Thursday, November 11

"Tapi Allah bagi apa yang kita perlu" - Keserasian antara pasangan





Sedar atau tidak, bila bercinta kita sebenarnya seolah-olah terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri. Indahnya memang tak terkata, bahagianya memang tak terucap, dan manisnya memang tak terduga. Tapi dalam kemanisan cinta tu mesti ada turun naik seperti bursa saham kan? dan kita sendiri kena ingat, untuk mengekalkan sesuatu hubungan, cikda yakin itu bukanlah perkara yang mudah. Lagi lagi hubungan "couple", kalau hubungan yang halal tu inshaAllah, tapi kalau hubungan "couple", cikda tak pasti walaupun diri sendiri pernah mengalaminya.

Orang cakap jangan terlalu mencari kesempurnaan, kerana yang sempurna itu belum tentu boleh menjanjikan kebahagiaan. Ada juga yang cakap Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Terlalu subjektif kan? Apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah keserasian; di mana pasangan boleh saling mempercayai, boleh saling bertolak ansur, dan masing-masing boleh berlaku jujur, memahami antara satu sama lain.
Sambil menonton tv, berkinder bueno, sempat cikda jadikan housemate cikda untuk testimoni entry kali ni. Bertanya tentang bagaimana dia dapat mengekalkan hubungan dia, dan sedikit sebanyak cikda masukkan sedikit la pendapat peribadi cikda mengenai bagaimana untuk mengenali keserasian antara pasangan.

Tidak bosan

Keserasian antara pasangan katanya tidak pernah merasa bosan. Pasti ada perkara yang ingin dikongsi, dan dicerita. Bukannya bercakap, lima minit seterusnya terus terkedu, tidak tahu apa yang ingin dibicarakan. Ni kalau kahwin, dalam rumah memang dua dua senyap agaknya. =)

Jujur

Kejujuran memang antara elemen penting dalam sesebuah hubungan. Jujur itu bagaimana ye? Dalam erti kata lain, jujur ni adalah bercakap benar atau juga berterus terang. Kalau ada yang tidak menyenangkan, jangan pendamkan saja. Tapi kita perlu ingat, jika sepanjang hubungan tu, kita ada menipu atau tidak jujur dengan pasangan, maknanya ada lah yang tak kena dengan hubungan tu. Secara tidak langsungnya, keserasian itu juga perlu dilihat dari kejujuran pasangan. 

Saling memahami 

Selain dari kejujuran, keserasian pasangan juga boleh dilihat melalui sifat saling memahami antara pasangan. Bila kita tahu, pasangan kita boleh menenangkan kita di saat kita tengah berduka. Malah, saling memahami ini juga perlu dilihat apabila pasangan kita dapat membaca apa yang kita rasa, dan juga memahami sesuatu yang tersirat. Seperti yang semua tahu la kan, "Women speak differently". 

Ok, cikda rasa itu je kot untuk kali ni. Habis testimoni dah cikda guna ni. Kalau ada yang perlu ditambah silakan, dan kalau ada yang salah cikda mintak maaf. Kebebasan bersuara kan? Apa-apa pun, masing-masing punya pendapat dan perspektif yang berbeza. Mungkin ini dari sudut pandangan perempuan, bagi lelaki cikda kurang pasti. 

"For every heaven there is a hell, for every right there is a wrong, for every hurt there is a cure"

“If you see a friend without a smile; give him one of yours.” 

Aida Ismail © 

22 comments:

Fina Sophie said...

sejukkk saja hati ini baca setiap post cikda :)

sy setuju smua point tu, tp paling suka point yg pertama hehe. tak pernah bosan setiap kali berada dengan pasangan tu antara petanda kelak akan saling terikat. keep up the good post ya. :)

koshary said...

testimoni tambahan untuk keserasian =D: when a loving couple boleh be together in certain times, without a conversation, just in silence, but they still understand each other.

epicness. =D

sometimes, total silence doesn't mean that their not in love. learnt that from -brigitte dale. =D

Aida Ismail said...

@fina sophie :

cikda rasa every post macam kelam kabut jee..hehe, apa-apa pun thank youuu tauu, very much appreciated..

nur.sa said...

ni antara ciri penting perlu ada dalam satu2 perhubungan. selalu dengar orang yang dah kawin dok ulang cakap 3 benda wajib ada ni. so, nak ikutlah. :D

Aida Ismail said...

@koshary :

sometimes..may and might be true. Tapi adakala cinta tu perlu diluahkan, kalau bukan dengan kata-kata, cukup lah dengan tingkah laku..every woman, surely love knowing there is a person who cares about her. kan kan?

should have asked your as my testiomoni =P

Aida Ismail said...

@nur.sa :

3 benda ni memang perlu ada, tapi banyak lagi benda lain. InshaAllah, bila dah jumpa jodoh kita, pasti Allah tunjuk yang terbaik. =)

humbleyat said...

