Tuesday, November 30

Zikir Kalam Teragung





Kala sejuk menggigit tulang,
Kala gigil menguasai tubuh,
Kala hitam selubung alam,
Kala sunyi peneman,
Kala purnama punca penerang.


Hitam yang mendatang,
Terbakar dek kerna patah kata,
Biar jadi abu selama,
Jangan dikenang, Jangan diulang,
Kelak binasa, merana, berdosa,
Punah segala yang lama telah terbina.


Teman hilang,
Bukan ke mana,
Ada, cuma kini bukan lagi sesiapa,
Kerna satu khilaf tak semena.


Difikir buat akal berpusing,
Diingat buat jiwa ditikam,
Dirindu hati jadi tak keruan,
Biarkan ia jadi sejarah hitam,
Tak mungkin nak dikenang,
Tapi jua jadi pengajaran.


Lidah yang tajam dari mata pedang,
Lukanya tak sembuh sampai jasad ke kuburan,
Darah air mata yang mengalir dari hati,
Sakit, ngilu, pedih,
Tiada ubat mampu merawat.


Alunan gemersik ayat suci,
Zikir kalam teragung,
Kurniaan Ilahi Yang Kekal Abadi,
Menyejuk hati sedingin salji,
Biar jadi peneman malam hening,
Biar kau tiada lagi kini di sisi.



Nota kaki: Aku hilang seorang yang selama ini ku jaga dengan sepenuh hati. Bukan apa, cuma satu katanya yang buat aku cukup rasa terhina. Sungguh tak disangka, kata-kata itu keluar dari mulutnya. Biar aku hilang dia selamanya, jangan aku hilang maruah yang lama ku jaga. Buat semua yang punya teman, buatlah silap sebanyak mana sekalipun. Hanya satu yang perlu dijaga, "kata-kata". Aku manusia tak sempurna, punya khilaf di mana-mana.




Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah FOR BKT 8789.

6 comments:

Fynn said...

Mungkin hilang satu,
yang hitam itu,
Siapa tahu,
Si putih menunggu :)

Cupcakes untuk 2017

izfanora said...

amin.. moga2..

Fina Sophie said...

patah tumbuh hilang berganti, mengertilah sayang.. :P

humbleyat said...

hmm..buang yg keruh ambil yang jernih..

sedangkan lidah lagi tergigit..erk..silap masik tone la plak..

tak pe, menjaga maruah itu adalah yg penting bg setiap wanita walaupun keputusan itu pahit untuk diteima;)

banyak juga mesej yg tersirat kat atas ni yerk..

izfanora said...

@fina sophie: harapnya yang mengganti tak menyakiti..

izfanora said...

@humbleyat: cuba utk buang yang keruh..

semoga maruah terjaga.. kita tak dapat puaskan hati semua..

semoga mesej sampai dan memberi manfaat..