewa bersama Syukri nanti. 


Tuesday, December 28

PERASAN TAK...??




Hello readers........hai

perasan tak...??

perasan tentang apa...??

perkara-perkara yang kita dan orang-orang sekeliling lakukan...sengaja atau pun tanpa sengaja..

tak faham...?? takpe....teruskan bacaan anda....

PERSAN TAK ............


Sabarlah sikit...






"Bongoklah dia nie. Tak nampak ke ramai orang tunggu nie? Panggillah nama orang lain dulu", si suami mula naik angin.

"Ntah lah dorang nie. Abaikan je yang tak ada tue. Orang lain tunggu kat sini lama, dok sibuk panggil orang yang tak tunggu", tambah si isteri.

Dari aku sakit telinga, menambah dosa mendengar bicara mereka, aku terus bangun dari tempat duduk. Aku yang sakit perut sejak semalam (bendera jepunlah pulak), jadi sakit jiwa duduk di situ. 

Cerita nie masih panas. Baru saja berlaku tadi semasa menemani mak cik aku ke hospital pagi tadi untuk mendapatkan rawatan atuk aku yang tak sihat. 

Aku bukan apa. Yang mengomel-ngomel tue orang muda. Memang yang boleh tunggu lama. Kenapa dorang nak mengomel? Mungkin sebab mengantuk (bak kata si suami sambil menguap-nguap) atau dorang dah tunggu dari semalam. Logik ker? Agaknya lah kan. Nurse yang ada kat situ hanya menjalankan tugas. Lagipun, nama pesakit yang dia panggil tue warga emas. Umur 70++ tahun. Mungkin dia kurang dengar semasa namanya disebut. Sabarlah sikit. Bukan korang jer yang sakit.

What's funny on Facebook.


Okay dah perah otak dan mood aku baru rosak so, idea nak mengarut pun dah lari. So, kali ni aku letak some fun stuffs untuk korang check out. And boleh la kalau nak try bila dah bosan sangat sambil ber-facebook tu!

1. The real Facebook


SIRI CERITA PENDEK: Bengang

Nota: Sebenarnya cerpen ini adalah usaha aku untuk disiarkan dalam antologi Orang Macam Kita namun tiada rezeki. Tak apalah. Aku sengaja siarkan cerpen ini kembali selepas ia sudah disiarkan di SINI sebagai pembuka entri sulungku di 100penulis. Harap ada yang sudi membacanya. Terima kasih. 


Aku sendiri tidak tahu macam mana aku boleh bersetuju dengan cadangan engkau untuk pindah masuk dan tinggal serumah dengan aku. Kau dan aku sedang duduk semeja, menjamah makan malam di tengah-tengah restoran mamak di bucu jalan, apabila perbualan yang dari tadi berkisar tentang hal kerja tiba-tiba membelok drastik membicarakan tentang masa depan hubungan kita bersama. Tiba-tiba sahaja kaubilang mahu tinggal serumah, lebih banyak masa bersama untuk lebih merapat katamu.

Monday, December 27

Khairul Fahmi yakin tiada masalah laser di Gelora Bung Karno

(ni cerita bohong, jangan baca)


Khairul Fahmi Che Mat (lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan) adalah kiper Malaysia saat ini bermain untuk Kelantan FA di Malaysia Super League dan pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia. Beliau ketika ditanya menyatakan keyakinannya untuk menghadapi Skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno.


Selain itu, mengenai hal laser juga tidak menjadi masalah. Kata-katanya membuatkan wartawan berasa ingin tahu bagaimana datangnya keyakinan yang begitu tinggi pada Kiper Malaysia ini. Persediaan kali ini katanya tidak terlalu teruk memandangkan Skuad bolasepak negara telah berjaya mendapatkan 3 gol di tempat sendiri.


Sempat juga Khairul Fahmi memecahkan rahsia sebenar keberaniannya untuk lantang menyatakan keyakinan sedemikian rupa.

