Thursday, November 25

"you going to kill kill?"


Kalau di Malaysia, bila kita laksanakan ibadah korban dengan menyembelih lembu atau kambing, pasti akan ada lubang yang digali supaya darah mudah diuruskan, tapi di sini dengan kata lain sembelih atas jalan sampai satu jalan banjir berdarah. Kalau di Malaysia aku hanya duduk di tepi tengok orang yang lebih tua sembelih, kali ni siap tawar "siapa lagi nak belajar?", tapi sungguh mahu nak berani tak khatam hukum tak jumpa urat halqum kang tak boleh makan tak sah ibadah pulak.

Kalau kita biasa bawa lembu naik lori, kali ni kita gembala sekawan unta jauh berkilometer ke tempat sembelih, bayangkan sedang bawa kereta tiba-tiba sekawan unta melintas, coolest thing ever. Sebelum ibadah dimulakan, maka datanglah budak-budak arab, teruja mungkin kerana jarang nampak lembu dan unta, mula bertanya pada kami yang duduk di tepi, "you going to kill kill?". Dah tak sabar mungkin.

Kawan juga bertanya, kalau nak sembelih unta, nak sembelih macam mana? tengkuk dia panjang?
aku tak nak bagi jawapan lagi, apa kata korang cari dalam video ni nak sembelih unta di bahagian mana. Sila.



dah jumpa?

Mengenai Penulis Entri Ini :
Koshary juga penulis untuk blog Livingkoshary. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Koshary. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Monolog Jasad: Aku pejuang kebebasan.

12 comments:

Chip said...

Cool. Potong kat pangkal bawah leher dia, ek? Aku ingatkan potong kat atas sikit. Takpe, nanti kalau aku terserempak dengan unta kat Dublin nie, taulah aku nak sembelih dia...ahaks!

Anyway, dalam vid tu dekat 5:00 to couscous ke? Sedap pulak nampaknya. Bole rekemen resipi?

koshary said...

@chip
mula mula ingat dulu potong dekat bawah kepala siap.:D
haha, bagus bagus, bila terjumpa unta tengah jalan dublin tu ko roger ak terus lah!

at 5.00 tu bukan bukan, itu rupa beras filipina yang ada dekat sini dibuat nasi minyak, couscous pun aku tak pernah makan lagi, teringin jugak! :D

hentakbelipat said...

setail gila ada pngalaman macam ini..aku dlu lepas sembelih ayam je

Fina Sophie said...

nice! ;)

kecik2 dulu wktu ayah nak smbelih ayam jadi tukang kejar ayam je... hehehe..

Mummy Nana said...

Pergh... cool giller nie... mesti rasa bangga kan pernah sembelih unta.... kagum...kagum....good experience.... Alhamdulillah

r.k said...

pergh ! unta tu ... nak jugak merasa sembelih unta .. ceh , kambing pun ghua tak pernah sembelih lagi .

keh keh ...

Miss Kira said...
This comment has been removed by the author.
Miss Kira said...

errr..scary.. x leh tgk smpai abeh..
huhuhuhu

Latest entry: 26/11

anyss said...

Salam,
waaaaa mahal tu pengalaman, bukan semua orang pernah sembelih unta. nengok unta pun kat zoo je hu huhu


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

nur.sa said...

sebab pompuan, pengalaman yg saya ada cuma sekadar tolong pegangkan ayam waktu ayah nak semelih ayam tu.

raya baru ni, ada tengok orang sembelih lembu korban. bila nampak darah memancut cepat2 saya tunduk, takut pitam darah banyak gila. huhu.

unta? haha. belum berkesempatan.

dya adriza said...

dalam bab menyembelih, memang takde pengalaman.. tapi, bila tengok video ni, boleh dpt pengetahuan. kiranya, kalau saya tolong sembelih, boleh kata dpt pengalaman dari video la kan :P ehehehe..

Latest entry : Kebahagiaan Itu Membahagiakan..

Kimmy Ai said...

kimmy masa awal2 sampai sini pun tertanya2 jugak kat bahagian mana nak sembelih unta. tapi bila dah tengok sendiri baru tau. hehe.. ;)