Tuesday, November 16

Tangan aku, suka hati aku lah!








Assalamualaikum kepada para pembaca blog 100penulis.com sekalian. Apa khabar semua? Harapannya, semua sihat sejahtera hendaknya. Maklumlah, musim tengkujuh sekarang ni. Elakkan daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat. Tambahan pula, esok umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Gema takbir yang mendayu-dayu di telinga membuat kita merasa sayu. Sayu dengan kebesaran yang dikurniakan oleh-Nya kepada kita yang kerdil. Sedar tak sedar, aldilfitri baru berlalu. Namun, kita masih lagi dikurniakan dengan aidiladha. Walaupun kadang-kadang (kebiasaannya selalu) kita lupa pada DIA Yang Esa. Namun, tidak pernah sekali DIA lupa untuk memberikan kepada kita bermacam anugerah. Jangankan kita mampu memberi balasan, kadang-kala
bersyukur pun kita terlupa. Sedarkah kita siapa kita?

Walaupun esok kita akan meraya aidiladha, entri kali ini tidak menjurus terus kepada perayaan tersebut. Aku ingin sekali berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi semasa seminar yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu, yang mana penceramah seminar tersebut bukan calang-calang orangnya.

Slot pagi yang mengambil masa dua jam telah memberi aku kesedaran tentang sesuatu. Sesuatu yang aku tak pernah sedar sebelumnya. Mungkin anda juga pernah melalui perkara yang sama. Mari kita bersama muhasabah diri kita. Moga ada yang dapat diperbaiki. InsyaAllah.

Tajuk slot pagi itu adalah "Remaja dan Cabaran Hidup" yang disampaikan oleh Dr. Robiah binti Kulop Hamzah. Paling menarik, apabila beliau memanggil seorang hadirin yang ada ke atas pentas. Mohd Firdaus namanya. Segak dan sangat kemas, sehingga membuatkan Dr. tertarik untuk memanggilnya. Itulah yang Dr. bagitahu. Beberapa pertanyaan diutarakan kepada Firdaus.

Dr. : Firdaus pakai jam tidak?

Firdaus : Pakai. (sambil menunjukkan jam di tangannya)

Dr. : Cantik. Mesti mahal. Firdaus pakai jam siapa?

Firdaus : Jam sayalah. (sambil tersenyum)

Dr. : Betul ke? Beli guna duit siapa?

Firdaus : Duit sayalah. Duit pinjaman. (lurus sungguh jawapan budak ni. Hadirin semua gelak tidak dapat menahan tawa)

Dr. : (sambil menahan gelak..) Tahu siapa yang buat jam ini?

Firdaus : Tak tahu. 

Dr. : Kalau rosak sayang tak?

Firdaus : Mestilah sayang. Barang saya.

Dr. : Tangan siapa yang pakai jam ni?

Firdaus : Tangan sayalah. (dia dah mula pelik)

Dr. : Tahu siapa yang buat tangan? 

Firdaus : Tahu. Allah. 

Dr. : Tangan kamu atau tangan Allah?

Firdaus : Tangan Allah.

Perbualan mereka agak panjang sebenarnya. Tetapi isi penting yang ingin dikongsi bersama adalah daripada perbualan di atas. Allah memberi kepada kita tanpa apa-apa balasan. Percaya atau tidak, tangan kepunyaan-Nya yang diberi pinjam kepada kita, hamba-Nya, selalu kita gunakan untuk perkara yang kadang-kala menyalahi undang-undang-Nya. Astaghfirullah. Tapi, DIA tidak pula mengambil semula tangan kita. Malahan, diberi kepada kita seluruh tubuh badan dengan PERCUMA. Tetapi, acapkali kita mengaku tubuh badan ini kepunyaan kita.

Ayat Dr. yang aku tidak boleh lupa apabila dia berkata, "Mengapa bila bergaduh, ada ayat sebegini yang diucap? Suka hati aku lah nak lempang ke tak. Tangan aku, bukan tangan kau!". Kadang kita terlepas pandang. Tapi, suatu hari yang dijanjikan DIA yang mana tangan kita adalah saksi utama kita semasa mengadap-NYA. Semoga kita tergolong dalam golongan hamba-NYA yang terlepas dari siksaan. 

Begitu juga dengan aidiladha yang bakal menjelang tiba. Baru sahaja aidilfitri diberi kepada kita. Sifat-Nya Yang Maha Pemurah membuat-Nya memberi pula aidiladha. Semoga kita menjadi hamba-NYa yang sentiasa bersyukur atas apa yang dikurniakan kepada kita. Aku sekadar berkongsi sedikit ilmu untuk renungan bersama. Moga menjadi teladan. Mati makin mendekati, bukan menjauhi. Wallahua'lam.


