Monday, November 1

Zikir Plus Dikir : Akibat Hilang Pertimbangan

Entri basi ini dikitar semula dari blog @hatitupai pada 29/08/2010

Agak terlambat untuk diulas perihal video satu geng student perempuan berzikir remix dikir yang banyak tersebar dalam facebook dan blog-blog hiburan. Tapi tergerak juga hati ni nak diskas ngan hangpa jugak. Boleh?

1) Kita marah sebab depa yang terlibat semua bertudung
Automatik depa dikecam sebagai penambah rosak pada imej gadis/powmpwan bertudung keseluruhannya yang dah semakin rosak

2) Kita marah lihatkan air muka salah sorang depa tu yang pura² nak muntah dengar kawannya mula berzikir.
Kalau pada mata aku la, si muka pelik tu taklah sampai nak gelikan zikir tapi pura² menyampah dengar suara kawan je. Contohnya:
A: Maklumlah, aku ni hensem, kacak pula.
B: Wekk.. Nak terkeluaq isi perut dengan statement tu.. haha


3) Ibu bapa depa disalahkan
Nak kata pesalah² ni kanak² lagi, mungkin pada perangainya ya, tapi takkan mentaliti pun sampai nak diheret makbapak, kononnya tak cukup diajar (atau bahasa mudahnya: kojaqq).. Setengah manusia ni ada yang dah diberikan yang terbaik oleh parents, tapi akibat salah pergaulan dan hilang pertimbangan, jadi la macam² kes seangkatan dengan kes zikir+dikir ni.

TAPI KAN, KAT MANA PULAK PERTIMBANGAN KITA BILA :
1) Kita mencarut maki hamun. Taip nak terajang. Taip nak bunuh. Taip kata depa tu tak patut hidup.
Wahai sahabat, kita tak dak hak untuk letak apa-apa hukuman hanya kerana hati kita panas dan bengkak dengan kemarahan.

2) Kita doakan semoga Tuhan mampuskan saja perempuan² tuh.
Sekali lagi konsep doa disalahguna untuk memohon keburukan untuk orang lain. Sepatutnya kita mintak yang positif, mintak pesalah² segera sedar dan bertaubat, mintak agar tiada lagi yang mengulangi kejadian ni. Tapi yang banyak diluahkan adalah sebaliknya.

3) Kita bantu pula menyebarkan kesalahan itu.
Lantas mengajak lebih ramai lagi menjadi di kalangan yang bersubahat melihat kejadian dosa tu depan mata. Contohnya sebaran video sorang lelaki mempertikaikan Nabi junjungan kita dan surah Al-Fatihah. Senang saja dishare untuk dihayati kawan² lain. Bukankah itu yang dimahukan oleh pihak2 berkepentingan menyebarkan fitnah terhadap agama Islam? Depa tak perlu susah payah lagi. Suntik saja dengan kemarahan, maka ramai yang akan berkongsi kemarahan itu dengan orang lain tanpa sedar sedang menyebarkan mesej dalam video tu.

4) Dan kesemua di atas kita buat dengan bebas beralasankan 'mempertahankan agama', 'sharing is caring' kunun. Muncul ramai pengkomen yang tiba² berasa alim dan sayang agama. Sekiranya komen depa ni dipertikai sikit, bertambah panas hati dan dikata pulak orang yg pertikai sebagai pembela pesalah² seperti kes video zikir+dikir ni.

Maaf, apa sebenarnya TINDAKAN KITA?
Share, share, publish, tag di facebook, blog, youtube, printscreen bukak hatepage dan sebagainya. Malang sekali tapak² web yang kita gunakan bukanlah tapak web kepunyaan Islam. Tapi kepunyaan pihak² yang amat suka mesej kepincangan umat Islam disebarkan.

Kita ada ke bawak video tu ke balai polis? Bawak ke jabatan agama? Hanya segelintir saja yang ambil tindakan. Majoritinya hanya tahu view video, kritik, lepas geram, marah, share, tag, dan lepas tu go on like nothing happened. Kita pasti ke kita tak bersubahat?

JADI HANYA SHARING DAN COMMENTING VIDEO YANG MEMESONG BEGITU KITA KATAKAN SEBAGAI REAKSI MEMPERTAHANKAN AGAMA TERCINTA? SEBAGAI TINDAKAN 'MENYEDARKAN ORANG LAIN'?

Sedarlah wahai kawan² ku sekalian. Jangan dalam sibuk mengherdik keterlanjuran orang lain sampai hangpa sendiri hilang pertimbangan.

Dan jangan lupa pesan dengan kawan² lain yang tak berkesempatan baca penulisan aku ni: JANGAN LAGI MEMBANTU SEBARKAN KEBURUKAN.

http://tupaikaran.blogspot.com/2010/08/zikir-plus-dikir-akibat-hilang.html

15 comments:

ztie said...

oh. pasal video ni.. dah tengok aritu. no komen... makin banyak org berkata2 makin tambah dosa :)

kusut said...

heh kalau tengok org buat salah ramai je yg kutuk. salah paham konsep 'menegur' dgn 'mengutuk' kot

nur.sa said...

tak pernah tengok dan tahu pun pasal video ni. takde kawan yg share atau sy tak sedar..?erm..

betul atau salah sesuatu tu, kdg2 mata kita ni pun salah menafsir..

wallahuwa'lam.

Q said...

mendoakan mereka sedar sudah memadai

r.k said...

selalunya benda salah dan kelihatan kecik macamni , ghua tak share . komen pun tidak . :)

selamat kembali tupai !!

Fina Sophie said...

stuju kata r.k. me dun give a damn on those kind of thing too. tgok tu mybe tp left mcm tu je. tak kesan apa2 pun. kan dah ramai tukang tegur prihatin. eh tegur kerrrr kutuk... XD

Tupai Karan said...

@ztie:
aah sama je naik video ngan komen.. dua2 bikin tambah dosa

Tupai Karan said...

@kusut:
rasa terpanggil kot nak 'menegur' tp terbawak dengan emosi marah, keluaq segala sumpah seranah. tegur tu hih

Tupai Karan said...

@nur.sa:
xyah tengok la, buat sakit ati ja.. sebab tu sy pun xshare video tu..takut kang terikut2 'tegur'

Tupai Karan said...

@q:
tapi ramai salah faham konsep doa :(

Tupai Karan said...

@r.k:
elok tu.. kalu dikomen nanti makin seronok la si pengupload video sbb dapat sambutan.xpatut kan

eh dah kembali lama dah ;)

Tupai Karan said...

@fina:
betul tu..silap2 kalau kita masuk campur komen, dengan kita sekali kena 'tegur'..hehe

anyss said...

Salam,
Saya pun ada buat entri pasal ni...tapi tak ada caci maki.

Apa hak kita untuk hukum orang. Allah lagi tahu apa yang terbaik.

-----> ni bukan nak promot entri, sila korek sendiri kat blog saya kalau nak baca ;)

anyss said...

Salam,
Saya pun ada buat entri pasal ni...tapi tak ada caci maki.

Apa hak kita untuk hukum orang. Allah lagi tahu apa yang terbaik.

-----> ni bukan nak promot entri, sila korek sendiri kat blog saya kalau nak baca ;)

Pert Doherty said...

Gua bab-bab macam ni ada sikit la amik pusing, tapi gua takde sampai nak maki budak2 tu.. gua cuma terlintas dlm hati,"kenapa diorg wat cmtu?"..

dan akhir skali gua doa supaya mereka sedar, yang mereka buat itu tak betol dari pandangan umum...
dan doa agar mereka tak ulangi..

Antara sahabat, sijil dan senapang Thompson