Monday, November 8

Tipu itu benda yang kena ada...sungguh

Manusia dengan sifat tipu sangat seiring berjalan. Tidak setuju? Mungkin ayat tadi berbau agak radikal. Seradikal ayat itu pun, jika kita selidiki, atau, tidak perlu selidik jauh-jauh dan hanya perlu termenung sambil pejam mata, memang akan sendiri sedar akan hakikat yang hidup tanpa sifat menipu akan menjadi kurang 'fun'. Hatta politik yang sering dikendong supaya meneraju sesebuah negara juga punuh dengan sifat tipu, bahkan lebih busuk sifat tipunya dari realiti seharian.



Mungkin mukadimah itu keras bunyinya? Jika diberi contoh dengan lebih ringan mungkin sedikit terbuka penerimaannya.

Situasi pasangan pakwe-makwe sebagai contoh. Tidak dinafikan sebermula hati bertapak, cinta menguntum, mulut bergula, sentiasa terucap perkataan jujur. Tapi itu hanya fiksyen semata. Jangan tipu. Tak akan lah satu tipu pun tidak pernah. Macam ini lah, kadang-kadang makwe sengaja minta pendapat, "U...harini i pakai baju cantik tak?" atau "awak...saya makin gemuk ke?" apa agaknya jawapan pakwe? Tak payah pikir panjang, mudah. Jawapan akan berbunyi, "Cantik! sayang paling cantik sekali!!" atau "Ish...mana ada awak gemuk, sikit pun tidak!" waima jika secara jujur, makwe anda hari itu ingin sahaja disuruh tukar baju yang lain atau sesungguhnya makwe anda makin hari makin kembang sampai cekang pipi. Betul? Inilah realiti dan bukan fiksyen.

Situai kedua, hidup berkawan. Kawan anda mengajak menonton wayang yang pada dirinya filem itu paling bagus dalam mana-mana filem bagus yang pernah bagus. Kesungguhan kawan anda mengajak anda menemannya sangat tinggi sehinggakan menepuk-nepuk lantai jika anda menolak pelawaannya, jadi, anda ikutkan sahaja. Sesudah menonton, anda rasakan filem itu paling tahi sekali, langsung tak paham jalan cerita dan bosan. Sebaliknya, kawan anda sentiasa tersenyum sepanjang filem itu. Kadang-kadang plot yang langsung tiada nilai humor pun dia boleh bantai gelak kuat-kuat sampai merah mata. Ok, ika kawan anda itu terus sahaja bertanya pendapat anda tentang filem itu sejurus keluar wayang, anda akan kata apa? Yes! anda akan kata, "Best! Best! dan Best!"

Ataupun paling busuk, anda sedang dalam proses menguruskan badan. Makan rumput hari-hari demi ingin mendapatkan bentuk badan yang fulamak cantik. Kawan-kawan mengajak anda makan mekdi. Anda menolak semahu-mahunya walaupun kawan anda itu ingin belanja. Apa alasan yang anda beri? kalau anda katakan, "aku diet lah" anda boleh labelkan diri anda bagus! tapi secara realiti, ayat yang keluar adalah. "aku dah makan tadi".

Konklusi? Tipu itu boleh disama ertikan denga menjaga hati? menjaga hati manusia lain adalah seiringan berjalan dengan menipu? Bagaimana? Atau boleh dikatakan kategori itu jatuh pada tipu sunat?

Yes..this is a cult


20 comments:

Juel said...

if tipoo ade reason xpa cam jaga hati kwn2
hipokrit je jgn =)

KeCiK said...

Indeed! Gua rasa tipu dengan hipokrit dalam satu kategori tapi scope yang berlainan.

Yang tengok wayang tu mmg btol, antara movie paling tahi pernah gua tengok. Gua pon komen secara sarkastik "this is the best ever movie I ever saw!"

Dan movie tersebut adalah Doomsday.

:(

Tupai Karan said...

aku lebih suka bagitau benda yg betoi (bergantung pada situasi lah) sebab kadang kalau kita cakap benda yg tipu-utk-jaga-hati ni will lead to benda disaster lain pulak. kan lagi bahaya.. so kita kena slalu prektis utk think before we speak. kalau bab menegakkan prinsip diri (cth tadi kwn nk blanja mekdi bila kita struggle utk diet) tu penting utk cakap benda yg betul and say No. jgn biar diri kena push utk something yg kita rasa xselesa.

