Thursday, November 18

Sebuah Penantian [Part 2]






Sambungan dari Sebuah Penantian [Part 1]


3 Hari selepas itu (Hari Rabu)



*Ringtone Silverchair - I Miss You"




1 New Message



"Sayang, jumpa boleh? Abang betul2 perlukan sayang ni"



Aku tenung jer skrin handphone aku. Tarik nafas panjang2 dan aku reply "OK". Kenapa kalau dengan kamu, aku susah sangat? Mungkin kerana kamu muda lagi. Aku nak kamu lebih kenal dunia. Biarpun sebenarnya memang kamu yang lebih expose kenal dunia luar dan orang ramai daripada aku. Mana-mana kamu pergi, mesti ada orang kenal dan tegur. Dan orang biasanya tak sangka yang aku dan kamu couple. 
Biasanya mereka tanya kamu, "Itu adek ko ke?"
Walla!~ Mulalah aku naik syok sendiri bila orang ingat aku adik kamu walhal kamu yang lagi muda dari aku. Itulah bang, dah cakap dari dulu, jangan mudah marah. Jangan mudah nak masam muka. Sekarang, apa jadi? 
Tapi kan, kalau ikut sebenarnya, aku pun tak kisah yang orang tak anggap atau tak tahu yang aku dan kamu ni merupakan pasangan. Kalau boleh aku tak nak sapa-sapa pun tahu. Bukan sebab aku malu or tak suka kamu. Tapi itu cuma cara aku. Aku tak suka di kenali. Kamu faham kan?  Kalau aku malu, dari mula lagi dah aku malu. Banyak orang membandingkan kita kan bang? Kita ni bagai langit dan bumi. Perbezaan yang ketara mahupun dari umur atau latar belakang keluarga. Kamu pernah cakap yang aku takkan kisah apapun orang cakap bukan kerana aku sayang kamu sangat-sangat, tapi kerana aku tak pernah ambik peduli pun pasal kamu. Itu yang kamu rasa ye bang? Hmm... Biarlah dulu bang, nanti abang faham juga. Kalau bukan sekarang. Mungkin lain kali :)


Hari ni tadi aku dah sampai kat rumah lebih awal daripada biasa sebenarnya. Aku saja tak nak kasitau kamu sebab.... sebab apa ek? Aku takde jawapan untuk itu.


Sementara tunggu masa nak pergi jumpa kamu, Farah datang rumah. Dia ingat nak bawak aku keluar tadi sebab dia teringat janji dia untuk belanja aku makan. Alahai, naper time ni gak kau nak jumpa aku ek? Bukan aku tak nak wahai Farah ku sayang. Aku nak sangat, dah lama kita tak lepak sama kan. Tapi, aku dah janji dengan kamu dulu. Aku dah ajak Farah join sekali malam tu. Tapi Farah tak nak. Aku faham, dia tak nak kusutkan lagi hubungan dia dengan kekasih dia. Lebih-lebih lagi kalau kamu ada. Erm.. itu cerita lain. Orang luar takkan faham.

Farah,

Kau cakap tak kisah biarpun aku nampak dari riak wajah kau, yang kau sebenarnya terasa. Yalah, kalau aku dah tak busy, kau yang busy. Kalau kau yang busy, aku pulak tak tau nak buat apa. Memang benarlah kata orang,makin dewasa kita, semakin banyak perubahan yang berlaku dalam dunia kita dan sekeliling. Masa kita tak seperti dulu. Apa-apa pun, aku tetap sayang satu-satunya sahabat aku ni.

Farah terus temankan aku sampailah cousin aku datang. Oh ya, lupa pulak aku nak bagitau, aku nak jumpa dia ni, aku bawa cousin aku, lelaki. Bukan apa, roadtax kereta kakak aku dah mati dah. Aku tak nak bawa keta tu lagi, hari tu aku dah kena saman dan saman tu pulak aku belum lunaskan. Takkan aku nak tambah lagi. Betul tak? So, aku minta temankan cousin aku.



(Cakaplah aku tak romantik sebab bawa cousin pegi jumpa dia... ada aku kesah?)







*BERSAMBUNG*

Yang bukan menanti,



6 comments:

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Perasaan cinta & sayang adalah subjektif...
Memang sukar nak dimengertikan...
Memang sukar utk mendpatkan jawapan yg tepat...
Semoga kamu sentisa gembira & bahagia...Hehe...

Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma

afifaa. said...

penantian itu satu penyeksaan? heee.

tajuknya tiada

anyss said...

Salam,

Napelah pendek sangat ni...suspen blom mula lagi, dah kena entri akan datang hu hu hu ----> nampak sangat tak reti nak sabou kan hu hu hu

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

hi ztie...love is blind...ok aper bawa cousin..mesti ader kes cemburu nnti nih...hehe

Mana Dia Clipper Spekku

Miss Kira said...

cinta itu complicated xp manis.. hahaha

ztie said...

azwandy:
salam
memang perasaan cinta itu subjektif dan susah untuk di mengertikan tapi tak semestinya mustahil kan ?

afifa:
memang satu penyeksaan. hahaha

anyss:
alaa.. sorry anys!! ni pun dah lama dah tergendala... sorry!

humbleyat:
hai ~! hehehe... mst ke? takde ah...

Misskira:
hehe.. cinta itu manis tapi indah tapi susah