; kacang lupakan kulit



Assalamualaikum readers yang dihormati.

di sebuah kampung, tinggal seorang mak cik tua (Mak cik Yah) yang mempunyai dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. ketiga-tiga anak sudah bekeluarga. Mak cik Yah ni mengidap penyakit nyanyuk. 
Tapi, kesian, sebab selalu kena marah dengan anak-anak beliau.

Kalau balik ke rumah anak pertama, kena marah sebab Mak cik Yah kencing di atas katil. Lupa nak pakai pampers. Lepas tu, dihantar balik ke rumah anak bongsu. Kat rumah anak bongsu ni, selalu bertikam lidah antara dua beranak ni. bising riuh satu kampung. Kesian.


Dewasa Secara Holistik

Menyelongkar semula entri-entri lama di blog saya, saya melihat bagaimana kehidupan itu berubah dan menulis tentangnya memang sesuatu yang memuaskan. Otak kita, seperti yang kita ketahui, mampu menyimpan berbilion data tetapi menjadi masalah untuk mengingatnya semula.

Lalu menulis blog sering diumpamakan sebagai menulis diari. Ia menyimpan memori dan menyimpan pemikiran yang kita pernah ada suatu ketika dulu. Bukanlah penulisan blog yang ingin saya isukan di sini tetapi bagaimana kita semakin mendewasa dan harus atau saya patut katakan "mesti" belajar menjadi dewasa dalam erti kata sebenar.


Malaysia Terkam Indonesia Di Bukit Jalil


Salam...

TAHNIAH!!!

Kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah memenangi perlawanan akhir pertama menentang Indonesia dengan jaringan...

3-0

Bekalan yang agak selesa untuk dibawa ke Indonesia 29 Disember ini...
Semoga kejuaraan untuk edisi kali ini akan menjadi milik negara kita...

Kita Bercakap Tapi Tidak Pernah Mendengar


Semua orang petah bercakap, sesuka hati tanpa mengambil kira pandangan orang lain, tanpa ambil peduli hati dan perasaan orang lain. Tapi tahukah anda, tahukah kita, bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik, yang memahami kehendak dan keperluan orang lain. Tanya diri anda, "Adakah aku seorang pendengar yang baik?" Fikir dahulu sebelum menjurus kepada sebarang jawapan. Renung kembali kepada segala tingkah laku anda sebelum ini. Adakah pernah kita melakukan perkara yang sepatutnya ketika berkomunikasi? Kerna pasti, komunikasi mempunyai dua saluran. Satu saluran untuk bercakap dan satu lagi adalah untuk mendengar. Ada tikanya kedua-dua saluran ini tidak digunapakai dengan efektif, sudah pasti komunikasi itu tidak akan berkesan.

Tuhan jadikan kita dengan satu mulut, vokal suara dengan dua telinga, saluran terima semestinya dengan pelbagai makna. Dalam hal ini, pasti ramai yang sudah berjaya mentafsir ciptaan yang sangat berguna ini. Dalam kehidupan manusia. Apa-apapun ia membawa erti bahawa kita perlu banyakkan mendengar daripada bercakap. Tapi konsep mendengar di sini bukan hanya dengan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ianya lebih ke arah memahami erti dan mesej yang hendak disampaikan. Termasuklah raut wajah dan body language yang membawa seribu makna.


Satu Impian Lebih Baik Dari seribu Mimpi


Assalammualaikum & hai...

nak sharing2 ngan semua....harap suka la yer...dapat ni dari FB tapi rasanya artikel ni dari web iluvislam.com

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, 
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, 

Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat. 
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu ‘ 
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA 
di atas kegagalan anda semalam 
binalah bangunan hidupmu buat hari esok 
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan 
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, 
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi 
membenam lembah-lembah air mata kehampaan. 
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. 
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. 
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan, 
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan. (penulis) 
Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
( Al-Mu’minun :1-3 ) 


Friday, December 24

memilih jalan di persimpangan




Uzair merenung ke langit jauh , dari tingkat paling atas bangunan rumah flat beliau kelihatan tahi bintang melintas dengn laju . Uzair meneguk nescafe o didalam cawan dari tangan kanannya , mengelamun meneropong hidup silamnya . Tangan kirinya perlahan menekan butang next supaya telefon bimbitnya memainkan lagu seterusnya .


