Wednesday, November 24

Rahsia orang dulu kala

Hairan kan orang dulu-dulu.. takde hospital dan klinik..
tapi ada je cara diorang untuk cari ubatnya..
rupa-rupanya banyak ubat diorang sumbernya dari alam semula jadi..

pagi tadi mira pergi melawat Taman Herba,Simpang Pulai..
tiket masuk berharga RM 2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak 13 tahun ke atas.

pada mulanya kami diberi taklimat dan muqaddimah menganai taman herba dan
kami juga diperkenalkan dengan beberapa tanaman yang menjadi ubat buat penyakit tertentu

Banyak sebenarnya bahagian-bahagian dalam Taman Herba ni.. tapi tadi yang sempat cuma tiga bahagian je
iaitu Laman Warisan 1&2 serta Laman Aromatik (huhu.. tak sempat nak peri ke Laman Kosmetik tadi)

Jom tengok antara pokok-pokok di sekeliling kita tapi kita tak sedar pon sebenarnya pokok tu adalah pokok herba...

Bunga Kertas
Kegunaan: Melancarkan perjalanan haid, penyakit keputihan dan mengubati hepatitis.
Cara guna: Keringkan bunga dan batangnya dan dibuat teh untuk diminum.
Kiambang
1) merawat bengkak, buasir,radang, gonorea dan sifilis : hancurkan daun dan tampal
2) merawat batuk berdarah dan kencing manis: minum air rebusan daun
3)merawat asma dan batuk: minum air rebusan daun yang dicampur gula dan air ros
4)memudahkan pembuangan air besar : minum air rebusan akar
Lidah Jin
 Merangsang pertumbuhan rambut dan membunuh kutu kepala. Cara guna; lendir lidah jin disapukan di kepala.
Nenas Kerang
Mencuci dan melancarkan perjalanan darah, mengindari paru-paru dari sebarang penyakit akut dan menghilangkan kahak. Gunakan bunga atau daun yang segar atau telah dikeringkan, rebus dan minum.
Teh Pagar
Teh pagar ni kalau kat kampung buat pagar rumah ye dak.. huhu
1) Lemah badan, sifilis, penawar ibu selepas bersalin : minum air rebusan akar.
2) Batuk, cirit, sakit perut, merangsang peluh, merawat demam panas: rendam daun dalam air mendidih dan minum apabila telah suam.
Kucai
1)merawat sakit gigi: pokok ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit
2)merawat sakit usus, tumor : rebus pokok kucai, minum air dan makan rebusan pokok

Rasanya.. cukup la kot.. sebanarnya banyak lagi nak kongsi.. yang saya tunjuk ni semua dari Laman Warisan 1... ha.. belum masuk yang Laman Warisan 2 dengan Laman Aromatik lagi..
huhu.. kalau nak tahu lebih lanjut.. datanglah ke Taman Herba kat Perak ni~~
berkelah sambil melihat pemandangan~~

10 comments:

Amy Syaquena said...

salam kenal..

amy singgah sini baca entry sambil follow , jemput ke sinar raudah ye n happy blogging...

nur.sa said...

oh, rupanya banyak jugak pokok-pokok yang selama ni kita just tanam kat laman rumah tu boleh dibuat ubat. kalau tak, mesti saya ingat takde guna, sebab pokok bunga kertas, lidah jin tu semacam pokok hiasan aje.

info baru, tq. :)

Tupai Karan said...

pokok lidah jin tu sama ngan lidah buaya ka? kompius.

apa2pun dah bookmark entry ni. senang sikit nak refer

Fina Sophie said...

@tupai karan

elok la tu, bercucuk tanam plak lepas ni. suri rumah berjaya hehehe.

Fina Sophie said...

plus, org dulu2 sihat2 sbb diorang byk senaman, byk bercucuk tanam. tak byk bnda nak fikir. tanaman n binatang ternak sndiri, semua dibesarkan secara sihat. udara masih bersih. untung kan? :)

r.k said...

lidah jin tu benih dia kena mintak dekat jin ? hehhe

bunga kertas punya khasiat memang first time ghua dengar . TERIMA KASIH !

amira said...

Amy Syaquena : salam kenal juga~~

nur.sa: haah.. ni pon ada banyak lagi tak tunjuk

Tupai Karan: tak sama la...huhu..cuba cari kat google.. mesti ada gambarnya.. lidah jin ni.. ada satu lagi taw. lidah jin kuning,. yang line kuning kat tepi

amira said...

Fina Sophie: haah.. untung orang dulu2.. rasa best sangat sebab pergi kat Taman Herba tu.. banyak ilmunya..

r.k: takde lah sampai macam tu.. nama je gitu.. huhu.. bunga kertas tu? sy pon baru tahu.. huhu

Miss Kira said...

bunga kertas tu?? siyes?? xp mcm mana nk buat?? blender ka???

bru aja taw..dulu2 slalu men msk2 air bunga kertas.. hahahaha

Latest entry: Men's Love

nn said...

this is very helpful. tau pasal lidah jin je. tak tau pasal bunga kertas semua tu. huhu


Latest entry: Japanese wannabes?