Monday, November 15

Pendam juga boleh buat dunia aman....ini kata manusia.

Pendam atau kata nama lain adalah diam diri. Satu lagi sifat manusia yang sentiasa wujud dan ia boleh juga dikatakan satu sifat yang murni. Murni yang macam mana, itu tanya diri kau masing-masing. Tapi sifat yang paling digemari manusia adalah pendam.



Yes, pendam juga kalau kau pri-perhati pelan-pelan, ada menyerupai dengan sifat jaga hati. Mana mungkin kita boleh menjauhkan diri dengan sifat-sifat ini. Memang, kalau diaju pendapat jelata tentang sifat ini, ramai akan menjawab " kenapa mahu pendam-pendam? terus terang kan mudah?" dan tanpa sedari kita telah pun memendamkan sifat yang memang ada dengan diri sendiri itu..dan lebih tepat, menipu diri sendiri.

Hidup ditakdirkan menjadi manusia yang penuh dengan  sopan santun dan juga hati yang lembut, maka sifat ini sudah tercalit lama dalam diri. Nyata jika kau kurang mengawal sifat ini, lambat laun benda ini akan memakan diri sendiri senyap-senyap lalu menyebabkan kau menjadi manusia paling malang.

Lagi malang, jika benda yang kau pendam itu sebagai contoh, adalah kesalahan orang lain yang dilakukan keatas kau, tapi sebab manusia itu dilahirkan dengan hati yang lembut, jadi pendam itu menjadi pilihan teratas tanpa banyak bicara. Pendam juga akan disusuli dengan sesi maaf memaafi yang paling simple. Oh, sebenar tak ada satu situasi permohonan maaf yang teratur pun, tapi bila sudah sifat pendam itu ada, maka maaf menjadi satu penggerak nombor dua bagi sifat itu. Maka, kesalahan itu terkubur, senyap dan berdoa agar benda ini tidak terungkit. Sebab? Yes, sakit hati akan datang jika terungkit, jadi, pendam...tanam dalam-dalam.

Tapi kita lupa, jauh mana ditanam, dalam mana ditimbus, pasti ada satu limitasi yang menyebabkan terjuih terkeluar dan yang terjuih itu sudah pasti benda yang busuk akibat sudah lama diperam macam bangkai.  Untuk penyedap cerita, bau bangkai itu kau yang hidu sorang, penyebab terjadinya bangkai itu hanya senyum dari jauh sambil melakukan aktiviti harian. Mana silap? dekat mana langkah hidup yang salah?

Kejap...bukan kalau kita pendam itu pun boleh dijadikan satu alat untuk mengawal kemarahan? atau kalau kita pendam, nanti-nanti orang akan kata kita ini seorang yang baik hati? maknanya, pendam itu boleh juga dikatakan sebagai penjaga atau guardian untuk satu perkataan...'pertalian manusia'. 

Damn...manusai memang makhluk kompleks

10 comments:

Q said...

yup. manusia makhluk yang kompleks. ada yang suka luah membabi buta dan ada juga pendiam bermurung durja. mereka yang suka pendam adalah mereka yang tidak suka akan masalah. lebih tepat adalah takut akan kesan dan akibat. maka dimaafkan saja. sebab itu orang yang suka memendam rasa akan serba sedikit mengalami tekanan jiwa. sebab dia bermain perasaan dengan diri sendiri. jangan meletup sudah

afifaa. said...

kadang-kadang kalau terasa hati atau marah kat someone, lebih suka pendam je. huu.

kusut said...

pernah kena silent treatment oleh pasangan? fuh.. diam dia tu membuatkan alarm dalam kepala aku nyaring gile. panik!

izfanora said...

ayah pernah berpesan:
"kenapa perlu marah dengan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang, kalau diam menahan sabar itu boleh memberi pahala berlipat ganda?"

sejak hari itu, bila terasa ingin marah, pasti teringat kata-kata ayah yang membuatkan hati sejuk sendiri. tak tahu kenapa.

sehingga sekarang, bukan pendam, tapi simpan. suatu hari, masa yang sesuai akan tiba bila mana ia perlu diluahkan dengan kata-kata yang matang tanpa menyinggung mana-mana pihak.

sekadar berkongsi kerana telah melalui.. =)

jenguk sini juga:
Tolong! Aku lemas!!

nur.sa said...

pendam memang elok, cuma jangan la sampai satu masa dia meletup. abis. huhu.

Fina Sophie said...

orang kata, jangan bercakap dalam keadaan marah. tunggu reda dulu gelora lm hati tu, baru bercakap. waras sikit time tu. n, sebaliknya juga, jangan ambil hati sangat cakap org yang tengah dlm keadaan marah segalanya menggelegak2, amarah syaitan tgh menguasai perasaan dia sbb tu mcm2 bnda yang kdg2 kita tak sanggup nak dgr pun keluar. dah reda, baruuuuu bawa bincang. kan bagus mcm ni. ni, yg sorang marah, yang sorang melawan. dua2 api, dua2 terbakar. tu antara sbb yg ble jadi mcm2 tu pdhal bnda kecil je pun. kan? sbb, selalu, yg buat or naik angin tu bukan sbb apa yg kita ckp, tp CARA kita bercakap tu.

:)

chenta said...

pernah kena macam kusut!

tapi kalau pendam sebab dendam, macamana??/

dia diam je..tp suatu hari nanti,dia akan hamburkan semuanya..

payah juga tu

Perlu ke harta demi cinta..bersama pendapat i!Heheheh

anyss said...

Salam,
Apa2 pun baik selagi tidak makan diri sendiri. Pendam ada baik, luahpun ada juga baiknya asalkan sesuai masa dan kena tempatnya...

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

kalau jenis yg suka memendam menjadi pendendam susah jugak kan?

aah..manusia mmg kompleks :P

Miss Kira said...

manusia yang sntiasa pendam ialah manusia yang malas nak amek kisah hal-hal remeh temeh.. tapi, org akan pijak kepalanya.. lama-kelamaan..manusia yang pendiam, yg baik, yang sabar akan hilang semuanya.. hilang kesabaran..
hehehe

dah pnh jd mcm ni dah.. hahaha