Friday, November 19

Uji Kreativiti: Sambung Ayat Menggunakan Perkataan Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Hari Haya Aidiladha juga. Semoga pengorbanan yang kita lakukan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.



Entri kali ini adalah entri main-main. Main-main sambil tambah kemahiran. Sambil berseronok, anda tetap juga dapat manfaatnya. Namun begitu, ia bergantung kepada kreativiti anda dan rakan-rakan. Namun saya percaya, rakan-rakan di 100 Penulis memang hebat-hebat belaka. Namapun 100 Penulis, dah tentu masing-masing memang sangat akrab dengan aktiviti menulis.

Permainan ini adalah menyambung ayat baru dengan menggunakan perkataan terakhir dari ayat sebelumnya (yang dihasilkan) oleh rakan yang lain. Mudah sahaja. Semakin ramai yang menyertai proses menyambung ayat ini, tulisan tersebut akan menjadi semakin panjang. Akhirnya nanti, akan terhasil satu karya yang panjang hasil gotong goyong seberapa ramai penulis.




Berikut saya berikan contoh bagaimana caranya untuk anda menyambung ayat-ayat berkenaan. Katalah saya mulakan ayat bagi karangan panjang ini seperti di bawah;

Pagi tadi hujan turun dengan lebat. (Ayat saya)
Lebat sangat...sampaikan basah kuyup badanku walaupun berpayung. (orang kedua sambung)
Payung tu pula dah bocor tapi aku tak ada pilihan lain. (orang ke 3 sambung)
Lainlah kalau aku banyak duit, beli je payung baru. (orang ke 4 sambung)
Baru seronok pergi bersiar-siar tengok angsa. (orang ke 5 sambung)
Angsa kejar budak Leman sampai semput dia lari. (orang ke 6 sambung) dan seterusnya.


Faham tak?
Anda hanya perlu sambung dengan satu ayat sahaja, kemudian rakan yang lain akan sambung lagi. Untuk aktiviti sambung menyambung ayat ini, anda boleh sahaja sambung berapa banyak ayatpun yang anda suka, tetapi perlu berselang seli dengan orang lain. maksudnya, mungkin ayat ke sembilan anda yang buat, ayat sepuluh A yang siapkan. Anda sambung semula untuk ayat ke sebelas. Ayat 12 disambung pula oleh B, kemudian anda sambung lagi untuk ayat ke 13. Begitulah seterusnya.

Jika semua dah tak sabar lagi nak main sambung-sambung ayat, maka dengan ini karangan tersebut dimulakan seperti berikut;

Pagi tadi hujan turun dengan lebat. Lebat sangat...sampaikan basah kuyup badanku walaupun berpayung. Payung tu pula dah bocor tapi aku tak ada pilihan lain. Lainlah kalau aku banyak duit, beli je payung baru. Baru seronok pergi bersiar-siar tengok angsa. Angsa kejar budak Leman sampai semput dia lari.

Ok, sila sambung ayat seterusnya menggunakan perkataan “Lari”


Terkini di blog saya;

RISISITA III

13 comments:

afifaa. said...

Lari lintang pukang kanak-kanak itu setelah dikejar oleh orang gila.

qilamahadi said...

orang gila penat main kejar-kejar berasa busan pegi kampung sebelah cari entertainment kot-kot boleh kawin dengan anak dara si halimah jongang.

fariehan ibrahim said...

Si Halimah Jongang xde, dia telah berhijrah ke kolumpur untuk membetulkan giginya dan mencari kekasih baru.

puteri_kebayan said...

baru je jumpa lelaki handsome, si halimah malu2 nak tegur

anyss said...

Nak tegur malu tapi kenyit mata boleh kot, mana tau ada respon

cKyN WaN said...

tegur punya tegur, lelaki hensom gigi rongak buat halimah sedikit terkilan

maharam said...

Terkilan tak dapat sambut Aidiladha kat kampung halaman lebih lama

humbleyat said...

lama pula menunggu daging korban untuk diagihkan di kotaraya, siapa lagi yang layak menerimanya..

Mana Dia Clipper Spek

anyss said...

menerimanya takdir yang datang seadanya dalam hidup kita



Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

maharam said...

kita gotong royong sambung ayat kat sini hingga menjadi satu cerita yang menarik

Miss Kira said...

cerita yang menarik datangnya dari kerjasama

Akmal Azry said...

kerjasama yang erat sangat di antara aku dengan Leman sehinggakan aku turut berlari bersama-sama dengan Leman apabila dikejar angsa tersebut.

Akmal Azry said...

kerjasama yang erat sangat di antara aku dengan Leman sehinggakan aku turut berlari bersama-sama dengan Leman apabila dikejar angsa tersebut.