Friday, November 12

Tutorial : Facebook Live Stream Chatbox





Facebook Live Stream seperti yang korang dapat tengok kat bahagian bawah blog Hafism adalah salah satu application yang dibangunkan oleh Facebook Developer. Facebook Live Stream ni sangat membantu untuk mengelakkan spam dari orang2 yang suka spam kat chatbox biasa. Apis pun serabut betol la kat spam2 nih. Penuh chatbox tuh. So, camne nak pasang Facebook Livestream ni? Rasanya korang dah tau memandangkan dah ramai blogger yang share, tapi tak kire. Nak share jugak! Kesian kat yang tak tau lagi. Waka waka hei2....

Ok, jom kita buat.

1) Korang kena la ada account facebook dulu.
2) Step kedua, add Apis punya facebook.
3) Step ketiga, tekan read more. Haha...
4) Korang masuk Facebook Developer dan "Set Up New Application" macam dalam gambar di bawah.




5) Masukkan "Application Name". Tak kisah la nama apa. Tak penting pun. Jangan lupa tick "Agree". Lepas tu tekan "Create Application".



6) Masukkan captcha security code. Seterusnya korang akan dibawa ke page berikut. Tekan je "Save Changes" kat bahagian bawah. 



7) Next, copy "Application ID" seperti dalam gambar bawah ni. "Application ID" ni akan digunakan untuk langkah seterusnya.


8) Seterusnya, pegi ke Facebook Live Stream dan masukkan Application ID yang korang copy tadi. Ejas width dan height ikut kesukaan hati dan jiwa korang, pastu tekan "Get Code".


9) So, sekarang korang dah dapat dia punya code. Korang boleh pilih sama ada iframe atau XFBML. Apis pilih ifram. Seperti biasa, masukkan code tu dalam blog korang ikut suka hati dan perasaan korang. Selamat mencuba!



p/s: Application ID korang adalah unik. Maksudnya, orang lain tak boleh guna korang punya dan korang tak boleh guna orang lain punya ID.

p/s/s: Kalau ada orang yang mintak upah untuk buat Facebook Live Stream ni dari korang, tak payah la. Cakap kat dia, " I reti buat sendiri lah. FREE lagi tau....". Kat blog Hafism ada. (cakap sambil meluaskan lubang hidung korang).

p/s/s/s: Memang ada yang ambik upah buat benda ni. Beratus-ratus plak tu. Melayu..Melayu. Benda free ni, janganla kedekut nak kongsi.

13 comments:

MuJE said...

saya rasa anda kurang berjaya dengan mendedahkan API key dengan Application Secret. Itu kena sensor.. nanti kena hack. bahaye.

kusut said...

fuh advance! takut aku nengok coding2 ni. banyak sgt '/' banyak sgt ';' n banyak sgt '?' @_@ lol

terpikir.. kalau org takde acc facebook (atau tak login) dia bleh nampak gak ke part chatbox tu?

Fina Sophie said...

ha'ala muje. semua terang dan bersuluh. org leh hack ek mcm tu.. hoho.

Chip said...

Bahaya nie...hack-menghack. Ada sesapa yang ada solution supaya jadi lebih secure app nie?

koshary said...

aku pernah try buat facebook connect guna developer ni, walaupun ak xdek fb kan, aku de fake account tuk wat natang natang nie :D

tapi poning weyh, tiga kali ak try, tiga kali fail tak function. xdek bakat(bangang) coding :P.

tapi yg ni ada mood nnti rasa rasa mcm nak try!thanks bro!

@muje
aku minat sungguh wisestamp tue.=D, dah guna! hehe.

anyss said...

Salam,
Waaaaa terima kasih dengan entri berkongsi kemahiran ni...tapi kan, saya x de FB...hu hu hu

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

Apis said...

muje: hahaha...anda ingat aku x bersedia ke? aku create application tu semata2 utk wat tutorial ni la.aku dah delete dah pon. even kalau x sensor pon org bole hack.

kusut: yup.boleh nampak.tapi dia x bole komen la sbb syarat dia keno login gune FB bru boleh komen.

fina: errr..bab hack mengehack tu no komen la.sbb sy bukan hacker.oh ye.roomate sy hacker.name dia Sebeng.haha.. (tibe2).

chip: kalo dari segi security sy rase pihak FB mmg release benda tu ngn security tip top da.cuma hacker durjana mmg sentiasa cari jln nk hack.oleh itu,cmne nk avoid dari dihack,sy pon tak tau.hahaha..

koshary: hahaha..bijak la kau.hehe..baik punye idea.huhu..

anyss: same2..huhu..hehe...nasihat:jgnla buat FB. x study la korang.hahaha..

maharam said...

Salam,
saya mengalami alahan yang teruk bila melibatkan html seumpama ini...sangat kagum dengan sesiapa yang hebat menilik semua kod2 sebegini ;)

Risisita III

Apis said...

wkslm.. semua blogger pro pernah mengalami pengalaman seperti awk. jgn tkut utk mencuba. tu je kunci dia.

KeCiK said...

Lu olls semua memang terer IT. Dulu pernah kena klentong dengan member, nak install mouse kena ada driver. Ffffff....

:)

CikGadis said...

tingin nak buat jugak. tp..erk..xpandai lar. huhu

Apis said...

kecik: hahaha! ko nih...ish3...haha.

cik gadis: huhu..semua org yg pandai bermula dgn x pandai.lalala..

Miss Kira said...

o.0..
xp kira x pnh bukak fb chat..
hahahaha