Wednesday, November 3

Rahsia Piramid Dan Sphinx Di Giza

.
Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sentiasa bahagia dalam kesejahteraan. senyum-senyum selalu, semoga hari anda lebih ceria seindah sinar suria. hehe..

Seperti yang tertera pada tajuk entry ini, asada si jejaka kacak akan berkongsi cerita tentang piramid dan sphinx di Egypt. beliau bukanlah ahli arkeologi yang pakar. bukan juga pengkaji sejarah. tapi mahu juga berkongsi sedikit pengetahuan tentang kewujudan piramid.

gambar : asada si pengkaji tiada gaji berlatarbelakangkan 3 piramid di Giza.

Piramid merupakan tarikan utama pelancong ke Egypt dan merupakan salah satu binaan purba yang masih kukuh sehingga hari ini. terdapat tiga piramid utama di Giza iaitu piramid Khufu, piramid Khafre dan piramid menkaure. terdapat juga enam lagi piramid kecil lain berada di sekitar piramid utama yang diberi nama Pyramids of Queen.

Piramid Khufu atau piramid Cheops[dalam bahasa Greek] merupakan piramid tertua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza. Dipercayai dibina sebagai kubur firaun Khufu dan memakan masa lebih 20 tahun untuk disiapkan sekitar 2560BC. piramid ini menjadi binaan ciptaan manusia tertinggi selama lebih 3800 tahun iaitu setinggi 138.75 meter. lepas tu muncul la Lincoln Catheral di England memintas ketinggian piramid ni. hehe..

Peta kompleks piramid di Giza [gambar dari google]

Piramid kedua dibina pada pemerintahan firaun Khafre [anak firaun Khufu] yang diberi nama piramid Khafre[pyramid of Khafre]. kalau tengok dalam gambar cam piramid Khafre ni lebih tinggi kan. sebabnya ia dibina pada paras tanah 10 meter lebih tinggi daripada piramid lain. tinggi sebenar hanya 136.4 meter.

Piramid ketiga dan terkecil dinamakan piramid menkaure [pyramid of Menkaure]. dibina pada pemerintahan firaun menkaure setinggi 66 meter dan keluasan tapak ialah 108 x 108meter. sebuah keranda batu yang cantik dipercayai milik firaun menkaure dijumpai tertanam sedalam 16 inci di bawah tapak piramid ini. malangnya pada 13 oktober 1838, keranda itu tenggelam di laut semasa pemindahannya ke England. yang ada di British Museum sekarang ni hanyalah keranda yang berbentuk seperti manusia. huhu..

gambar : asada (yang hensem kat tengah) di depan pyramid of Khafre.

Binaan lain yang terdapat di kompleks piramid ini adalah patung sphinx. para pengkaji sejarah Egypt percaya ia dibina sekitar 2555BC ke 2532BC. namun ada yang berselisih pendapat pasal bila benda ni dibuat samada sebelum atau selepas pemerintahan firaun Khafre. Great Sphinx of Giza merupakan batu peringatan terbesar dan patung ukiran tertua di dunia. wallaweh!

gambar : asada (yang macho di sebelah kanan) di depan Temple of The Sphinx.

Lagi satu, hidung dan janggut sphinx ni dah takde. ada cerita mulut ke mulut orang arab egypt dan ditulis oleh Al-Maqrizi [ahli sejarah egypt] dalam bukunya mengisahkan Muhammad Sa'im al-Dahr datang mencabar patung Sphinx yang dianggap sebagai 'tuhan rezeki' supaya menambahkan hasil tanaman. oleh kerana terlalu fanatik Sa'im al-Dahr ni terus memecahkan hidung Sphinx itu. akibatnya beliau dihukum gantung atas kesalahan vandalisme.

Ada jugak kisah lain menyatakan hidung tu hilang pasal askar Napoleon yang tembak. tapi.. mengikut kajian asada, hidung Sphinx tu pecah sebab telah ditumbuk oleh Ultraman!! hahaha.. memang susah nak percaya.. tapi tengoklah gambar kat bawah ni..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gambar : Ultraman taro memecahkan hidung Sphinx yang telah meretakkan mata bentuk telurnya.

