Thursday, November 18

Riuh-rendah dan senyap-sunyi

Salam perkenalan dari Cik Dya.
Hari ni Cik Dya nak berkongsi pendapat tentang topik yang mudah aje.
Riuh-rendah dan senyap-sunyi.

Kenapa pulak topik ni boleh terkeluar dari benak kepala Cik Dya?
Sebab Cik Dya ni ada masalah pendengaran ke???
Bukan... bukan ...
Cik Dya suka suasana yang senyap dan tenang berbanding riuh-rendah.
Tapi kadang2 suka juga dengan keadaan yang bising tapi bising yang terkawal. 
Tiba-tiba Cik Dya terfikir...tak semua sunyi itu indah tak tak semua riuh tu rimas! Betul kan?

Jadi, apa kata kita tengok situasi apa yang sesuai dengan suasana sunyi dan riuh.
Korang memang dah biasa mengalami semua ni ... sama-sama kita komen nanti.Betol ke tidak Cik Dya tulis ni atau berbeza dengan situasi korang.

Senyap-sunyi  


Tq to Mr. Google
1)Untuk pelajar-pelajar memang sangat digalakkan belajar dalam keadaan senyap dan tenang. Terutamanya bila study subjek yang banyak membaca dan menghafal seperti Sejarah, Biologi dan Pendidikan Islam.
 
2) Kita umat Islam juga disarankan bangun pada malam hari ketika suasana senyap-sunyi tanpa gangguan untuk menunaikan ibadat seperti Qiamullai. Ketika ini, kita boleh bermunajat pada Allah swt sepuas-puasnya.

3) Bila kita nak mengaji Al-Quran pun kita perlukan suasana yang tenang dan senyap kan? Supaya bacaan lancar dan tajwid kita pun betul.
 
4) Waktu meeting atau mesyuarat kebiasaannya lebih sesuai suasana yang senyap. Tak akan nak buat meeting dan pada masa yang sama ada bunyi mercun. Boleh dengar dan faham ke apa yang pengerusi nak sampaikan.

5) Begitu juga ketika cikgu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih berkesan dan objektif tercapai sekiranya pelajar memberi perhatian sepenuhnya. Pelajar bercakap di belakang, cikgu bercakap di depan, habis siapa yang nak dengar?

Riuh / Bising yang terkawal  

tq to Mr. Google
1) Jangan kata belajar ni wajib dalam keadaan sunyi-sepi. Karang cepat mengantuk, betul tak? Jadi, ada kalanya kita nak dengar muzik atau lagu yang tenang dan rilek untuk belajar. Subjek yang sesuai seperti Matematik, Prinsip Akaun atau English. 

2) Tak semua pengajaran dalam kelas memerlukan pelajar2 duduk atas kerusi dalam keadaan senyap dan kaku. Bagi Cik Dya, ada pengajaran yang memerlukan pelajar berinteraksi secara aktif di dalam kelas. Memberi pendapat, membuat kerja kumpulan dan berbincang. Jadi, guru dapat tahu ada respon dari pelajar.

3) Bayangkan parti harijadi macam suasan meeting. Senyap dan penuh etika.Ooooh tidak!!! Tak boleh macam tu. Bila ada majlis seperti sambutan harijadi, kenduri kahwin atau majlis yang tidak formal mestilah semua orang akan jadi riuh-rendah kan. Seronok. Kalau tak majlis tak meriah.

 4) Satu lagi suasana riuh-rendah bila tiba Hari Raya Aidilfitri. Kalau keluarga tersebut mempunyai ramai ahli keluarga, memang syok habis. Masing-masing ada tugasan yang perlu dibuat terutama malam raya kan?Membakar lemang, masak rendang, ketupat...kemas rumah..memang best. Anak-anak kecil bertemu sesama sepupu-sepapat bermain sama-sama. Memang kecoh. Memang meriah.

 5) Kadang-kadang kalau ada perbincangan kita memerlukan suasana yang riuh dengan pendapat2 yang diberi dan idea2 yang dilontarkan. Tak boleh diam jek. Buang masa duduk lama2. So kene cergaskan otak dan ringankan mulut untuk bercakap. So perbincangan yang riuh dengan idea2 bernas memang best.

