Monday, November 22

; penjajahan minda kanak-kanak.


Assalamualaikum readers.

Seiring dengan kemajuan dunia teknologi yang semakin berkembang,
cyber cafe juga semakin hari semakin bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.
bahkan, bukan sahaja di bandar-bandar besar malah, di kampung terpencil juga kelihatan pengusaha berlumba-lumba mendirikan cyber cafe untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung.


dasawarsa ini, walaupun kemajuan teknologi semakin hari semakin berkembang dengan pesatnya, namun, kempen satu rumah satu komputer juga tidak dipraktikkan oleh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana, kekangan wang menjadi punca utama rakyat Malaysia tidak dapat memiliki komputer dan kemudahan internet khususnya.
mungkin dengan munculnya pusat-pusat cyber cafe di kampung akan dapat membantu anak-anak muda menyiapkan tugasan, melayari internet, perkhidmatan print, menyediakan games yang beraneka jenis dan sebagainya. 
namun, yang menjadi persoalan utama di sini ialah, sejauh manakah keberkesanan pusat 'cyber cafe' ini dalam memberi manfaat kepada pengunjung terutama pelajar sekolah?

pelajar sekolah rendah yang berusia 7 tahun sudah mula berjinak-jinak dengan permainan yang ditawarkan di 'cyber cafe'. akan tetapi, yang menjadi kebimbangan kepada ibu bapa ialah apabila anak seawal 7 tahun itu mula membazirkan masa dengan mengunjungi 'cyber cafe' sebagai tempat lepaknya, membazirkan duit dengan membayar kepada pengusaha malahan yang paling teruknya ialah, kanak-kanak muda itu sudah mula pandai melayari laman web pornografi!

ibu bapa mungkin akan kecewa bilamana mendapati anaknya yang baru berusia 7 tahun sudah ketagih melayari internet dan bermain games yang ditawarkan di 'cyber cafe' itu.

seorang ibu yang menyedari anaknya tiada di rumah mendapati, anak beliau yang berusia 8 tahun berada di 'cyber cafe' dengan seronoknya melayari laman web lucah. 8 tahun sudah dihidangi dengan laman web yang sepatutnya disekat. 
amat membimbangkan bila si abang mula menggunakan si adiknya yang berusia 3 tahun untuk diratah.
pengaruh siapa?
laman web lucah?
siapa yang bertanggungjawab menyekat kemasukan laman web ini? pengusaha 'cyber cafe'? kerajaan?
tepuk dada tanya lah diri.

apakah punca-punca yang menyebabkan pelajar sekolah seringkali menghabiskan masa di pusat 'cyber cafe' itu?
yang kononnya menawarkan kemudahan dari segi internet dan games yang bermacam-macam jenis?
adakah kerana tawaran harga yang murah?
atau kerana pengusaha pusat itu sendiri bersikap lepas tangan seperti tidak kisah dengan aktiviti kanak-kanak kecil seperti melayari laman web lucah?
atau kerana perasaan ingin tahu daripada kanak-kanak itu tentang sesuatu yang baru?
atau kerana perasaan seronok, suka-suka dan teruja?
atau kerana betul-betul menggunakan peluang yang ada untuk menyiapkan tugasan?
tepuk dada, tanya lah diri.

zaman cyber ini, minda kanak-kanak telah dijajah dengan kemudahan internet yang semakin berkembang pesat tanpa ditapis.

satu kebimbangan buat kita kerana kanak-kanak inilah yang akan menjadi peneraju tonggak negara akan datang.

bagaimana pula dengan artikel ini?


p/s; thanks kepada sesiapa yang komen banner. akhirnya guna yang ini juga.
akan tetapi tak dapat tambahkan link kerana tulisan link terlalu kecil. terima kasih semua :)



13 comments:

anyss said...

Salam,
Cabaran di dunia ni makin canggih. kalau dulu-dulu, majalah hiburanpun dah rasa macam menjajah minda, apalagi sekarang...bukan senang nak jadi ibu bapa ya ;)


Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

Pert Doherty said...

tv adalah penjajahan minda pling besar.. bukan hanya kanak-kanak.. malah orang dewasa..

hampir 99% kita percaya apa yang keluar kat tv tu..

budak2 pula didedahkan dgn televiseyen dari sejak lahir.. mak bapak zmn biar je tgk anak hari2 ngadap tv..

p/s: patut la waktu kecik dlu bapak aku tak kasi betol aku menonton televisyen kecuali hari sabtu ahad..