19 comments:

Apis said...

hu..yup.kadang2 kite sdiri lupe n lalai.thanks izfanora sbb ingatkan.huhu..

Hari Raya Aidiladha Yang Sedih

merah_s said...

Benarlah kita selalu terlupa hal ini. Nampak kecil tapi sebenarnya besar ertinya jika kita ingat. Moga2 aku sentiasa ingat bahawa segala yang ada padaku adalah milik Allah SWT belaka.. DiamanahkanNya untuk aku memeliharanya. Diberi aku pinjam dan akan diambilNya bila2 masa saja.

Fina Sophie said...

good post! u all smua skrg ni dekat 100penulis bg entri2 yg sgt2 bagus! wow, i'm proud to be one of you all tau!

hehe.

ada lagi satu tambahan. teringat ini sbb lect pernah ckp dlm kelas.

.
.
.

cuba kita gerak2kan jari kita, siapa yg gerakkan jari kita? kalau ktia yg gerakkan, kita kena guna tgn kita lagi sblh untuk gerakkan jari tgn sblh kita tu kan. but this time, just jari kita sndiri bergerak, ikut apa yg hati kita minta. sluruh badan kita sbnrnya bergerak ikut command hati kta. kita niat guna kuasa otak saja, dan tgn jari kita akan bergerak - even sambil menaip blog. besar sungguh nikmat yg ALLAH bagi dekat kita tp syg ramai yg salah guna. dgn kuasa dan izin ALLAH semestinya :)

terpandang nama dr Robiah kulop hamzah tu, nama tu familiar sgt. then pttla, ada buku dia hehehe.. "Penampilan diri berkualiti" tajuk beliau. dr robiah setau sy byk terbabit dgn prgram membimbing remaja ke arah remaja berkualiti kan.. ^^

izfanora said...

@apis: most welcome.. tanggungjawab kita untuk mengingatkan sesama manusia.. =)

izfanora said...

@merah_s: sifat manusia itu pelupa. itu gunanya orang di sekeliling untuk mengingatkan.

izfanora said...

@fina sophie: tq kerana memuji. sekadar berkongsi sedikit ilmu. =)

betul tue. sy sokong dengan hujah anda.

yup, beliau sgt famous. Tajuk seminar pada hari tue ialah "kreatif dan inovatif ke arah melahirkan modal insan yang kompeten dalam koperasi".

izfanora said...

@nas: sepertinya tidak membaca entri sehingga habis. =p

kusut said...

lol kantoi la pulak nas

dah lama tak pegi seminar2 motivational ni. teringat mase skolah dgn ceramah2 motivasi yg sangat banyak especially mase form3 dgn form5. banyak ilmu dah lupe. kalau la ade blog mase tu bleh share pengisian ceramah.. and mase2 camni boleh la bace balik.

thanks for sharing this izfanora

Clarky Afif said...

uhh ayat tu agak kureengg la kan. ikut suka je. anyway i pernah terlempang orang. huhu. tapi tadela menjawab gitu

izfanora said...

@kusut: most welcome.. betul tue. masa sek dulu, byk sgt motivasi kita pergi. tp, masa tue buta IT skit.. hihi..

izfanora said...

@Clarky afif: ops.. ayat tue hanya 0.0001% daripada 100% isi kandungan entry sebenar.. hihi..

afifaa. said...

kita sentuh, dengan tangan.
kita lihat, dengan mata.
kita makan, dengan mulut.

memang anggota badan kita.
orang mengakui, ' suka hati aku lah nak tampar ke tak, tangan aku'
' suka hati aku lah nak cakap macam mana, mulut aku '

betul, sebenarnya itu adalah hak milik Allah :)

thanks for sharing. :)

izfanora said...

@afifaa: most welcome..

bila dengar seminar tue, terasa takut pula xjg kurniaan DIA dengan baik..
astaghfirullah.. moga kita tergolong dalam golongan hamba-Nya yang dilindungi. amin..

anyss said...

Salam,
Terima kasih berkongsi info macam ni...dah lama tak pegi kursus motivasi. Rindu pulak...

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

hi izfanora..seronoknyer slot motivasi pagi..suka jugak tengik, tapi terkejar2 nak bersiap gi kerja...

nasib baik ada izfanora tlg ingatkan . terima kasih:)

Miss Kira said...

suka2.. ;)

izfanora said...

@anyss: wslm.. sama-sama.. ilmu untuk dikongsi.. =)

izfanora said...

@humbleyat: hai.. sy suka juga.. dulu time sek, pg2 mesti psg radio IKIM dulu.. ada ceramah.. skrg xpasti..

sama-sama.. =)

izfanora said...

@miss kira: =) terima kasih..