Satu lagi,  personaliti yang korang boleh analisis tentang mereka yang bising dan pendiam.



Senyap-sunyi

Riuh-rendah
~ senyap and silence aka pendiam dan moody
~ cepat stress kot
~ muka jarang nak senyum
~ selalu berfikir tentang masalah
~ riuh and bising aka happy dan ceria
~ tak suka banyak fikir
~ slumber jek
~ carefree dan kurang bertanggungjawab

Betul ke apa yang Cik Dya fikir tu? Tak tahu lah ... maybe sesetengah je kot.
Whatever it is ... pokok pangkalnya hendaklah FLEXIBLE  ..
Jadilah seorang yang flexible ...

Kadang-kadang  kita perlu sunyi untuk ketenangan dan 
kadang-kadang kita perlu riuh untuk kegembiraan


nota kaki : Kalau cakap pasal sunyi terbayang suasana kubur. 
Kalau cakap pasal riuh tergiang-giang Riuh di Pagi ERA. =)

14 comments:

izfanora said...

hurm.. ada betulnya..

bayangkanlah kalau kita pergi kenduri kawin kan. pastu sunyi jer. nak masuk majlis pun rasa semacam kan. rasa semua orang tengok kat kita. sedangkan nak jumpa pengantin, bagi hadiah jer kot. hahaha..

penah juga bila kelas, yang tengah bising-bising berbincang, tiba-tiba sunyi sepi. pastu, ada yang bersuara, "oo, malaikat lalu." penah lalu situasi sama x?

jenguk sini juga:
For BKT 8987

CikGadis said...

sy tak suka keadaan yg sangat sunyi. tp x jugak suka keadaan yg bising. sedang2 jer.

sy tak jgk boley trima org pndiam. tp kalo kepoh smpai xlarat nk layan pn bley wat hangin satu badan jugak ;P

pndai2 la mngawal diri sndiri kn ;P

Jemput singgah : Selamat Hari Raya Haji

chenta said...

sy jenis yg riuh rendah..hehehe

Fina Sophie said...

saya jenis dua2. mcmna? XD

afifaa. said...

ha'ah. bergantung kepada situasi kan.
tengah study mesti laa senyap sunyi.
kat pasar mesti laa riuh rendah.
hee.

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam....

Best entri ni...
Hmmm...
Bagi saya, tak kisah la riuh rendah ke... Senyap sunyi ke...
Asalkan tidak mengganggu orang lain & kena pada tempatnya...
Hehe...

Jom Baca:
Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma

cKyN WaN said...

hmmm suka study dalam keadaan sunyi sepi. sebab suka membaca dengan kuat, dan menerangkan sesuatu dengan kuat, so xmo kacau orang dan jenis y cepat terganggu dengan keadaan sekeliling. nanti nak tengok orang tu, nak tengok orang ni.nak tdo pon suka sunyi dan sepi.

tapi kalau nak enjoy, keluar makan lebih suka keadaan yang santai dan riuh rendah. tak suka sunyi sepi nanti saya akan lagi makin sunyi dan menyepi hehehe

nur.sa said...

a'ah betol tu. kalau nak study, sy mmg suka waktu sunyi2. kalau bising2 rasa susah nak masuk apa yg dibaca..

fariehan ibrahim said...

yup2, senyap sunyi or riuh rndh kne tsesuai pd masa dan keadaan ye jgak kn,
tp sy xske stdy kalu senyp sunyi, mudah mengntuk, huuhu

puteri_kebayan said...

sunyi- kalau nak baca novel

riuh- bila tengah sedih.

anyss said...

Salam,

Bayangkan...senyap sunyi je masa tengok perlawanan bola hu huhu mesti tak best

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Fynn said...

betul!

best klu jd flexible ni.
xdela rigid semacam je...asal nak senyap je,bosanlah~
tapi yelah,tgk timing la jugak.hahah

humbleyat said...

suka yang riuh rendah!tetapi terpulang kepada keadaan :)

diam itu satu ibadah...

jom ke sini yerk Mana Clipper Spekku

Miss Kira said...

betul2..kita perlu flexible..
hehehehe

Ayu