Sunday, November 7

Sebuah Penantian [Part 1]






*Ringtone Silverchair - I Miss You"


1 New Message


"Sayang, jangan call abang time ni k. Jangan cari abang. Jangan message. Nanti kalau line dah clear, abang contact sayang. Abang terpaksa membawa diri dulu. Abang mesti sembunyi. Polis tengah cari abang time ni. Abang sayangkan sayang. Abang cintakan sayang."




30 saat kemudian



*Ringtone Silverchair - I Miss You"



1 New Message


"Sayang, maafkan abang."



* * * * *

SMS last yang aku terima malam semalam memang buat aku sebak sampai hari ni. Terdetik di hati, di mana dia sekarang? Dah makan ke? Sihat ke tak?


* * * * *


**SEMINGGU SEBELUM**


Isnin


Handphone aku dari tadi tak berhenti mendendangkan alunan muzik menyatakan mesej dan call masuk. Last2 aku silentkan. Bukan apa, aku sekarang ni tengah handle event. Baru je diberi kepercayaan oleh Big Bos untuk handle event besar camni tapi nanti tiba2 plak aku asyik dengan handphone. Sudahlah dari tadi manager asyik jeling aku jer. Aku nak jeling balik karang dia kasi down aku punya gaji. Itu pun dah cukup baik. Kalau dia dismiss aku? Haish. malas dah aku nak fikir.


Vibrate lagi handphone.


1 New Message


"Sayang, sayang sihat ? Dah makan? Dah lama tak jumpa sayang. Seminggu dah. Tak rindu abang ker?"



Reply:

"Rindu"



Tet..tet..


1 New Message

"Jumpa jom!"

Reply:

"Sayang busylah time ni. Mana sempat jumpa. Lepas ni ada satu lagi event. Besok pun sama. Balik karang dah pukul 10-11 malam. Macam tak tau abah tu. Nanti dia bising"



Tet..tet...


Di abaikan kerana event dah nak mula. Aku mula busy handle company ni sejak dua tahun lepas. Dulu aku hanyalah budak praktikal kat sini sebelum aku diserap masuk. Dulu orang tak peduli pun aku kat sini, tea lady je. Sekarang ni sorang-sorang nak jadi kawan aku. Hebat sangat ke aku? heh.. Hebat tu taklah. Cuma bos amik kira pendapat aku dan jarang-jarang sekali untuk ditolak permintaan aku (atas dasar untuk company je ok, takde lebih punya) Sebab tu kot diorang rasa na rapat dengan aku la tu. Nak usha bos mungkin. Sekarang ni ada sebuah company tengah buat Family Day kat sini. Sepatutnya event ni habis awal tadi dah tapi kerana ada masalah sikit, aku terpaksalah stay back. Manager asal yang patut handle dinner ni plak tiba2 cuti sakit. Manager pengganti pulak ada event lain yang perlu dia handle, jadi tinggallah aku seorang diri di sini, haii... makin extendlah masa aku. Hmm... apa nak buat. Cari rezeki. Terima jerlah



Tet..tet (Vibrate lagi)

Dalam hati aku berbisik, tak dapat ke nak tengok aku senang. Tak reti ke kalau orang sibuk or... anything? Kalau betul urgent, dia mesti dah call. Kan?


2 New Message


1. "OH. takperlah sayang. Abang faham. Sayang jangan tak makan k. Kerja2 jugak. Kesihatan jaga"


2. "Kalau sayang ada free, sayang contact abang ok. Abang tunggu. Abang perlukan sayang time ni. Love you."



Reply:


"Baiklah. Sayang abang juga"



Keesokan hari pun aku masih melalui rutin yang sama, the day after tomorrow pun masih sama. Ke sana sini sibuk dengan kerja. Terfikir aku nak jumpa kamu tapi hmm.. entahlah. Bohong kalau aku kata yang tak ada secubit pun perasaan rindu aku kat kamu. Tapi semua tu aku telan. Ego aku lebih tinggi dari perasaan rindu. Aku pernah bagi tahu sahabat aku, Farah, kalau kamu ada orang lain, aku rela lepaskan kamu asalkan dia pandai jaga kau. Dah bertahun-tahun aku cakap benda yang sama. Sampai kamu marah kan aku. Tapi aku tak kisah. Kadang-kadang aku masih terasa tawar hati dengan apa yang pernah kamu buat dulu. Tapi aku diamkan saja. Sebab aku tahu, perjalanan kita masih panjang. Masih baru, permulaan baru, bagi aku. Biarpun sebenarnya dah lebih 5 tahun kita lepas sesi perkenalan.