Apa Lu Olls Buat Bila Chegu Tak Masuk Kelas?



gif animation creator


Assalamualaikum. Salam seluruh Malaysia, Salam 1Malaysia, Salam seluruh kaum, Salam sejahtera and Salam SeratusPenulis, to all editors and readers of this belog.

Ok, enough with politicians-style mukadimah. Lets get straight to the point. Gua yakin semua orang pernah mengalami situasi dimana chegu yang patut masuk mengajar tak masuk kelas mungkin atas beberapa sebab;

-Chegu cuti bersalin.
-Chegu lambat masuk.
-Chegu sesat.
-Chegu lupa timetable.
-Chegu memang malas nak masuk kelas.

So apa korang buat bila chegu tak ada dalam kelas?


Cinta Sejati Itu Bukan Pada Manusia


Kata-kata seorang sahabat baik saya pada petang tadi membuat saya alpa, "Kebanyakan orang sering salah faham tentang kalimah "cinta sejati"...."

Sebenarnya perkataan itu tidak layak ditujukan kepada manusia. Tahu tak, cinta sejati, kasih dan sayang itu adalah perkara yang berbeza?

Rahsia di Sebalik Kejayaan seorang Insan

Assalamualaikum...

Kepada semua rakan blogger, semoga hari ini lebih baik dari semalam. Kali ni pun belum ada idea nak buat entri ilmiah. Banyak kerja lain yang perlu dilakukan. Masa tengah cari fail dalam komputer, tetiba jumpa folder lama yang dibuat untuk kursus kemahiran berfikir masa undergrad dulu. Masa tu kami (fareed, Padel dan Jari) kene buat tajuk sub-concious mind ataupun minda separa sedar.


Kudaku Di Luar


Bak kata pepatah, cegah sebelum parah. Jadi, sebagai langkah pencegahan, aku nak meminta maaf, susun sepuluh jari terlebih dahulu sebelum mata dan telinga pembaca 100Penulis diserang oleh unsur-unsur 18SX dalam visual dan lirik video dibawah ini. Kepada pembaca yang tak suka atau sensitif dengan video dan lawak sebegini, tolong hiraukan entri kali ini.





Thursday, December 23

Sharing is caring - Petua mengatasi bibir kering

Powered by BannerFans.com

Assalamualaikum.
Terasa macam lama dah tak menulis blog walaupun sebenarnya sekurang-kurangnya sehari ada satu entry. Ini entry kedua dari saya. Masih mencari apa yang sesuai untuk ditulis. Hari ini saya nak berkongsi satu petua dengan kawan-kawan.


Ini Ada 2 Cerita : Kisah Si Gay Mencari Teman dan UG yang Tidak Bertamadun


Ini cerita pertama. Kisah Si Gay Mencari Teman

Mari kita tinjau gambar yang dikirim oleh roomate ni. Ntah la apa motifnya..

 ~I'm gay, I'm ok!~

Kalau ikut persepsi gila saya, mungkin dia mencari Azwan Ismail. So, ada siapa2 yang nak berkenalan? Boleh tinggal jejak di ruangan komen. Terima kasih.

***********************************************************************************
Ini cerita kedua. Kisah UG yang Tidak Bertamadun!

Harap maklum, UG ialah singkatan kepada Ulat Gonggok...


Ragam Tahun Baru



Assalamualaikum!

Salam 100 Penulis buat para editors dan pembaca setia sekalian! Apa khabar orang-orang kampung? Semua sihat? Sejak 2-3 hari ni cuaca cerah di Mesir walaupun suhunya masih sejuk (sekarang kan musim sejuk) seperti sedia kala. Err, ada orang Terengganu tak kat sini? Banjir teruk tak?

Wahaa~ Lagi dua minggu masuklah kita ke tahun baru 2011. Masa berlalu dengan pantas dan umur kita juga makin bertambah bukannya berkurang.