Apa-apa pun.. banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Egypt selain piramid. masakan tidak, selain terkenal dengan nama Bumi Anbiya', Egypt juga menyimpan sejarah tamadun manusia tertua. kepada peminat arkeologi, Egypt merupakan antara negara paling top untuk dijadikan lokasi lawatan. hehe.. promote Egypt lak aku ni..

Terima kasih kepada anda yang sudi melayan. next time aku cerita lagi berkenaan tempat-tempat lain pulak. hehe..





nota kaki :
maklumat ini diambil dari wikipedia dan buku-buku yang aku pernah baca. kalau ada kesilapan maklumat di mana-mana, sila bagitau.. hee =)

18 comments:

aYaz said...

best2,
teringin nak berjalan2 dan melihat sendiri piramid kat sane...

KeCiK said...

Setahu gua semua suku sakat gua tak pecahkan barang orang unless ada resaksa buat kacau, itu pesan father of ultraman tiap kali kami bertugas.

Dulu pernah terbaca piramid kat Egypt bersepah, ada la around 100 lebey, betul kah?

Tengok Shpinx teringat kat team Taiyo Sphinx dalam ES21. Banba kuat nak mampus.

ASaDa RyutaRo said...

1st!! lalalala~

ASaDa RyutaRo said...

laaa.. ingatkan dapat 1st td. hahaha..


@ayaz :
mai la datang ke egypt. ngee..

@KeCiK :
time ni raksasa buat kacau la ultraman taro tenangkan keadaan kat situ. dia tolong geng transformers.

banyak piramid, tapi tak pasti sampai 100 ke tidak. huhu..

Kimmy Ai said...

hahaha.. yg tak boleh blahnye ada tulis 'si jejaka kacak...yang hensem..yang macho.. ' dalam entry buat kimmy gelak nak mati baca ni.. *gelak guling2*

ehem, yup, rasanya ada lebih 100 piramid selain yang ni.

;DD

fariehan ibrahim said...

ayt pndahuluan tu, b'bunga2!
pergh, xbley blah~! hahaa *clap3*

err, pe ada dlm piramid tu er? huuhu
leh wat tmpg tdow x?

missSenget said...

tu ultraman xcukup tido...

raksasa ngn sphinx tu pun xdpt beza..

Fariq said...

wah mnarik...
tringin nak g sne..
nak amek psgkn blik jggut n idung ptung 2

Q said...

argh..tetibe teringin nak ke sana.
asada apa lagi...sediakan tiket pergi dan balik Q ye. hahaha

humbleyat said...

bagus2,,hari ni kita belajar pasal sejarah...

siapa kata sejarah tak penting..tersangatlah penting tau..

mungkin ada yg terfikir nak ubah sejarah kan?

p/s: kalau boleh nak cipta sejarah sekali lagi supaya melaka menjadi pusat perdagangan dunia dan dakwah seperti zaman dulu kala..tapi mcm mn yerk..any idea?

nur.sa said...

ultraman yg hebat kena musnahkan sampai abis. ni p tumbuk hidung ja?hahahaha..

betul ah teringat muvie transformers bila ternampak piramid ni.

d_tieah said...

Rs nak ke egypt gak lah asada..
Ngee.. :)

Amni said...

Lak kmk g ngan hubby, kitak mbak jalan key? =P bah, terasa kependekan urang hensem kat tengah ya di depan pyramid of khafre... lalalalalala....

kusut said...

macam mane agaknye rupa piramid ni masa mule2 dibina dulu ek? mesti hebat gile siap dgn puncak emas dia tu. pegh

konon2nye kat planet marikh ade satu benda (tak tau binaan atau natural) berbentuk piramid @_@

chenta said...

bila la dapat pergi sane ek??ada org nak sponsor tak?hehehe

Penduga Arus said...

"Fanzuruu kaifa kaana 'aaqibatul lilmukazzibin"

Fina Sophie said...

waalaikumsalam..

haiyoh. gambar last tu. mcm tu punya kemek jadinya bila tak ada hidung ye.. XD

anyss said...

Salam,
Baru tau atromen penah mendarat kat piramid tu...hu huhu