Tuesday, November 23

PENANTIAN SUATU YANG MENYEKSAKAN








Tahu apa maksud penantian? Diambil dari perkataan 'nanti' yang mana membuatkan seseorang atau sesuatu itu menunggu. Ada sesiapa di sini yang suka menanti? Kalau ada, tahniah, anda tergolong dalam golongan yang sabar. Apa pula maksud menyeksakan? Mesti ramai yang terbayang perkara yang tragis dalam minda masing-masing kan? Macam dalam kelas bahasa pula.

Baiklah, entri kali ini nak berkongsi sedikit, kenapa tidak ramai yang suka menanti. Menyeksakan di sini hanyalah salah satu frasa untuk menggambarkan hampir keseluruhan mengapa menanti itu berada dalam lingkungan perkara yang negatif. Kadang kita terlepas pandang, ataupun memang buat-buat tak pandang.

1. Sudahlah korang diiktiraf menjadi driver tanpa kerelaan. Kena pula tunggu 'tan sri/ puan sri/ dato'/ datin' bersiap nak pergi kelas. Kalau on time tak pe lah juga. Dah lah lambat, siap bagi mesej, "Tunggu kejap tau, tengah make-up. Hihihi..." Wah, wah, wah.. Cantik muka. Dah lah dah lambat, pastu boleh pula muka dia berseri-seri. Masuk kereta bukan tahu minta maaf. Siap boleh cakap, "Tunggu apa lagi, jalan lah".

2. Bila pergi beli makanan untuk tengah hari pula, korang terus pergi kedai yang dah hari-hari pergi dan terus order. Aku pelik lah, bukan apa. Boleh pula member nie tanya, "Nak makan apa ye hari ni?". Soalan yang paling buat aku berbulu sebab kalau orang ramai kat situ bagi suggestion pun, dia tak kan follow. Memanjang saja idea orang tak sedap. Lepas 10 minit 'fed up' bagi cadangan, boleh pula dia cakap, "Sama macam semalam lah". Panas hati nie dengar. Kalaulah 10 minit yang lalu dia dah order, pastinya kami semua dah makan dan kenyang.

3. Kalau dah order tue terus fikir nak beli yang lain tak pe. Nie makanan dah siap, boleh pula, "Singgah kedai air sebelah ni kejap". Pergh, apa lah salahnya kalau sementara tunggu santapan dia siap, pergilah order air tue.

4. Owner kereta bila nak pergi cucuk duit kat ATM boleh pula jalan kaki dari kedai makan, dia yang menumpang boleh pula cakap, "Nanti lepas beli makanan, hantar kat ATM yer". Bila aku jawab, "Pergilah sana sementara tunggu makanan ni siap". "Penatlah jalan. Nanti lapar". Pergh, bukan nak kejam tak nak hantar. Tapi nasib baiklah kau duduk Malaysia. Kalaulah kena duduk negara lain yang kekurangan makanan. Tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada. Manusia, manusia.

Baiklah. Yang aku kongsikan bersama pembaca sekalian adalah tentang yang benar-benar berlaku dalam realiti kehidupan aku, sebagai seorang KAWAN. Tapi, kawan yang baik, tak kan pernah membuat kawan yang lain terasa hati atas kepentingan dirinya sendiri. Aku berkongsi sekadar untuk mencabar diri aku agar tidak terseksa, tetapi menerima dengan hati yang terbuka. Tapi, aku akui, penantian suatu yang menyeksakan.

Kalau dalam percintaan, adakah penantian suatu penyeksaan? Mengapa? Satu soalan ingin aku utarakan. Mengapa berani untuk merasa cinta, kalau tidak sanggup menanggung derita? Menanti insan yang istimewa ataupun si dia yang diidamkan, ianya menyeksakan? Jawapan ada pada anda semua. Tepuk dada, tanya selera.

10 comments:

[z@ck] said...

yup.btul..penantian suatu penyeksaan.aku ni jenis yg tak boleh sabar sikit.tak boleh orang dtg lambat.nanti aku tak senang duduk

fariehan ibrahim said...

yaaa, penantian itu satu penyeksaan.
hehee
tp sy slalu kne tggu org, -.-'

CikGadis said...

betul sgt. sy pun ada kwn mengada macam tue. keta kita buat mcm keta dia. dh la kita yg drive. amboi amboi amboi.

Fynn said...

grrr...
kawan kawan zaman sekarang mmg rude mcm neh eh.
at least gune magic word :tolong
atau belanje makan,tak pe jugak.
ni mostly buat kwn mcm kuli.haiyo

Banyak lagi perlu kita belajar

Miss Kira said...

penantian itu satu penyeksaan..
haish...

Latest entry: Men's Love

izfanora said...

@[z@ck]: yang berlaku di sekeliling buat kita belajar utk bersbr..

izfanora said...

@fariehan: sabar yer.. kita tunggu sama-sama yer.. =)

izfanora said...

@cik gadis: mungkin kesenangan yang kita ada tue, utk dikongsi bersama.. moga-moga ada kebaikan di situ.. =)

izfanora said...

@fynn: sush nak cari kawan yg baik skrg nie.. msg2 cri kita sbb kepentingan.. moga kita tak tergolong dalam golongan itu..

izfanora said...

@miss kira: =) tapi, kalau penantian membuahkan keindahan, mesti best kan..