Friday, November 26

Saya & Dia

dia pasti ada
sebagai kawan, rakan dan teman
untuk menemani saya
bersama menongkah arus kehidupan

dia akan hadir
bila tiba masanya
kerana telah tertulis takdir
saya hanya untuk dia
saya perlukan dia
untuk menunjuk jalan ke syurga
kerana adakalanya saya terleka
dengan permainan dunia yang sementara

saya perlukan dia
untuk melengkapkan hidup saya
kerana saya akan mengenal erti bahagia
bila bersamanya setiap masa

saya akan hargai dia
kerana dialah takdir terindah buat saya
saya akan cintai dia
dengan setulus dan seikhlas hati saya
saya terima dia seadanya
kerana dia adalah dia

dia bukan sesiapa
dia cuma insan biasa
dia adalah dirinya
dia itulah jodoh saya

siapa dia?
-kan dah tulis atas tu dia jodoh saya

tapi siapa?
-saya pun tak tahu siapa dia. tapi saya yakin dia ada. dia tercipta untuk saya.

*bercinta belum tentu akan bersama. tapi bila dah bersama cinta itu akan datang dengan sendirinya. (jodoh kita rahsia Allah)

TITIK. cewah! cayalah. tetiba termenaip ala2 puisi plak dah. jiwang kerek!

Mengenai Penulis Entri Ini :
puteri_kebayan juga penulis untuk blog HiKaYaT PuTeRi KeBaYaN. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Facebook. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label puteri_kebayan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cheng Ho Expo 2010.

6 comments:

r.k said...

"bercinta belum tentu akan bersama. tapi bila dah bersama cinta itu akan datang dengan sendirinya."

oh so true ,

tapi yang memang dah bercinta tu , pandai-pandai lah jaga supaya kekal bersama .. :)

anyss said...

Salam,
indah!


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

syaftome said...

loved it...
the last sentence...
that's why...
bercinta selepas kawen...
ada baeknya...

nur.sa said...

jodoh adalah antara rahsia Allah yang terindah.

Amni said...

heehee... suka... pandai tulis! semoga berjodoh dgn orang yang terbaik! Amin...

Giler Jahat Kutuk Orang!

Fina Sophie said...

karya sendiri ke? nice! ^^