Tuesday, November 9

Sushi Bi, Wellington.


Episod jalan-jalan cari makan pula ye.

Kali ini mari kita terjah kedai Sushi Bi yang terletak di Lambton Quay,Wellington.Apa jauh bebenar tempatnya sampai ke NZ? Haa.Saja nak berkongsi cerita.First time makan kat sini terus addict nak makan dan terus makan.Pantang lalu depan Sushi Bi konfirm nak masuk.Sushi Bi ni halal ye kawan-kawan.Harga pula range dari 1 dollar hingga 2.80 dollar untuk sebiji sushi.Bergantung kepada jenis sushi yang korang ambil.Aku selalu ambil 6 ketul which costs me 8 dollar.Berbaloi sebab sushi dia besar dan mengenyangkan.Lagi sedap kalau cicah dengan wasabi.Berangin lubang hidung tu perkara biasa.

Credit to Azfazila Paiz for the pic.

Yang special nya tempat ni, after pukul 4 dorang buat promo.Harga serendah 3 dollar untuk satu tray.Satu tray boleh muat dalam 6 ketul.Berbaloi baloi.No wonder kedai ni tak pernah lekang dengan manusia.Kadang-kadang line beratur panjang sampai ke jalan raya.Ok.Itu agak over.Tapi sumpah sedap weyh.Ramai yang bagi good review pasal sushi bi ni.Kalau datang ke Wellington, jangan lupa try sushi bi ye =)

14 comments:

KeCiK said...

"Kalau datang ke Wellington, jangan lupa try sushi bi ye =)"

Wellington kalau ikut Lebuhraya Utara-Selatan keluar exit mana? Tak jauh kan?

Fynn said...

@Kecik
taa leh blah weh.hahaha

@zack
nanti post mai siket!hahaha
i gila sushi kot!yumms

sizuka[Izzati] said...

aku tak bape minat sushi nih.tp nmpk yummy~~

nas said...

xbest la makan sushi..
aku dulu makan2 tapi rase bukannyer sedap sangat pon..hehehee



lelaki hensem vs lelaki xensem vs lelaki skema vs lelaki awww

Azza Zahra said...

Mam sushi dengan
set bento tempura.
Awww~

Kecik, boleh kuar
kat Gurun Kedah :P

[z@ck] said...

Kecik..
hang ikut jalan kampung ja.konfirm sampai.lalu kot belah Gerik nun haa

Fynn..
jikaku bisa pos, dah lama aku buat bisnes delivery.

sizuka[izzati]..
aku pun tak minat.tapi dah ketagih dah sekarang ni.sedap weyh.

nas..
yg ni sumpah sedap.sungguh!

Azza Zahra..
bento tempura tu apa kebenda weyh?

Azza Zahra said...

Bento box. Kira pakej org
Jepun bungkus mknn dorang.
Yg sweet2 tuh.
Tempura sbhgian drpada
mknan yg ada dlm box tu.
Bese ada lauk, nasik,
sauce & vegie.
Yummy!

kusut said...

sushi!
susah la nk cari sushi sedap kat sini. murahnye sushi kat NZ @_@. jeles nih!

ittadakimaaaaaaaaaas~!

Azrul Hisham said...

lama dah tak makan sushi...


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

nur.sa said...
This comment has been removed by the author.
nur.sa said...

hahaha. lawak2 la komen korang neh..

sy pun tak suka sushi. kalau orang makan, saya tengok aje la..

Fina Sophie said...

i love trying new foods. tiem first time makan sushi, tak berapa suka sbnrnya.. takleh mkn byk2 nti mual. tp tak mnolak utk try lagi. suka makannnnn XD

humbleyat said...

rasa mcm nak mcari sushi je plak esok huhu...

maharam said...

Salam,
Kalau pergi Wellington, Z@ck akan belanja sushi ;)

Risisita III