Antara Sahabat, Sijil dan Senapang Thompson (PART 1)

kusut said...

aku rase cyber cafe adelah satu benda yg bagus. honestly.. memang aku suke lepak cybercafe. tapi..

dulu takde gerombolan budak2 melepak hari2 kat cybercafe. caybercafe yg aku akan avoid adelah yg ade banyak basikal depan pintu dia.

pendapat aku la.. kene buat regulation, budak2 bawah 12 tahun MESTI ditemani orang dewasa bile nak gune cybercafe. kalau pemilik benarkan jugak budak2 masuk.. then pemilik patut kene denda.

Fina Sophie said...

nak ckp pun susah, sbb takda anak lagi. but, kalau tgok sekeliling, i do agree with anyss. bukan senang nak jadi parents sbnrnya. lagi2 zaman skrg ni, anak2 disogok dgn mcm2 benda dari segala segi. so kalau tak yakin tu, jgnla beranak byk2. lbh bek anak sikit tp semua yang insya-ALLAH berkualiti. apa2 pun anak itu amanah dari Tuhan. tggjwb bu bapa pastikan anak2 diberi didikan sewajarnya. kalau besar nti diorang sndri pilih jalan yg slh, skurang2nya kita dah buat yang terbaik untuk diorang. wallahualam..

KeCiK said...

Umur 7 tahun dah pandai surf internet? Kagum gua.

Tivi-PC/Lappy-Internet-Gadget.

Avoid kids from early exposure. Kalau ada guidance why not.

Ada one day ajak budak-budak time PJK main galah panjang;

"Galah panjang tu apa chegu?"

Pasal artikel tu gua kurang bersetuju. Pendidikan Islam dengan Pendidikan Moral tu apa guna dia?

Tok Guru Nik Aziz ada cakap, ia umpama mengajar pencuri bagaimana mencuri.

:)

Entri ter-letest;
Komik Murahan Budak Tahun Enam

hentakbelipat said...

internet ni kalau nak cakap buruk pun x boleh nk cakap bagus pun idak jga..budak skarang dah x dpt bendung dah into internet ni..pecayalah..zaman dah menyebabkan minda menjadi kecil

afifaa. said...

anyss; yess. lepas tengok keadaan sekeliling, memang agak mencabar bila dah bergelar ibu bapa. nak handle kanak-kanak yang hidup zaman moden sekarang, bukan mudah kan?

afifaa. said...

PD; memang tak dapat dinafikan, tv merupakan penyumbang besar dalam penjajahan minda ni. kesian. kita disogokkan dengan segala benda yang ada dalam tv. tapi internet pn faktor jugak. dulu tak kenal pn lagi internet ni.

afifaa. said...

kusut; yepp. regulation. tapi tanpa kanak-kanak, cc tak dapat sambutan. hehee.

afifaa. said...

kak fina; sebab tu lah ibu bapa kena mendisiplinkan anak-anak sejak kecil lagi kan? walaupun bukan senang. dengan kekangan masa. tapi boleh je kan? orang lain boleh.

afifaa. said...

kecik; zaman sekarang budak2 dah tak kenal permainan traditional. kalau games dalam komp kenal laa. hehe :)

HB; agree. semakin maju, semakin kecil minda kanak-kanak.

Miss Kira said...

budak2 skrg mmg x taw nak men game tradisional.. taw men game aja..
asek bersosial dgn internet.. lama2 kurang skil komunikasi..

hahahaha

Latest entry: Men's Love

humbleyat said...

mmg tak dinafikan budak2 sekarang celik teknoklogi.ada sesetengah pusat jagaankanak menyediakan kelas komputer walaupun mereka berusia seawal 4tahun...

di rumah pun mereka terdedah dengan kecanggihan handset yang pelbagai aplikasi..

cuma tarbiyah keluarga sgt penting utk megelakkan mereka drp perkara yg tidak sepatutnya..:-)