Wednesday, November 3

tabiat yang orang benci

1. saya dalam kereta sedang mendengar lagu, dan kereta berhenti di satu simpang trafik light sebab lampu merah. sedang melamun layan perasaaan, tiba-tiba mata tertumpu kat kereta depan. terjengul kepala driver daripada tingkap dan dengar 'ptuiiihh' sambil keluar cairan daripada mulut dia ke jalan.


2. saya sedang berjalan menuju ke ofis, dan tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sudut parking. keluar seorang perempuan daripada kereta tu, anaknya kot terus berjalan ke arah pintu ofis. dan tiba-tiba driver tu buka pintu kereta. keluar kepala dan badannya sikit terus keluar perkataan 'ptuuuiihh' serentak dengan apa yang dia hasilkan betul-betul atas jalan tar parking tu. dekat sangat dengan saya yang kebetulan melalui jalan parking nak menuju ke pintu ofis. 


satu lagi situasi....



3. di kedai makan, sambil menunggu order makan, saya bersembang dengan kawan. tiba-tiba datang segerombolan lelaki datang ke kedai makan yang sama. ada seorang daripada mereka belum sempat masuk ke kedai, ambil kesempatan membuang kahak daripada mulutnya di tepi kedai hampir ke longkang. 

tiga-tiga situasi ni pernah kena dekat saya. dan yang paling kerap berlaku adalah no.1. betapa tak ada kesedaran langsung yang tabiat mereka tu kotor dan boleh buat orang geli dan marah. juga satu punca pencemaran mata deyyy. geli geleman dah saya kalau semua tu terjadi depan mata. lagi-lagi dekat kedai makan tu. lepas buat tu pulak, dorang ni macam tak ada perasaan lepas buat semua tu. adoyai. kalau ada kuasa, saya akan jerit la laa tu jugak yang apa mereka buat tu salah. tak kena tempat. cuba bayang kalau tengah mereka meludah ikut tingkap tuh, tiba-tiba ada orang bawak motor lalu dan kena dekat muka mereka. tak ke naya? mahu benjol la muka bergaduh pasal meludah tu saja. 



so, anda semua? ada yang pernah berbuat camni? atau ada yang pernah terkena macam saya? mereka tu semua perlu difahamkan yang tak semua tempat dibenarkan untuk meludah. dan kita semua, lebih-lebih lagi Muslim pun diajar supaya menjadi pembersih. kan kebersihan tu separuh daripada iman? atau adakah sememangnya rakyat Malaysia ni memang suka meludah merata-rata? moga tidak.

p/s: OH! mengenang nostalgia waktu kecil-kecil dulu bila belajar mengaji.. di sini. :-)

18 comments:

nabilah_2908 said...

sy pun pernah alaminya...

dkt traffic light...nasib baik kereta sy dh berhenti kt sebelah lorry tu...kalau tk tak pasal2 je kereta sy kene ludah....eeeeuuu..!!!

kesian org yg bawa motor tu..nsib tk terbabas langgar pembahagi jln semata2 nk mengelak dr drive lorry yg pengotor tu...hrummmm...

jom ke APA KATA HATI pulak,
SALAH NOMBOR

chenta said...

org mmg tak suka org yg meludah sesuka ni!pastu tambah lg org yg buang hingus secara public tu..gelis!

Amni said...

erk??? sangat tak suka.. huhu... nak meludah kat sinki pon pikir dua tiga kali.. ni kan nak meludah sukati.. haiyaa...

MissAinia said...

eeeeeeeeeee memang geli laa dengn org mcmtu ! wek :p

fariehan ibrahim said...

uishh, xde kesedaran umum lgsg r org cm gni,
xterpikir ke kalu org lain yg wat kt dia,
eeuwww~!