eh.. dah lebih 5 tahun ker bang? Serius aku tak ingat. Oh, tengok. Kejam tak aku ni? Sampai macam tu sekali aku boleh lupa. Kalau tak silap aku memang 5 tahun. Sedangkan hari aku ikut Farah bercuti kat hotel bersama family dia waktu sambutan Hari Merdeka dulu, kita belum ada apa2 kan bang? Aku pernah tanya pendapat Farah pasal kamu time tu. Aku dah cerita kat Farah semua pasal kita, aku tahu kamu tak kisah sebab kamu tahu Farah tu siapa dalam hidup aku. Aku dah cerita kekurangan dan kelebihan kamu. Farah cakap yang dia tak kisah. Dia tak kenal kamu sangat time tu so dia tak nak judge dulu, tapi dia cakap, kalau kamu boleh berubah. Kenapa tak aku? Aku faham maksud Farah tu, dia suruh hati aku yang berubah terima kamu.


Abang, 


Aku terima juga kamu beberapa tahun lepas tu kan? Tapi aku terima kamu bukan dengan hati yang ikhlas. Aku terima kerana terpaksa. Dan rimas sebab kamu sentiasa jer cari aku kat mana-mana. Tak cukup dengan tu kamu buat kecoh lagi semata-mata untuk tarik perhatian aku. Maaf bang. Aku tak tertarik langsung dengan semua tu. Aku lebih suka kalau kamu humble and down to earth. Aku lebih suka kalau orang tak kenal aku supaya aku senang nak bergerak. Aku tak perlu fikir persepsi orang ke atas aku .Ah... jauh sangat aku melelat ni. Berbalik dengan kamu.....







*BERSAMBUNG*

Yang bukan menanti,



15 comments:

koshary said...

ni kisah benar ke tak ni? penceritaan real macam kisah benar jek. curious curious =D.

lagi lagi bab polis polis tu.

bila next chapter!

eiela said...

kalau buat novel mesti laku nih.

humbleyat said...

koshary:
tula pasal, macam kisah benar aje kan? curious jugak nak tahu ni..

karya yg best!:)

kusut said...

interesting storytelling lah. respek!

keep it coming. tak sabar nk baca sambungan

nur.sa said...

tak sangka aaa ramai editors kat sini pandai menulis. good story. :)

ztie said...

@koshary & @humbleyat
hehe..macam kisah benar ke? Erm.... kisah benar ke tidak ... penceritaan tu buat dia macam kisah benar ? wah.. terima kasih.. itu satu pujian yang baik untuk newbie macam saya :D

@eiela
nak buat novel terpaksa di edit lagi semua tu. ayat tunggang langgang. hehe

@kusut
thanks kusut.. tgu next next next entry ek

@nur.sa
thanks nur.sa :)

Amni said...

okey, dah baca... hehe.... macam kisah benar.. macam kisah.... tetttt... okey, kamek tunggu... hehe

Tupai Karan said...

best cerita ni! tak kalut n teratur..membuatkan ia sangat suspen loh.. hope leh baca part seterusnya khamis ni

r.k said...

o yeah o yeah .. my adrenaline is pumping hard waiting the next chapter .. kamon, kamon !

Mummy Nana said...

warghh.... menci.menci.. citer best nie tapi kena tunggu minggu depan.... wahahaha..... akak kalau baca buku cerita mesti baca awal pastu ending terus... hahaha.... ngelat... xsabar nak tahu.... Muahahaha

anyss said...

Salam,
berapa lama nak kena tunggu ni? Adusssssss!

Fina Sophie said...

tulisan kedengaran (baca : baca) sgt benar dan ikhlas ;) keep up the good work!

ztie said...

@amni
aaa..... ? ehehe... tett itu siapa?

@Tupai Karan
khamis ni dha ada entry lain on queue.. minggu satu lagi. Thanks TK~

@r.k
hehe... tunggu yer

@mummy nana
eheheh.. best ker mami? tunggu minggu satu lagi yer mami

@anyss
ehehe.. minggu depan jer nys.. tak lama tu :)

@Fina
thanks fina:)

maharam said...

Salam,
Berbakat! teruskan asah bakat anda


Risisita III

ztie said...

@maharam

terima kasih... sekadar hobi kadang2 :)