Bersempena musim tahun baru ni, segala macam fenomena lah yang akan biasanya berlaku di negara kita Malaysia. Jeng jeng jeng…

Sebuah Penantian [Part 3]






Sila Klik

Part 1
Part 2

sebelum membaca sambungan ini (^_^)v





Bila jumpa kamu malam tu, kamu nampak kurus sangat. Eh? Naper ek? Kamu nampak macam tak sihat tapi kamu tetap senyum bila nampak aku dari jauh. Kamu pun dah tak kisah sangat dah kalau aku bawa cousin aku jumpa kamu kan. Bukannya kamu tak kenal. Malah dah terlebih kenal, dah pernah tidur sebantal, makan sepinggan, susah senang bersama korang ni. Makin hampir kami, makin lebar senyuman dia. Kemudian, dia minta temankan dia pergi rumah kakak dia dulu, kakak jemput dinner kat rumah. Aku oke jer. Cousin aku si Erawan pun ok. Erawan cakap, "rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Makanan jangan di sepak, mari perut mari~ "



Kamu: Kalau boleh abang nak sangat peluk peluk sayang ni. RIndu sangat.



Aku: Kalau nak kena


"Kerana senyum itu kan sedekah"


“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” 
(Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dulu selalu sangat dengar, kata Ma "kita jangan kedekut dengan orang, sebab nanti Allah bagi lebih lagi untuk kita". Kecik kecik dulu selalu sangat tengok orang datang ketuk pintu rumah, dengan bawa surat apa entah minta derma, katanya untuk derma buat Masjid baru. Ma hulurkan duit, walau tak banyak yang penting ikhlas, niatkan kerana Allah. Mana la kita tahu kan derma dan sedekah itu apa ketika masih hingusan. Dapat gula-gula pun sayang nak kongsi walaupun dengan adik sendiri. Gila kedekut. Bukan kedekut cuma sayang, tak mahu habis, katanya mahu simpan. 

Wednesday, December 22

Kalau Sudah Jodoh

.
Ini kisah Asada yang hensem. kisah cintanya kepada seorang gadis. kisah dua hati yang telah lama terpisah tanpa khabar berita tetapi akhirnya bersama jugak. yezza.. kalau sudah jodoh..

KLIA malam tu seperti biasa. ramai orang lalu lalang. lenguh menyandar 10 jam di dalam flight. tapi excited menenggelamkan semua itu. empat tahun tidak kembali ke tanah air. tidak sabar mahu berjumpa orang tersayang.

Facebook: Dua sebab tak boleh mengamok kalau orang tak approve.


zaman sekarang almost everyone ada Facebook (FB). budak-budak pun ada account masing-masing. bila dah ramai yang guna, ramai jugalah yang complain pasal golongan-golongan tertentu yang ada dekat Facebook contohnya, orang-orang yang suka nak add siapa-siapa saja yang dia nak even though they’re not connected in any way.


ada juga orang-orang yang suka mengamok pasal ada orang tak confirm dia as a friend. mulalah cakap orang yang ignore request tu sombong, perasan cantik, gedik, etc. kelakar.

in my opinion, based on apa yang terpampang dekat FB tu sendiri, they are acting irrationally. ada dua benda yang aku nak highlight kat sini to justify the act of people who ignores friend requests.



Tuesday, December 21

Kawan kita, kawan partner kita. Kawan partner kita, kawan kita...so...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Minggu lepas chenta tak mengeluarkan entry sebab terlalu sibuk sehingga termissed masa post. Nasib baik minggu ni tiada masa post. So sempat la nak buat entry malam-malam ni. Ini pun takde la ada masa sangat. Jadinya, entry ini adalah copy paste dari blog saya juga.

So topik chenta hari ni ialah mengenai kawan kita, jadi kawan kepada partner kita. Kawan partner kita, jadi kawan kita...

Sambung lagi....


A LETTER FROM MOM & DAD



Hello readers.....hai

ok la...pada malam ini I nak ajak you all hayati video yang dipaparkan di dalam entry ini...

kalau view dalam keadaan sunyi pun bagus juga...pasti air mata you all akan merembes keluar...

