Friday, November 5

What's Your Verdict?

Wah...minggu lepas terlepas..sigh.. Apa-apa pon, takde pusing sana sini, kita terus ke topik yang ingin aku utarakan pada kali ini di 100penulis. Bismillah~

Memang terus ke point, sebab aku musykil amat. Kalau budak-budak bawah umur, naik motor takde lesen dengan cukai jalan takde, helmet tak pakai, lampu rosak, langgar kereta yang sedang buat U-turn sebab ingat kereta tu nak jalan terus tapi rupa-rupanya buat U-turn. Memang salah kereta tu sebab menghalang laluan (menurut polis) tapi budak-budak tu tetap boleh saman dan dapat duit insurans dari pemilik kereta tu, macam tu eh??
Kiranya, lepas ni, mak bapak boleh biar anak-anak bawah umur naik motor takde lampu, takde lesen, takde road tax, tak pakai helmet, pergi merendak atas jalan, langgar kereta orang yang kononnya menghalang laluan sampai cedera, lepas tu mintak duit saman. Banyak duit dapat camtu. Ke guane?

Orang baiki kereta menunda kereta yang rosak bumper belakang dan kemek sikit.

Tiada sesiapa pon mahu terlibat dalam kemalangan dan mengakibatkan kecederaan, lebih-lebih lagi kalau dah selalu mengamalkan pemanduan yang berhemah dan tak membahayakan orang lain. Yang sungguh kesalnya apabila orang lain tak ikut sama untuk memastikan jalan raya kita ini tempat selamat. 

Road safety is not a play-play thing, no? 

=P

12 comments:

Fina Sophie said...

nsb baik dkt sbh tak ramai penunggang motor. kurang mslh dr segi tu XD

yes don't play2 okey.. :P

ztie said...

aaa.. tak suka nya kalau kemalangan ni.. sikit pun dah nervous.. hoho

Chip said...

Boleh aje bebudak tu menyaman driver kereta tu tapi lawyer driver kereta tuh pun patut buat counter-claim dan saman bebudak tu untuk pelbagai kesalahan diorang...

Manusia ni salunya kalau tak kena batang hidong dia...salunya buat tak tau aje.

Danial Ikhwan Jaafar said...

oh Fina Sophie ni kat sabah ke? motor ke kereta ke, memang kena alert amat di jalan raya. heh. selamat memandu =)
ztie, memang tak best kemalangan ni. sama-samalah menyumbang kepada keselamatan jalan raya. bukan kemalangan jalan raya. =D

bro Chip, oo boleh ke. tapi kalau saman tu hantar kat syarikat insurans tu bawah kes syarikat insurans tu la kalau diorang nak counter clain ke tak eh? thanks for the insight. tak tau mende pong pasal ni. selagi tak kena selagi tu buat tak tau *guilty as charged*

maharam said...

Salam,
Sekarang ni jalan raya dah jadi tempat lepaskan geram pula...nyawa senipis kulit bawang. macam tak berharga je. Dah kena diri sendiri, baru tahu macam mana rasa...

Danial Ikhwan Jaafar said...

errr..maharam. tempat lepas geram?

KeCiK said...

Iyolah, baru perasan benda nih. Magik sungguh, tak notice langsung.

Betol. Dah kena batang hidong baru tau.

humbleyat said...

hmm..setahu sy saya..once u have an accident with uniform students, u r liable for that..no excuse!

yg tak de lesen dan kesalahan2 lain, masih terikat kesalahan undang2 dan dihadapkan di mahkamah trafik, there is contributory negligence..

Danial Ikhwan Jaafar said...

KeCik, baru perasan ape?

humbleyat, tengah malam, dan diorang langgar belakang, still orang yang dilanggar bersalah eh?? patut ramai mak bapak lepas je anak2 diorang...

nur.sa said...

eksiden. mana leh main-main. kena sekali dulu, motor langgar sisi kiri kereta, dia elok ada aje, yang menanggung baiki kemik duit beratus2 melayang, kitalah. huhuhuhu. phobia dah aii dengan kereta bila ada motor lalu belah kiri ni.

Danial Ikhwan Jaafar said...

fobia gak ngan motor ni. malam2 masa kat kampung tengok orang bawak motor takde lampu tak pakai helmet, rasa bengang jek..apa2 jadi diorang tak bersalah punya (most of the time) siap dapat duit lagi..kot? kalau insurans cakap boleh cover ok la. hehe

CikGadis said...

mkin dilarang makin budak2 suka. erk. i pun sama. ngeri lar eksiden2 nie