@koshary:
pernah jugak dengar untuk menentukan hubungan kita baik ke tak, waktu "silence moment"...kalau ade rase janggal kat situ, no chemistry ..

rasanya kalau nak tahu kita ada chemistry nagn kawan ke tak, bleh juga cuba "silence test" ni.

hanya pendpat shj...

Entri terkini:)
Cara Elak Selsema

Aida Ismail said...

@humbleyat :

setuju dengan silence moment with silence test..good idea, boleh cuba nanti =D

izati zaibi said...

kak pinjam quote yer :)
hati tgh berduka..tepat pada masa sy klk post ni ..mahu ingtkan diri sendiri..terima kasih :)

kusut said...

hehe berbunga-bunga hati bile relate post ni pada hidup sendiri :P (oh sungguh un-lelaki sekali statement itu)

cuma kepada yg single lah.. jgn terlalu tercari2 pulak calon yg ade spesifikasi ni. sebab most probably, bile betul2 kenal baru la nampak compatibility sesama sendiri. kalau setakat baru kenal tu mungkin tak jelas lagi isi hati seseorang tu. even dah kawin pun still bleh belajar benda2 baru tentang pasangan tau and that is all fine.

ok all im saying is jgn terlalu pikir sangat secara teori :D

deqlis said...

salah satu yg akak rasa keserasian adalah chemistry dan deria ke-6..

contohnya...sms pada pasangan masing2 dlm masa yg sama...
contoh L sms pada P pada pukul 3 pagi, P pun send sms pada L pada pukul 3 pagi... dua2 pelik apesal bg sms terus dpt reply..?? rupa2nya bukan reply..tp dua2 kasi sms pada masa yg sama...

atau contoh lain sama2 dial dlm masa yg sama (kira rindu pun time yg sama)...eceh...

nie berdasarkan pengalaman akak lerr..selain yg disebut di atas tue betui jugak...

yg silent moment tu pun akak setuju..:-)...eceh:-)

Aida Ismail said...

@izati zaibi:

no worries, hehe..sila sila =) jangan terlalu berduka yee, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahu ke atas sesuatu =)

Aida Ismail said...

@kusut :

mungkin cikda boleh jadikan kusut pulak my next testimoni, hehe..betul tu, yang dah kahwin pun masih banyak yang kena belajar untuk kenal pasangan masing-masing.

cikda doakan yang terbaik inshaAllah buat kusut dan isteri. May Allah bless you both =)

hentakbelipat said...

as for men as i am, aspek jujur tu boleh diklasifikasikan pada pemboleh ubah yang bergerak balas...maknanya, jujur bagi lelaki ada kalanya perlu dipendam.

sebab bukan semua benda jujur yang perempuan nak dengar betul? sometimes they prefer to hear something yang not exact that should been told to them...lebih pada menjaga hati...ini pengalaman heheh

anyss said...

Salam,
dalam hati ada taman je bila baca entri ni...errrr, mana nak cari bunga2 tengah kembang ya...

Waaaa Cik Da kongsi bahagianya kat sini...seronok je baca

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Salam,
Entri yang penuh dengan kasih sayang...menarik.

Cara penyampaian juga santai je...Gaya untuk jadi Doktor Cinta dah ada ni ;)

Risisita III

Aida Ismail said...

@hentakberlipat :

mungkin ada betulnya, kejujuran ni sesuatu yang sangat subjektif, tak boleh ditengok dengan kaca mata kasar. InshaAllah, nanti cikda cuba cari dari persepktif lelaki pulak =) thank youuu =D

Aida Ismail said...

@anyss :

dalam hati ada taman? hehe..taman bunga boleeeh? pastu ada rama-rama, mesti cantik. Hehe. Nanti cikda kongsi lagi banyak =) inshaAllah. thank you anyss...

Aida Ismail said...

@maharam :

wassalam,
kalau cikda cakap cikda senyum baca komen maharam percaya tak..grrrr, yeee..haha. ok lawak sebenarnya, doktor cinta? hehe, kalau jadi cikgu cinta ok jugak. =)

Aida Ismail said...

@deqlis :

akak! berdasarkan pengalaman? bestnyaa, well, I wish to have one. feeling the same thing at the same time. oh myyyy..saya dah perasan lagi. hehe =) thank you akak for the additional points, it's very much useful. =)

Azza Zahra said...

Hye cikda (:

Setuju dengan 3 di atas.
Bila kita dah serasi,
smpai kan bila teringat,
bru nak pegang hp,
dia dh kol dulu. Bila ckp,
mcm taw2 jer, dia lak kata
teringat gak. Mcm dapat
baca jer (:

Aida Ismail said...

@Azza :

gaya azza cakap macam azza tengah dilamun cinta..auuwww, ada pengalaman ni. manis jee..hehe, betul tu..chemistry tu ada, tapi kena ingat jugak, tak semestinya dia untuk kita. Sebab Allah itu lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita, inshaAllah =)