Video ini mengisahkan tentang coretan ikhlas dari si ibu dan bapa buat anaknya...

jom kita view sama-sama..

selamat menonton...pang



Kalau semua masalah boleh settle lepas bunuh diri,siapa nak hidup?


Lately,banyak betul masalah yang menghantui hidup ini(eceh). Cgpa pun cukup makan, masalah kewangan lah, masalah kerja sana sini tak siap.Memang tekanan lah!Muka aku ni,kalau tak berkerut sehari memang tak sah. Tengah aku sedap fikir nak buat status menyayat hati apa kat facebook, aku ternampak gambar seorang lelaki yang boleh tahan ahem ahem! Oh yes,pantang nampak lelaki hot ai terus kelik,nyahhh~


"Cute la siuttt...macam artis korea pun ada!"

benda first keluar dalam otak miang aku,tapi semakin banyak aku baca, rasa macam nak menangis pun ada...kenapa? adakah sebab lelaki misteri ini terlalu cute sampai aku terharu? atau ada kisah lain yang obviously berkaitan dengan tajuk entri ni???kalau lemah semangat,tak payah baca,okey. :)

jeng jeng jeng~

Senggal



setelah bercuti agak lama (lama sanggat la konon) hehe
jadik idea pun makin 0 so nak sharing apa yg ada la..silakan..
maaf yer artikel repost yg dah tau tu baca lagi la lalala~

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS :Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami. (Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi) Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

HAHAHAHA!!!!!!

p/s : idea xada ni help help

Jangan kecewa duhai hati







"Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."

"Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali dalam dirimu juga."

"Kebahagiaan akan berputar ke arahmu, kerana dunia ini berputar bagai roda."

"Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah dan cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar, maka anda akan beroleh keputusan yang terpuji."

"Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah, sedangkan hari ini adalah realiti."

Islam Itu Agama Revolusi


Salam Perjuangan buat semua rakan-rakan,

Sampai bertemu lagi di kali ini untuk terus saya membicarakan satu lagi topik yang cukup menarik untuk dikupas bersama.Sebuah topik yang berkait lansung dengan cara hidup kita di dunia ini iaitu ad-Deen yang serba sempurna ini.

Langkauan penulisan ini adalah hasil kekaguman saya terhadap sebuah nukilan kata-kata As-Syahid Syed Qutb dalam kitabnya "Beberapa pelajaran Tentang Islam" yang berbunyi,

Monday, December 20

; alkisah filem yang diadaptasi


Assalamualaikum readers sekalin.
alhamdulillah, kita bertemu kembali pada minggu ini dalam rancangan ketuk-ketuk ketampi. ahah! lawak ke? x de maknanya.

okeyy, hari ini nak bercakap pasal satu topik yang sudah diketahui umum iaitu drama TV atau filem yang diadaptasi dari novel.
Kau Laksana Bulan?
Air Mata Arissa?
Lagenda Budak Setan?
Laskar Pelangi?
Confessions of a shopaholic?
Angels & Demons?
A walk To remember?
Ayat ayat Cinta?
Ketika Cinta Bertasbih?
(sekadar menyebut beberapa nama)

Ada Apa Dengan Internet

(klik banner untuk visit kusut-blogs)

kita selalu sangat2 lah dengar cerita pasal bahaya kat internet ni. stalker la, porno la, hacker la, virus la, porno la. pening kepala. tapi banyak2 benda kat internet ni kan.. banyak sebenarnye knowledge dan jugak ilmu2 yg berguna yg boleh kita dapat.
jadik..

ada apa dengan internet?
ada banyak tutorial!!!


The Legend of Abraham

Ini cerita lama.

Petang itu, golongan bangsawan tanah gersang itu masing-masing berarak ke rumah berhala. Memang selalunya demikian. Mereka akan pergi ke sana untuk meminta ampun, berdoa dan sebagainya.

Suasana agak sunyi, ritualnya memang demikian.


Sesampainya di rumah berhala, masing-masing terlopong. Ada yang jatuh pengsan. Ada juga yang berbuih mulut.