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

CikLilyPutih said...

nak jaga hati kawan tu tipu sunat namanya

nur.sa said...

tipu nak menjaga hati takpe kan. bukan tipu berniat jahat.

r.k said...

jaga hati kawan ?
jaga hati Hati ?

aha , ghua direct je .. tapi tipu cikgu memang berderet2 la .. eh , bukan tipu , jaga hati .. ahah !

Mummy Nana said...

Tipah tertipu bang.. tipah tertipu!!! Hehehe.. tipu nak jaga hati kawan tapi belakang kutuk2 pun xgunakan??? Mungkin bg Ayat sedap hati jek??? heheheh tu tak tipu kan?? Eh ye ?

koshary said...

"Kak Tipah Tertipu, Sudah dikecek, dikecong pula" kehkehkeh.

kadang-kadang kita kena perah otak jugak dalam nak sampaikan apa yg betul so that tak menipu, at the same time jaga hati orang/kawan.

okey aku try yeh.=D

Situasi pertama;
"yaangg, i makin gemuk ke?" jawab- "petang ni kita pergi jogging eyh?" =D *nada penuh kasih sayang.

situasi kedua;
"best tak cita tadi?" jawab-"action macam gila der bommbomm! tapi tak paham plot lahh"

situasi ketiga;
"double GCB jom!" jawab-"tak sehat ar makan mcd, jom aku belanja salad" =D

classic template "yes, you are right, but i think ........"

kusut said...

hahahahhahahhahaha
sokong dgn koshary!

memang jawapan standard yg selalu diberi lah..'ye... tapi...'

tapi aku rase kite kene sedar lah the habit of 'jaga hati' dgn white lie ni adelah sangat tak bagus and sangat takde kebaikan jangka panjang. tell the truth kan bagus.. walaupun the truth tu cuma 10% true.. tapi masih tak tipu kan?

sesape paham what i mean tak? XD

hentakbelipat said...

sebab kau bakal aja aku buat banner jadi aku paham ape kau cakap.hehehe

Fina Sophie said...

ada cara lain selain tipu. setuju yg koshary ckp. n i prefer cara mcm tu juga. plus, mcm sy, sy tak bagus dlm menipu mcm tu sbb people can sense me menipu haha so i'll rather choose to be honest. cuma nak balancekan situation n elak hurt feelings, saya stuju komen koshary tu.

anyss said...

Salam,
Ada cara dan seni tertenu untuk mengatakan TIDAK ;)

serius...kalau orang ajak pegi mekDi pun...saya pi je. makan je....diet hari lain je wat apa nak tipu hu hu hu

nas said...

pernah tipu....tapi kne la ader sebabnya..xleh tipu sekadar suke2 ati jerk....tapi aku mmg susah nk tipu orang~

latest entri:

Blog nas letters sudah berusia 6 bulan

Azza Zahra said...

Tipu = menjaga hati.

Mungkin betul.Tipu sana tipu sini, seboleh-boleh keadaan yang bercelaru cuba dikaburi untuk menjaga hati org agar keadaan yang kusut menjadi
lebih selamat samaada memberi
kepentingan pada diri sendiri atau
org lain. Lebih mcm tu lar.

Well, semua bergantung pada nilai
dalam diri masing2, (:

Mummy Nana said...

Kalau org nak belanja MCD akak ikut jek walaupun diet.. org nak belanja.. rezki jgn ditolak..... hehehe

kusut said...

@hentakbelipat
lol tu satu contoh tipu sunat eh?

@mummy nana
sokong! bukan selalu org nak belanje kan?

chenta said...

bab tipu ni mmg complicated la..susah nak ckp benda tu patut tipu or terus terang...

humbleyat said...
This comment has been removed by the author.
humbleyat said...

honesty is the best policy..masa ni lah kita akan kenal siapa kwn sejati kita kan?

takyah lah tipu..

berkatalah benar walaupun ia pahit...

peduli apa kata org, yg penting kita tak dpt dosa kerana menipu kan?

Cara Elak Selsema

maharam said...

Salam,
jangan tipu diri sendiri dah lah ya


Risisita III