Fina Sophie said...

hate it too! benci tapi well nak buat mcmna, hidup bermasyarakat ni, bukan semua kita suka. haha. gross sgt rasanya kalau makan dkt gerai makan then ada org lalu dan sampai hati nak meludah siap buang kahak sekali. been there :( tp skjp je rasa gross. lepas pujuk hati sendiri, selera pun datang balik. ok ewwwwwwwww. hahahahaha.

r.k said...

erm ... so , kat tempat mana je boleh spitting ? mana la tahu , orang tu tengah batuk-batuk .. kena buang kahak selalu .. hehe

KeCiK said...

Kalau lu olls tengok football games sila tengok kat goalie. Dalam 90 minit lu olls boleh tgk brapa byk goalie ludah kat glove dia. Nampak macam pro lah.

Tapi bila habis game for sure diorang bukak glove and shake hands with other players.

Arwah onyang aku dulu makan sireh, kunyah kunyah then crettt...kaler oren plus kemerah-merahan dude.

nur.sa said...

nabilah
erk. sampai nak eksiden nk mengelak dari diludah. teruk perangai si pemandu lori tuh.

chenta
a'ah. tu pun sama. buang la hingus tu dalam toilet. orang tak nampak. kita pun tak geli tengok.

fariehan
hahaha. mungkin orang camni kurang kesedaran sungguh2 kot.

fina sophie
hahahaha. leh makan lagi. tapi dengan syarat memang ambil masa sebelum start makan dan jangan bayangkan apa yg tengok tadi. :P

r.k
toilet? kan ada. kalau saya, batuk dalam meeting pun rasa mahu tahan. ni apa kes pulak kita kena mengadap dan dengar orang meludah kan. kalau dah betul tak tahan nak buang kahak. tatau la nak cakap,kan. hehee

ASaDa RyutaRo said...

uhh.. kenapa nak kena meludah sesuka hati ea?? tak best betul.. nak meludah pun biarlah berselindung sikit, kalau yang buat muka selamba badak tak tengok kiri kanan tu la amat meng-annoying-kan mata.

humbleyat said...

meludah merata2 menyalkahi moral..tercemar udara kot huhu...

geli juga nur.sa bila tgok org mludah ni..

nur.sa said...

amni
betul. kalo kat toilet nak ludah kat sinki tu pun segan2 kalau ada orang..

MissAinia
geli amat..huhu.

kecik
dia tahu nak bersalam kena bukak dlu glove pasal kotor ek? :P

asada
entah. tatau. habit mereka kot. dah biasa..tp kita melihat tak tahan.

humbleyat
menyalahi moral, budak kecik pun tahu buat macam tu tak best.

d_tieah said...

Pengotorkan..
Ape yg d ludah tu blh bw pnykt kan?
X sure tp rs nye yelah..

kusut said...

baru last week naik train pegi adelaide city. mase tunggu train tu datang ade sorang mamat ni (16 tahun aku rase.. eavesdrop :P) yg duk spit ala2 sportsman kat padang bola, pada kadaran sekitar 1spit/2minutes. sekali bile dah naik train pun dia tak stop lagi.. spit kat atas lantai tempat dia duduk

bengong anak mat salleh ni

kusut said...

oh lupe..
nak kate nye, bukan org kite je yg camtu. worldwide bad habit ni

r.k said...

letih juga nak cari toilet bila ada dalam kereta di tengah-tengah trafik .. :)

yeah . tapi agak-agak la , sampai nak eksiden orang lain elak ludah .. haha

anyss said...

Salam,
Ni bukan je pengotor...bapak kepada segala pengotor dah! huh...tak tertelan nak makan...

nur.sa said...

d_tieah
bawak penyakit?huhu..

kusut
ingat mesia je. sana ada jugak eh? masalah dunia la ni...

r.k
hahahaa. tapi kalo leh sabar nak meludah tu harap2 la sabar. dah tak tahan sgt pun, ludah secara berhemah la. bukan depan2 orang.hahaa.

anyss
wsalam. hehe,bapak tu.