"Celaka!!!", jerit salah seorang lelaki daripada mereka. Tampak lebih berkuasa berbanding yang lain. Dengan berbaju tenunan sutera mahal serta lilitan bulu rakun pada lehernya, memang nyata beliau orang yang lebih kaya dari bangsawan lain.


Lawak: Kerana Pisau Lipat

Salam...

Selamat pagi pengunjung-pengunjung 100penulis...
Semoga anda semua ceria hari ini k...
Kepada yg sedang berduka, bacalah entri ini agar hilang sedikit hiba...
Hehe...

Lawak: Pisau Lipat

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam hutan akan dihukum.


First Impression

sangat2 penting. sebab dari situ, orang akan menilai diri kita. jangan anggap remeh dengan first impression ni. jangan fikir "ala..orang tak kenal lagi aku camne.." sebab sesetengah orang akan menilai melalui pandangan pertama mereka.

Saturday, December 18

50 Bloggers Diperlukan! II

Ingat lagi dengan entri 50 Bloggers Diperlukan? Sekarang saya, admin 100penulis.com akan membuka senarai baru dan sekali lagi, 50 orang bloggers diperlukan untuk menyertai blogroll 100penulis.

Kenapa Blogroll?
Pasti anda sendiri tahu tentang keistimewaan blogroll. Blog anda sendiri tentu ada blogroll. Ini kerana blogroll ada fungsi untuk memaparkan entri terkini anda. Ia juga akan menunjukkan anda sedang online dan bersedia menerima kunjungan dan komen-komen terbaru di blog anda.

Friday, December 17

The Awesomeness of Jumaatday

gif animation creator


الجمعة. Friday. Jumaat.

Why Jumaatday is so awesome?

Semasa gua sekolah, gua paling suka Jumaatday. Kalau sekolah pagi, boleh balik awal, as early as 12.00PM. Kalau petang boleh masuk lambat, as late as 2.00PM. Hari biasa gua balik naik bas awam, sekali naik 50sen. Ada rezeki dapat tempat duduk sebelah awek. Takde rezeki kadang-kadang berdiri kat tangga bas sambil kepala terjulur keluar juga gua relakan. Dah macam konduktor bas pon ada gua rasa. Tapi Jumaatday memang wicked. Abah gua tak larat dengar alasan gua penat berdiri dalam bas semata-mata untuk ponteng solat Jumaat. So abah ambik inisiatif ambik gua selepas sekolah setiap Jumaatday.

Jumaatday waktu persekolahannya singkat dan pendek. Bila waktu persekolahan pendek, secara matematiknya waktu belajar kurang. Bila waktu belajar kurang, mata pelajaran untuk hari tu juga kurang. Bila mata pelajaran kurang, buku yang perlu di bawa juga kurang. Bila buku kurang maka ringan lah beg gua pada hari tu.

Bila Jumaatday menjelma, menu kantin sekolah tak macam biasa. Nasi ayam FTW. Masa sekolah rendah gua dapat RMT, so setiap Jumaatday mesti dapat air susu kotak perasa cekelat. Berbeza sekali dengan menu tipikal nasi lemak, nasi goreng dan air sirap.


Manisnye Racun ni

Assalamualaikum

Hari yang tenang dan mendung. Alhamdulillah semalam hujan turun di Bangi. Sebagai hamba-Nye kita patut bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kerana negara kita jarang mengalami krisis air sebagaimana beberapa negara lain di dunia. Tetapi, adakah kita bersyukur?

Kali ini Si Tukang Tulis ingin berkongsi satu lagi topik bersama sahabat semua. Seperti yang diketahui ramai, kita rakyat Malaysia sangat sinonim dengan gula. Kehidupan seharian kita berkisarkan tentang gula. Dari teh tarik hingga ke gulai kuih-muih. Macam-macam air berkabonat menjadi pilihan, Coca-cola, pepsi dan sebagainya. Kesannya, ramai yang menghidap kencing manis (diebetes melitus type 2) dan ada juga yang hilang nikmat kaki kerananya...semoga dijauhkan. Untuk menjauhinya, kita masih berat untuk melupakan gula maka kita bertukar kepada artificial sweetener atau gula tiruan.